Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.suh] | ڤڠاسوه

Definisi : orang yg (kerjanya) mengasuh: dicarilah ~ utk anak raja itu; ~ bunga daun-daun kecil yg tidak sempurna yg terdapat pd tangkai (sebelah bawah) bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.suh] | ڤڠاسوه

Definisi : orang yg mengasuh; penjaga dan pendidik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengasuh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mua'ddibMuaddib: pengajar, pengasuh, pendidik.Makna01.09.2009
saya ada beberapa soalan untuk diajukan. 1. apakah perbezaan antara "penyambut" dan "penangkap"? 2. apakah perbezaan antara "pengasuh" dan "pendidik"? 3. apakah perbezaan antara "pentafsir" dan penterjemah"1. Penyambut ialah  orang yang menyambut (tetamu dll), penerima  manakala penangkap ialah orang yang menangkap.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat atau layari www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat makna setiap perkataan.
Tatabahasa20.10.2013
perbezaan guru dengan pendidik

Pendidik dan guru membawa maksud yang sama

iaitu Guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh

manakala Pendidik bermaksud orang yang mendidik atau guru.

Lain-lain29.12.2007
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih.

 

Saudara,

Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama.

watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat  Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman  Bujang Selamat  adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman.  Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya.  

Sekian, terima kasih.

Sastera15.09.2011
salam sejahtera. 1. bagaimana hendak membezakan penggunaan kata cikgu dan guru? bolehkah perkataan cikgu dalam ayat digunapakai menggantikan perkataan guru? Contoh, seorang cikgu harus berperwatakan mulia. 2. Yang mana satu paling tepat, Pertandingan Cerita atau Pertandingan Bercerita.Guru bermaksud orang yang mengajar,pendidik, pengajar,pengasuh. Cikgu bermaksud guru, panggilan bagi guru. Perkataan guru lebih digunakan secara umum manakala perkataan cikgu lebih khusus dan biasanya diikuti dengan nama khas seperti Cikgu Aminah bukan Guru Aminah.   Contoh ayat: Seorang guru(bukan cikgu) harus berperwatakan mulia. Yang tepat ialah Pertandingan Bercerita(merujuk perbuatan bercerita) manakala Pertandingan Cerita boleh bermaksud pertandingan cerita pendek dll. Lain-lain14.05.2008
Apa perbezaan penggunaan pemeliharaan dengan pemuliharaan?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan  pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah.Ejaan29.10.2014
Apakah perbezaan antara "pemuliharaan" dan "pemeliharaan"?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan  pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah.Istilah23.12.2010

Kembali ke atas