Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.la.man] | ڤڠالمن

Definisi : apa yg telah dialami (dirasai, ditempuh, dll): orang itu telah banyak ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.la.man] | ڤڠالمن

Definisi : apa-apa yg pernah dialami: Beliau telah menceritakan ~nya di rantau orang kpd kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengalaman

Peribahasa

Berjalan jauh banyak dilihat.

Bermaksud :

Banyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah paling tepat, banyak mempunyai pengalaman atau mempunyai banyak pengalaman coz selepas kata kerja transitif mesti diikuti objek, iaitu menjadi banyak mempunyai pengalaman. begitu juga, menghadapi pelbagai masalah atau menghadapi masalah yang pelbagai, yg manakah paling tepat? terima kasih.Frasa 'banyak mempunyai pengalaman' dan 'mempunyai pengalaman yang banyak' kedua-duanya adalah betul. Jika mengikut rumus tatabahasa kata kerja transitif mesti diikuti objek, frasa 'banyak mempunyai pengalaman' adalah menepati rumus tersebut. Walau bagaimanapun frasa 'mempunyai banyak pengalaman' juga adalah betul dan yang menjadi isunya di sini ialah perbezaan pendapat tokoh bahasa tentang kelas kata 'banyak'. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata 'banyak' mempunyai dwifungsi, iaitu bilangan tak tentu dan kata adjektif. Sebagai kata bilangan tak tentu, kata 'banyak' boleh hadir selepas kata kerja transitif 'mempunyai'. Selain itu, frasa 'banyak pengalaman' merupakan frasa nama. Oleh hal yang demikian, frasa nama boleh hadir selepas kata kerja transitif seperti dalam frasa 'mempunyai banyak pengalaman'.  Tatabahasa01.03.2011
pengalaman yang yang pernah ditimba / pengalaman yang pernah dilalui ? diganti dengan perkataan yang lebih sesuai saya berharap untuk dapatkan jawapan sewcepat mungkin pada hari ini bersama dengan dua soalan tadiAyat yang betul ialah "pengalaman yang ditimba / pengalaman yang dilalui / pengalaman yang diperoleh.Tatabahasa18.07.2010
Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun Munsyi, adakah pengalaman sesuai digunakan dalam ayat ini? TKUngkapan yang lazim digunakan ialah jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman. Perkataan pengalaman tidak sesuai dalam ayat contoh yang diberikan.Tatabahasa05.04.2012
1. mempunyai banyak pengalaman atau mempunyai pengalaman yang banyak. 2. pada masa kini atau pada masa ini. 3. cara betul menulis tajuk atau tema perlu ada tanda petik / inverted commas atau tidak.

1. mempunyai banyak pengalaman atau mempunyai pengalaman yang banyak. - kedua-duanya betul

2. Yang betul ialah pada masa ini, atau kini.

3. Menulis tajuk sesebuah buku atau hasil penerbitan yang lain dalam sesebuah penulisan perlu ada tang petik dua di awal dan akhir tajuk, seperti: semua pengalaman hidupnya dikongsi dengan masyarakat dalam bukunya "Liku-liku Kehidupan".

Tatabahasa29.09.2010
selamat petang saya ingin tahu peebezaan antara banyak mempunyai pengalaman dan mempunyai banyak pengalaman. sekian terima kasih aiFrasa kerja transitif mempunyai banyak pengalaman betul dan tepat berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh penulis buku Tatabahasa Dewan.

Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berpendapat bahawa perkataan banyak mempunyai dwifungsi. Pertama, perkataan banyak dikategorikan sebagai kata bilangan tak tentu. Oleh itu, perkataan banyak ini boleh hadir selepas kata nama. Selain itu, frasa banyak pengalaman merupakan frasa nama. Oleh yang demikian, frasa tersebut boleh hadir selepas kata kerja transitif mempunyai.
Tatabahasa14.06.2014
Yang mana paling tepat: a) Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'. b) Bak kata pepatah, 'jauh perjalanan, luas pengalaman'. c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". d) Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pengalaman".c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". Ejaan13.12.2011
maksud pengalaman hidupMaksud pengalaman hidup ialah apa yang telah dialami (dirasai, ditempuh, dll): Contoh ayat, Beliau telah menceritakan pengalamannya di rantau orang kepada kami.Lain-lain16.06.2010
1)Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun.(Betulkah perkataan "pengalaman"digunakan dalam ayat ini?)2)Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.3)Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula,baginda bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 tahun.(Tolong betuklan ayat (2) dan (3) jika ada salah.Terima kasih.)1. Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun. Penggunaan perkataan pengalaman dalam ayat tersebut betul.
2. Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.
3. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat  sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 bermula, baginda bersemayam di atas mahligai.
Tatabahasa11.09.2012
Tuan, bolehkah tuan memberikan keterangan kepada saya tentang pendapat Nik Safiah Karim mengenai kata "banyak"? Bukankah Nik Safiah Karim mengatakan bahawa kata "banyak" mempunyai dwifungsi? Jadi, frasa "mempunyai banyak pengalaman" atau "banyak mempunyai pengalaman" betul? Minta tuan terangkan kedudukan kata "banyak" berdasarkan pandangan Nik Safiah Karim.YBhg. Datuk Nik Safiah Karim merupakan salah seorang panel buku Tatabahasa Dewan maka pendapat beliau adalah seperti dalam buku Tatabahasa Dewan.  Frasa yang betul ialah ...mempunyai banyak pengalaman.Tatabahasa11.01.2015
Assalamualaikum 1. Guru yang mempunyai pengalaman lebih lama lebih tinggi tahap efikasi berbanding guru yang lebih junior. Adakah frasa "yang mempunyai pengalaman lebih lama" lebih sesuai dengan digantikan dengan kata senior? Kenapa? 2. Guru yang memiliki efikasi kendiri dan efikasi mengajar menyumbang kepada perubahan tingkah laku positif murid. Adakah kata efikasi pada frasa efikasi mengajar perlu digugurkan? 3. Hiperaktif merupakan kategori masalah penyesuaian tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga enam tahun. Apakah tepat penggunaan kata dilakukan dalam konteks ayat di atas? Adakah kata ditimbulkan atau dicetuskan lebih tepat? Terima kasihWa alaikum salam.

Jawapan bagi soalan 1: Daripada sudut tatabahasa, kedua-dua frasa iaitu "Guru yang mempunyai pengalaman lebih lama" dan "senior" boleh digunakan dan betul penggunaannya. Walau bagaimanapun, daripada sudut kesopanan dan aspek semantik, frasa "yang mempunyai pengalaman lebih lama" lebih sesuai digunakan.

Jawapan bagi soalan 2: Kekalkan frasa "efikasi mengajar" dalam ayat tersebut.

Jawapan bagi soalan 3: Penggunaan kata "ditimbulkan" lebih tepat dalam konteks ayat tersebut.

Makna31.05.2017
12345678910...

Kembali ke atas