Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas, dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengangkutan awam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOC

Koc ialah nama kepada kenderaan beroda

empat yang ditarik oleh haiwan. Koc menjadi

pengangkutan awam yang utama untuk bergerak

dari satu tempat ke satu tempat sebelum ada

perkhidmatan kereta api.

UMUM 
PERTUBUHAN PENERBANGAN AWAM ANTARABANGSA

agensi khas yang membuat dasar dan menetapkan teknik pengendalian pesawat awam, serta membuat perancangan dan mengawasi pembangunan pengangkutan udara antarabangsa.

KEJURUTERAANInstitusi/Organisasi
POLIS

Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan

undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas

mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi

nyawa serta harta benda orang awam dalam

sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki

dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam

pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan

tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu

menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai.

Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya

berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali

dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan,

mencari orang yang dilaporkan hilang atau

membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa

banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka

menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan

penjagaan kepada mangsa-mangsa.

UMUM 
ARTHUR, SIR GEORGE

Arthur, Sir George (1784–1854) ialah leftenan

gabenor Van Diemen’s Land (kini Tasmania) dari

tahun 1824 hingga tahun 1836. Dia menyokong

pengangkutan dan mencuba mentadbirkan tanah

jajahannya sebagai petempatan penjenayah. Dia

tidak mempedulikan hak politik peneroka bebas

dan sering kali menyebabkan mereka

memusuhinya. Dia tidak suka akan kritikan dan

mencuba menapis akhbar apabila dasar-dasar dan

pentadbirannya diserang melalui akhbar. Pada

tahun 1825, Van Diemen’s Land menjadi koloni

yang terpisah daripada New South Wales dan

mempunyai Majlis Perundangannya sendiri. Arthur

mendirikan sebuah perkhidmatan awam yang

cekap dan banyak berusaha menumpaskan

perompakan di tanah jajahan tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas