Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngat] | ڤڠت

Definisi : 1. sj penganan drpd ubi dll (yg dimasak dgn gula dan santan), serawa; 2. sj lauk yg tidak berkuah drpd ikan atau daging; kepala ~ Kl ketua kumpulan jahat; menyenduk kuah dlm ~ Mn prb membuat pekerjaan yg sia-sia; memengat memasak pengat; iba akan kacang sebuah, tak jadi ~ prb oleh kerana kesal akan hal yg sedikit (kecil) tak jadi menger­jakan sesuatu yg dimaksudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngat] | ڤڠت

Definisi : 1 penganan drpd ubi dll yg dimasak dgn santan dan gula; serawa. 2 masakan daging atau ikan yg tidak berkuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengat

Puisi
 

Nyiurlah muda dipolah pengat,
     Dimakan orang di pagi raya;
Badanlah muda jangan tak ingat,
     Usia belum orang dah binasa.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Dialas bagai memengat.

Bermaksud :

Berkata dengan cukup alasan. memengat = memasak pengat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPisang muda masak pengat, Masak mari bulan puasa; Tuan muda baik beringat, Antara dendam rosak binasa.
Kurik Kundi Merah SagaNyiurlah muda dipolah pengat, Dimakan orang di pagi raya; Badanlah muda jangan tak ingat, Usia belum orang dah binasa.
Kurik Kundi Merah SagaNyiurlah muda dipolah pengat, Dimakan orang di pagi raya; Badanlah muda jangan tak ingat, Usia belum orang dah binasa.
Kurik Kundi Merah SagaKait kelapa kukur kelapa, Kupas ubi buat pengat; Hendak kulupa tak terlupa, Kerana budi sudah terpahat.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pinang dalam celepa, Buah nipah dibuat pengat; Tuan senang jangan lupa, Sudah susah baru beringat.

Kembali ke atas