Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngat] | ڤڠت

Definisi : 1. sj penganan drpd ubi dll (yg dimasak dgn gula dan santan), serawa; 2. sj lauk yg tidak berkuah drpd ikan atau daging; kepala ~ Kl ketua kumpulan jahat; menyenduk kuah dlm ~ Mn prb membuat pekerjaan yg sia-sia; memengat memasak pengat; iba akan kacang sebuah, tak jadi ~ prb oleh kerana kesal akan hal yg sedikit (kecil) tak jadi menger­jakan sesuatu yg dimaksudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngat] | ڤڠت

Definisi : 1 penganan drpd ubi dll yg dimasak dgn santan dan gula; serawa. 2 masakan daging atau ikan yg tidak berkuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengat

Puisi
 

Nyiurlah muda dipolah pengat,
     Dimakan orang di pagi raya;
Badanlah muda jangan tak ingat,
     Usia belum orang dah binasa.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Dialas bagai memengat.

Bermaksud :

Berkata dengan cukup alasan. memengat = memasak pengat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Pengat keledek hidangan ummi, Rumah Melau beratap limas; Sangat pelik di hati kami, Adakah kijang bertanduk emas.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Pengat pisang kesukaan beta, Acar timun dengan mengkuang; Ingatlah pesan para pendeta, Belajar jangan alang kepalang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Makan pengat sekali duduk, Hendak bertambah terasa kenyang; Badan penat bini merajuk, Hendak marah mentua garang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Buat pengat buah kundur, Kuah bersantan tidak beragi; Lihat perangai orang tak syukur, Sudah diberi minta lagi.Pantun Melayu SarawakAgama
Apabila menyenduk pengat, Jangan ada yang terbuang; Apabila duduk muafakat, Janganlah suka meradang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pisang muda masak pengat, Masak mari bulan puasa; Tuan muda baik beringat, Antara dendam rosak binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Nyiurlah muda dipolah pengat, Dimakan orang di pagi raya; Badanlah muda jangan tak ingat, Usia belum orang dah binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cepatlah kukur kelapa sebelah, Kerana pengat sudah menanti; Ingatlah syukur kepada Allah, Kerana nikmatnya tiada berhenti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rasanya manis bagaikan gula, Dibuat pengat bertambah nikmat; Sengketa habis hilang bala, Selamatlah umat dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Labu manis ditengah ladang, Dibuat pengat rasa perisa; Malu habis maruah pun hilang, Berbuat jahat badan binasa,Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas