Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ka.lan] | ڤڠکلن

Definisi : perihal (usaha dsb) mengekal­kan, pemeliharaan (supaya berterusan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengekalan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan perkataan ORGANISMA & ORGANISMEOraganisma ialah haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yang berupaya menjalani proses kehidupan seperti bernafas, makan, membesar, dan membiak. Manakala organisme merujuk kepada atau berkaitan dengan faktor atau proses yang terlibat dalam integrasi dan pengekalan keindividuan satu organisma.Makna11.08.2009
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin menggunakan tajuk berikut sebagai tajuk tesis Phd saya dan mohon bantuan semakan pihak tuan. PELESTARIAN PATRIOTISME

Mengikut Kamus Dewan, pelestarian ialah perlindungan daripada kemusnahan, manakala patriotisme pula ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Maka, secara literalnya, pelestarian patriotisme ialah pengekalan perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Namun, frasa PELESTARIAN PATRIOTISME bukan sahaja terlalu pendek untuk tajuk tesis, malah konsep tidak jelas.

Penyemakan dan penterjemahan07.03.2017
Mohon pihak DBP dapat memberikan istilah yang tepat bagi wealth creation, wealth protection dan juga wealth preservation. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk wealth creation, wealth protection dan wealth preservation. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk  perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
1. wealth -  kekayaan
2. creation - ciptaan/penciptaan
3. protection - perlindungan
4. preservation - pengekalan/pemuliharaan
Tuan boleh pilih perkataan yang sesuai dengan konsep dan konteks penggunaan.
Istilah05.03.2014
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin menggunakan tajuk berikut sebagai tajuk tesis Phd saya dan mohon bantuan semakan pihak tuan. PELESTARIAN PATRIOTISME SISWA GURU PENDIDIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TERHADAP PELAJAR SEKOLAH RENDAHFrasa SISWA, GURU DAN PENDIDIK merujuk pada tiga individu yang berbeza? Apakah yang tuan maksudkan dengan SISWA GURU PENDIDIK? Di samping itu, apakah yang dimaksudkan dengan PELESTARIAN?  Mengikut Kamus Dewan, pelestarian ialah perlindungan daripada kemusnahan. Maka daripada tajuk yang diberikan, apakah maksud perlindungan/ pengekalan patriotisme pendidik IPG terhadap pelajar sekolah? Tajuk anda sangat mengelirukan. Penyemakan dan penterjemahan27.02.2017

Kembali ke atas