Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.sas] | ڤڠاساس

Definisi : orang yg mengasaskan (memula­kan perubahan) sesuatu: pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yg dikehendaki oleh ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.sas] | ڤڠاساس

Definisi : orang yg mula-mula meletakkan dasar (mendirikan sesuatu pertubuhan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengasas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SMITH, JOSEPH

Smith, Joseph (1805–1844) ialah pengasas dan

presiden pertama Gereja Mormon yang secara

rasminya dikenali sebagai Gereja Jesus Christ of

Latter-day Saints. Beberapa gereja lain turut

mengiktiraf Smith sebagai pengasas mereka.

Antaranya, yang terbesar ialah Reorganized Church

of Jesus Christ of Latter-day Saints.

UMUM 
ABU BAKAR AL-BAQIR

Abu Bakar al-Baqir (1907–1973), tokoh politik,

agama dan pendidik Malaysia. Dia ialah pengasas

Maahad el-Ehya al-Shariff, Gunung Semanggol,

Perak. Dia juga ialah pengasas Hizbul Muslimin,

sebuah parti politik yang ditubuhkan pada tahun

1948.

UMUM 
SALLEH MOHD. NOORPengasas FRIMPERTANIANTokoh
SALAHUDDIN AL-AYYUBIPengasas Empayar Ayyubiyyah yang memerintah Mesir, Syria, palestin, Utara Mesopotamia dan Yaman sekitar penghujung abad ke 6 H./12 M.AGAMATokoh
YAP AH LOYpengasas Kuala LumpurSEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SISYPHUS

Sisyphus ialah pengasas kota Corinth dalam

mitologi Yunani. Dia adalah penipu yang terkenal

yang sanggup memperdayakan dewa-dewa

sekalipun.

UMUM 
PLOTINUS

Plotinus (205?–270?) merupakan pengasas ilmu

falsafah Yunani yang dikenali sebagai

Neoplatonisme . Dia mengembangkan

Neoplatonisme berdasarkan falsafah Plato (lihat

Neoplatonisme ). Plotinus menyatakan bahawa

dunia kebendaan adalah tidak benar, politik

merupakan sesuatu yang remeh-temeh, tubuh

adalah penjara sementara bagi rohani dan

kehidupan ini adalah pengembaraan melalui

khayalan. Kebenaran berada jauh sendirian dalam

kesempurnaan. ‘ The One’ merupakan suatu

sumber untuk semua kebenaran, kebaikan dan

keindahan. Plotinus menyatakan bahawa jiwa yang

suci akan dapat kembali ke sana. Kadangkala ia

kembali sebagai suatu yang menakjubkan.

Plotinus percaya dia pernah mengalami visi

tersebut.

UMUM 
NIGHTINGALE, FLORENCE

Nightingale, Florence (1820–1910), pengasas

profesion kejururawatan seperti yang kita kenali hari

ini. Askar British yang cedera dalam Perang Krimea

menamainya “Wanita dengan Lampu” apabila

Florence berjalan dalam dewan hospital mereka pada

waktu malam. Lampu yang dibawanya membawa

makna menjaga orang sakit, mengambil berat

terhadap kebajikan askar biasa, dan kebebasan bagi

wanita untuk memilih kerjaya mereka. Florence

dinamakan “wanita keramat hidup”. Tetapi

kejayaannya juga adalah kerana kebolehannya

mengatur dan mentadbir selok-belok kerja hospital.

UMUM 
MZILIKAZI

Mzilikazi (c. 1795–1868) ialah pengasas negara

Ndebele, yang kini dikenali sebagai Zimbabwe.

Dia ialah ketua puak Khumala yang tinggal

berdekatan hulu Sungai Mkuze di Zululand pada

awal tahun 1800-an. Ndebele mengasaskan

empayar yang kuat dengan menghancurkan dan

menyerapkan kebanyakan puak Sotho dan

kemudiannya puak Tswana. Mzilikazi telah

mengetuai pengikutnya menyeberangi Limpopo

dan ke bukit Matopo, di Zimbabwe, tempat

mereka membina perkampungan tetap di situ.

UMUM 
SMITH, ADAM

Smith, Adam (1723–1790), pengasas ekonomi

moden. Buku Smith yang terpenting ialah The

Wealth of Nations (judul penuh: An Inquiry into the

Nature and Causes of the Wealth of Nations). Buku

yang diterbitkan pada tahun 1776 ini ialah karya

lengkap yang pertama tentang ekonomi politik.

Buku ini membincangkan perhubungan antara

kebebasan dan ketenteraman, menganalisis proses

ekonomi, dan menyelar sekatan yang dibuat oleh

sistem merkantil British terhadap perdagangan

bebas (lihat Merkantilisme). Ketiga-tiga aspek ini

disulam bersama untuk membentuk teori sosial

yang seragam.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas