Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.rah] | ڤڠاره

Definisi : 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Per­khidmatan dan Perjawatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.rah] | ڤڠاره

Definisi : orang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): ~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengarah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAAZEL, LORIN

Maazel, Lorin (1930– ) ialah pemimpin muzik

Amerika, yang pertama berkhidmat sebagai

pengarah Vienna State Opera di Austria. Jawatan itu

disandang dari tahun 1982 hingga tahun 1984.

Pada tahun 1960, Maazel menjadi pemimpin

Amerika yang pertama di Bayreuth Fastival yang

terkenal di Jerman. Maazel menjadi pengarah muzik

pasukan Cleveland Orchestra dari tahun 1972

hingga tahun 1986. Maazel juga pernah memimpin

beberapa orkestra di merata dunia.

UMUM 
NICHOLS, MIKE

Nichols, Mike (1931– ), pengarah Amerika yang

terkenal kerana kerjayanya dalam filem dan

mengarahkan pementasan. Nichols memenangi

Academy Award melalui filem arahannya yang kedua

The Graduate (1967). Filemnya yang lain termasuk

Who’s Afraid of Virginia Wolf? (1965), Catch-22 (1970),

Carnal Knowledge (1971), Silkwood (1983), Working

Girl (1988), dan Postcards from the Edge (1990).

UMUM 
SPIELBERG, STEVEN

Spielberg, Steven (1947– ) ialah pengarah

dan penerbit filem Amerika Syarikat. Dia ialah

juruteknik istimewa yang mempunyai kepakaran

dalam mengolah ceritanya dengan gaya yang

mendebarkan.

UMUM 
RENOIR, JEAN

Renoir, Jean (1894–1979) ialah pengarah filem

Perancis. Filemnya banyak mendedahkan

kelemahan manusia dan mencemuh sikap

masyarakat. Bagaimanapun, filemnya juga

menunjukkan belas kasihan terhadap manusia dan

kegagalan mereka. Renoir telah mengarah 36

buah filem termasuk dua buah filem yang paling

digemari ramai. Satu daripadanya, The Grand

Illusion (1937) mengkritik kesia-siaan perang dan

The Rules of the Game (1939) menyindir

perhubungan di kalangan orang kelas atasan pada

sebuah parti hujung minggu.

UMUM 
NICHOLSON, JACK

Nicholson, Jack (1937– ), pelakon dan pengarah

filem Amerika. Dia sering melakonkan watak yang

sombong dan biadab atau individu yang berjiwa

bebas dan menolak masyarakat konvensional.

Nicholson memenangi Academy Award pada tahun

1975 sebagai pelakon lelaki terbaik melalui

lakonannya dalam One Flew Over the Cuckoo’s Nest

dan Academy Award pada tahun 1983 sebagai

pelakon pembantu lelaki terbaik melalui lakonannya

dalam Terms of Endearment.

UMUM 
ADAMSON, JOY

Adamson, Joy (1910–1980), pengarah dan pelukis,

yang menjadi termasyhur kerana bukunya Born

Free: A Lioness of Two Worlds (1960). Buku ini

menceritakan bagaimana Adamson dan suaminya

memelihara Elsa, anak singa yatim piatu, semasa

mereka tinggal dan bertugas di Kenya, Afrika Timur.

Pasangan Adamsons melatih Elsa memburu

haiwan-haiwan lain untuk makanan supaya ia

akhirnya dapat mencari makan sendiri dalam hutan.

UMUM 
ANTONIONI, MICHELANGELO

Antonioni, Michelangelo (1912– ) ialah

pengarah filem Itali. Dia mula terkenal dengan

kaedah pengarahannya yang menekankan simbol

visual berbanding dengan plot dalam sesebuah

filem. Filem Antonioni yang disanjung, L’Avventura

( The Adventure , 1960) dan La Notte ( The Night , 1960)

menceritakan kisah orang yang hilang pedoman

hidup walaupun berjaya dari segi kewangan.

UMUM 
ZINNEMANN, FRED

Zinnemann, Fred (1907–1997) ialah pengarah

filem Amerika kelahiran Austria. Filemnya dikenali

kerana berjaya mempamerkan watak dengan

begitu berkesan. Dia memenangi Academy Award

bagi filem From Here to Eternity (1953) dan A Man

for All Seasons (1966). Filemnya yang utama

termasuk The Seventh Cross (1944), The Search

(1947), The Men (1950), The Member of the

Wedding (1952), High Noon (1952), Oklahoma!

(1955), The Nun’s Story (1958), The Sundowners

(1960), The Day of the Jackal (1973), dan Julia (1977).

UMUM 
ALLEN, WOODY

Allen, Woody (1935– ) ialah pelakon, pengarah,

pengarang, dan pelawak Amerika. Allen menulis,

mengarah, dan membintangi banyak filem komik.

UMUM 
REDFORD, ROBERT

Redford, Robert (1937– ) ialah pelakon dan

pengarah filem Amerika. Redford telah

melakonkan pelbagai watak.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas