Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.la.san] | ڤڠلسن

Definisi : perihal atau perbuatan me­ngelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.la.san] | ڤڠلسن

Definisi : perbuatan atau hal mengelaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelas (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkatan, golongan, kumpulan, bahagian, kategori;,
Kata Terbitan : sekelas, berkelas-kelas, mengelaskan, pengelasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tahu susunan ayat yang mana satu adalah betul bagi nama rasmi laporan ini Piawaian Pengelasan Pendidikan Antarabangsa atau Pengelasan Pendidikan Piawaian Antarabangsa? Atau dua-dua adalah silap? Terima kasih.

Penggunaan yang betul dan sesuai ialah Piawaian Pengelasan Pendidikan Antarabangsa atau dalam bahasa Inggerisnya ialah International Standard Classification of Education (ISCED). 


Ejaan22.01.2023
Salam Sejahtera, 1. Apa perbezaan 'pengelasan' dan 'pengkelasan'. 2. Di mana / ayat yang bagaimana sesuai untuk digunakan bagi kedua-dua perkataan tersebut. Sekian, terima kasih.1.  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll.) Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan pe... dan an... menjadi pengelasan.
2. Perkataan yang betul dan gramatis ialah pengelasan.
Tatabahasa03.01.2012
Assalamualaikum. Saya mohon jasa baik tuan/puan untuk menyemak pengelasan kata kerja yang saya telah lakukan ini. Terima kasih atas bantuan.Dokumen yang saudara sertakan perlu diteliti satu per satu. Berdasrkan semakan kami, pengelasan kata kerja dalam baris pertama betul kerana kata kerja berawalan meN- boleh terdiri daripada kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif bergantung pada kata kerja yang mengikutinya.
Pengelasan kata kerja dalam baris kedua tidak tepat kerana kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif. Oleh itu, untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 194. Begitu juga untuk pengelasan kata kerja yang seterusnya hingga halaman kelima, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan teliti setiap aspek di bawah Pembentukan Kata Kerja. Jika terdapat kekeliruan dalam penerangan di bawah tajuk Pembentukan Kata Kerja tersebut, sila hubungi kami semula.
Tatabahasa18.03.2012
Mana satu yang betul: pengkelasan atau pengelasan? Adakah wujud perkataan: pengkelasan? Jika Ada, apakah makna 'Pengkelasan'?Perkataan yang betul ialah pengelasan yang bermaksud perbuatan atau hal mengelaskan. Perkataan pengkelasan tidak wujud dalam pangkalan data kami.Makna20.09.2017
Assalamualaikum, Adakah pastri, kek dan roti termasuk dalam pengelasan 'penganan' seperti kuih-muih lain?Maksud penganan menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah berbagai-bagai jenis kuih dan kudap-kudapan. Maka pastri, kek dan roti termasuk dalam pengelasan penganan.Makna17.01.2018
Apakah maksud frasa "Taksonomi Bloom" dalam aspek Mengingat dan Memahami ?Dalam istilah bidang Pendidikan, taksonomi Bloom bermaksud pengelasan objektif pendidikan yang dihasilkan oleh Bloom yang menunjukkan aras kognitif di peringkat pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Istilah16.07.2013
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERKATAAN FILUM?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kata Filum ialah ( bidang Biologi) kategori utama dlm pengelasan haiwan dan tumbuhan.

Istilah26.06.2009
Menurut Tatabahasa Dewan, "mengenai" ialah kata kerja yang tidak boleh digunakan sebagai kata sendi nama. Namun dalam Kamus Dewan Perdana, "mengenai" diberikan pengelasan kata sendi nama, mengapakah terdapat percanggahan?Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008; 278) kata kerja "mengenai" disamakan dengan "tentang" yang berfungsi sebagai kata sendi nama. Pada halaman 402 pula dalam naskhah yang sama menyatakan bahawa unsur keterangan hal dalam frasa kerja, terdiri daripada kata sendi nama ialah tentang, mengenai dan terhadap. Pada halaman xxxvii pula menyatakan kata kerja mengenai yang bertugas sebagai kata sendi nama dapat bertukar ganti dengan kata sendi nama tentang.

Maka, perakaman kata terbitan mengenai dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1044) tidak bercanggah dengan Tatabahasa Dewan. Pemecahan makna adalah mengikut fungsi kata tersebut dalam penggunaannya dan kelas/golongan kata kerja juga dirakamkan mengikut konteks dan contoh penggunaan kata tersebut. Selain daripada berfungsi sebagai kata sendi nama, kata mengenai diberikan lima pecahan makna yang berkelas kata kata kerja transitif berserta maklumat kata pasifnya.
Tatabahasa19.06.2023
1. Adakah selepas penggunaan tanda garis miring (/), perlu diselang atau disambung dengan ayat. Cth: a. buku/baju -sambung terus b. buku/ baju-ada jarak selepas tanda Mohon pengesahan penggunaan a atau b yang betul. 2. Bagaimanakah penggunaan perkataan pengelasan atau pengkelasan yang betul.
1.    Tanda garis miring (/) dibubuh di antara dua kata atau frasa tanpa jarak di kiri dan kanannya, sama dengan kedudukan tanda baca sisipan lain, iaitu tanda sempang dan tandang pisah. Cara penulisan garis miring yang betul pada contoh a. buku/baju.  2.    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dan lain-lain). Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan  pe-...-an menjadi pengelasan.
Tatabahasa17.04.2017
Selamat sejahtera tuan, saya dah cuba rujuk pangkalan data tuan, namun tidak saya temukan. Jadi, saya ingin bertanya apakah terjemahan yang tepat bagi 'free-standing'. Contohnya dalam pengelasan khemah. Khemah 'free-standing' perlukan tiang. Namun, ada pula tak memerlukan tiang sebaliknya perlukan struktur lain sebagai sokongan. Terima kasih, tuan.Dalam data rujukan kami, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu bagi free standing, iaitu bebas dan sendiri. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=free+standing&d=69812&#LIHATSINI .Penyemakan dan penterjemahan31.01.2018
12

Kembali ke atas