Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngang.ku.tan]/[peng.ang.ku.tan] | ڤڠڠکوتن

Definisi : pembawaan (barang-barang dll) dr satu tempat ke tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngang.ku.tan]/[peng.ang.ku.tan] | ڤڠڠکوتن

Definisi : perbuatan atau hal mengangkut; pengiriman atau pembawaan barang-barang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengangkutan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGANGKUTAN UMUM 
PENGANGKUTAN UDARAKonsep pengangkutan udara.KEJURUTERAANKenderaan/Pengangkutan
PENGANGKUTAN BANDARKonsep pengangkutan bandar.KEJURUTERAANKenderaan/Pengangkutan
PENGANGKUTAN AIRKonsep pengangkutan air.KEJURUTERAANKenderaan/Pengangkutan
PENGANGKUTAN KARGOKonsep pengangkutan barang/kargo.KEJURUTERAANKenderaan/Pengangkutan
FENOMENON PENGANGKUTANMekanisme pemindahan kuantiti asas, iaitu jisim, tenaga, dan momentum dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Proses pengangkutan berlaku setiap detik. Udara sentiasa bergerak. Air sungai pula sentiasa mengalir. Matahari sentiasa menyinari bumi pada siang hari. Kepulan asap meresap ke udara dari serombong kilang, rumah atau kenderaan. Kefahaman tentang fenomenon pengangkutan amat penting untuk menganalisis dan mereka bentuk peralatan loji pemprosesan. Pengetahuan berkaitan ciri-ciri kuantiti asas dan mekanisme pengangkutan diperlukan bagi menentukan jenis reka bentuk yang sesuai. Begitu juga huraian secara terperinci tentang mekanisme pengangkutan menjadi amat bermakna dalam menerangkan operasi peralatan tersebut....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
PERSATUAN PENGANGKUTAN UDARA ANTARABANGSAOrganisasi automobilKEJURUTERAANInstitusi/Organisasi
SISTEM PENGANGKUTAN DI MALAYSIAKonsep...KEJURUTERAANKenderaan/Pengangkutan
TEORI DUA SAPUTTeori yang menjelaskan bahawa terdapat tiga rintangan terhadap proses pengangkutan, iaitu rintangan dalam fasa gas, fasa cecair dan permukaan sentuhan antara dua fasa tersebut, iaitu lapisan antara muka. Teori dua saput bersandar pada andaian bahawa terdapat satu lapisan saput yang nipis yang terbina di sempadan sistem. Rintangan terhadap proses pengangkutan dalam fasa gas atau cecair diwakili oleh rintangan yang terdapat dalam saput fasa tersebut. Fasa gas mempunyai komposisi komponen A yang lebih tinggi daripada fasa cecair.KEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
LIF

Lif ialah alat pengangkutan yang membawa

orang dan barang ke tingkat-tingkat bangunan.

Perkataan lif, biasanya bermaksud gerabak yang

membawa orang atau barang. Tetapi perkataan

ini juga merujuk kepada keseluruhan sistem yang

mengawal pergerakan gerabak itu. Gerabak itu

bergerak ke atas dan ke bawah dalam syaf yang

mempunyai rel pandu keluli untuk menghalang

pergerakan ke sisi. Di Amerika Syarikat lif dikenali

sebagai “elevator”.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas