Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngang.ku.tan]/[peng.ang.ku.tan] | ڤڠڠکوتن

Definisi : pembawaan (barang-barang dll) dr satu tempat ke tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngang.ku.tan]/[peng.ang.ku.tan] | ڤڠڠکوتن

Definisi : perbuatan atau hal mengangkut; pengiriman atau pembawaan barang-barang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengangkutan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud Sistem pengangkutan awam yang cekap dari perspektif sosial, ekonomi dan perdagangan (business)Sistem pengangkutan awam yang cekap bermaksud sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api, komuter, teksi dan PUTRA yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan menepati masa. Dari segi sosial, sistem pengangkutan awam mampu memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat, manakala dari segi ekonomi dan perdagangan, sistem pengangkutan awam mampu menyediakan prasarana dalam jaringan pusat pertumbuhan ekonomi seperti kilang, pelabuhan, kewangan dan pasaran. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang berkaitan.Makna11.08.2008
Salam. Kalau nak tulis menghantar orang ke sesuatu tempat secara percuma - penghantaran atau pengangkutan percuma ?Kedua-duanya betul, penghantaran dan pengangkutan seperti contoh "penghantaran pulang pelajar" dan "pengangkutan percuma disediakan kepada pelajar" bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Makna02.06.2021
Adakah Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dieja dengan huruf besar atau huruf kecil? Saya kerap melihat kedua-dua ejaan diguna pakai dalam media massa. "KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan berkaitan kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan sektor itu dapat dibangunkan dengan lestari di dalam negara." Dipetik daripada "Kementerian Pengangkutan arah JPJ lihat peraturan, SOP berkaitan EV", BERNAMA, 16 Oktober 2023.

Penulisan  bagi istilah Standard Operating Procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah “Prosedur Operasi Standard”.  Namun, terdapat variasi penggunaan istilah ini seperti yang berikut:
 

i.          Prosedur Pengendalian Standard

ii.         Tatacara Pengendalian Piawai (bidang Ekonomi)

iii.        Tatacara Operasi Standard (bidang Sains Politik)

Istilah17.10.2023
Akta Pengangkutan Jalan 1987 ada digunakan istilah "peranti elektronik pelbagai guna". Mohon penjelasan adakah ''peranti elektronik pelbagai guna'' termasuk telefon pintar.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud peranti ialah alat atau mesin untuk melaksanakan fungsi tertentu dan elektronik bermaksud alat seperti radio, televisyen dan komputer yang berkaitan dengan atau dikendalikan dengan komponen seperti mikrocip dan transistor yang mengawal arus elektrik. Berdasarkan istilah bahasa Melayu pula, pelbagai guna membawa maksud mempunyai lebih daripada satu penggunaan.

Oleh itu, berdasarkan maksud di atas telefon pintar juga termasuk sebagai peranti elektronik pelbagai guna.
Makna12.10.2021
mengenai pengangkutan. Saya perlu 'mengambil' disini atau saya perlu 'menaiki' bas disini.Ayat kedua,iaitu 'Saya perlu menaiki bas di sini' adalah betul.Tatabahasa20.12.2007
Pengurus syarikat pengangkutan yang pecah amanah itu telah pun dipecat daripada jawatannya. Adakah penggunaan frasa 'telah pun' betul? Jika salah, mengapakah salah?Penggunaan frasa telah pun yang betul.Tatabahasa17.09.2012
Definisi/maksud pengangkutan awam menurut kamus dewan.Sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.Makna04.04.2013
Untuk makluman, Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) atau dalam Bahasa Inggerisnya Maritime Training Institute (MATRAIN) adalah sebuah insitut latihan di bawah Jabatan Laut Malaysia (JLM). Dalam hal ini, JLM berhasrat untuk menggunapakai nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) memandangkan institut ini telah dikenali di peringkat antarabangsa sebagai ASEAN Regional Training Centre. Sebagai tambahan penggunaan nama MATRAIN adalah lebih menarik (catchy) dan ianya sebagai salah satu usaha untuk menjenamakan semula institut ini. Sejajar di atas, kerjasama dan bantuan tuan adalah dipohon untuk memberi pengesahan berhubung perkara ini sama ada penggunaan nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) boleh digunapakai atau sebaliknya. Perhatian dan maklum balas segera tuan berhubung perkara ini amat dihargai.Kami cadangkan kekalkan nama yang telah mantap Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) dan untuk tujuan antarabangsa boleh menggunakan dalam bahasa Inggeris Maritime Training Instute (MATRAIN)Lain-lain08.07.2019
1.'SUSTAINABLE TRANSPORTATION' ATAU PENGANGKUTAN MAMPAN APA KAH MAKNANYA DALAM ISTILAH BM. 2.MAPAN ATAU MAMPAN MINTA PERJELASAN PERBEZAANBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pemba­ngunan dsb).Oleh itu, pengangkutan mampan ialah sistem pengangkutan yang mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik.Makna19.12.2010
Pohon pencerahan tuan berkenaan 'Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu' atau 'Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu' dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih atas jawapan.DBP menyediakan perkhidmatan penyemakan hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sahaja dan bukan sebaliknya.Lain-lain24.02.2014
1234567

Kembali ke atas