Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.sa.han] | ڤڠصحن

Definisi : perbuatan atau hal mengesah-kan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.sa.han] | ڤڠصحن

Definisi : perbuatan atau hal mengesahkan; pe­nga­kuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sah (adjektif)
1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui,
Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah,
Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin memohon pihak dewan bahasa untuk pengesahan bahasa papan nama kedai dan sijil pengesahanPERMOHONAN PENGESAHAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN 

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang dbpsahbahasa.my (pautan https://dbpsahbahasa.my/). Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

Untuk mendapatkan pengesahan visual pada papan tanda premis, sila daftar akaun melalui laman sesawang dbpsahbahasa.my (pautan https://dbpsahbahasa.my/) dan rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa yang tertera.


Bagi iklan yang dilampirkan, mohon buat dulu pembetulan, seperti yang berikut:

i.          Sila lampirkan visual iklan bertaip komputer dalam satu bingkai untuk pengesahan sahaja, potong bahagian lain yang tidak berkaitan.

ii.         Logo pada sebelah kanan - sekiranya belum berdaftar dengan MyIPO sila daftar dahulu, ataupun betulkan kepada bahasa Melayu yang baik dan betul nahunya.

iii.        Nasi Ayam Big Bro’s - Adakah nama perniagaan/syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mempunyai tanda dagang (trademark)? Jika telah berdaftar, sila nyatakan No. SSM atau No. TM pada bahagian Maklumat tentang Iklan untuk rujukan kami dan jika belum berdaftar, sila gunakan nama yang telah berdaftar dengan SSM atau yang mempunyai tanda dagang sahaja. Bagi nama yang mempunyai tanda dagang, sila letak simbol ™ atau ® pada nama tersebut. Sekiranya tuan ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul atau buat dwibahasa (Melayu - Inggeris) dengan bahasa Melayu diutamakan dari segi saiz, kedudukan dan warna huruf.


Lain-lain21.02.2023
Permohonan pengesahan nama jawi dan rumi.

Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk pengesahan nama perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Lain-lain19.07.2018
Pengesahan dan maklsud perkataan "inspektorat". Untuk makluman tuan/puan, perkataan ini tidak dijumpai di dalam laman sesawang PRPM. Sekian, terima kasih.Padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "inspectorate" ialah Jemaah Pemeriksa, Jemaah Merinyu dan Jemaah Nazir. Istilah07.10.2022
Pengesahan kata pemeri Bolehkan saya sahkan sama ada latihan bertajuk Palam Pemasa pada minit ke-8 adalah betul. Saya keliru kerana jawapan yang betul menurut cikgu dalam youtube (https://www.youtube.com/watch?v=Esw5tDq2cEA) ini ialah: "Cuti sekolah adalah saat yang saya nantikan" (kenapa bukan adalah? Perkataan yang selepas ialah ialah 'saat' iaitu kata nama) "Namun, perkara yang merisaukan ayah adalah keselamatan rumah kami" (kenapa bukan ialah? bukankah keselamatan sudah menjadi kata nama?) Mohon pencerahan. Terima kasih. Salam Ramadan, MaizuraSalam sejahtera,

Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal. 263). Kedua-dua kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

Merujuk pertanyaan puan, kata pemeri ialah merupakan kata yang tepat untuk kedua-dua soalan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Layari prprm.dbp.gov.my untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.
Tatabahasa20.05.2020
Pengesahan ejaan / bahasa

Sila pastikan papan tanda ini Iklan Papan Premis, kain rentang atau gegantung. Sekiranya papan premis sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya, KEDAI PAKAIAN TERPAKAI

Sekiranya papan iklan kain rentang  atau  gegantung, sila abaikan aktiviti perniagaan dan perlulah dibetulkan seperti yang berikut:

1.  Tukarkan kepada SEJAK  2019
2.  Betulkan kepada  Jean,  Baju  dan  Sweater  Kanak-kanak   .   Jean  Lelaki dan Wanita  .   Kemeja-T  .    Gegebar  .    Toto  .   Beg  Tangan   .    Kasut

Lain-lain11.03.2020
Pengesahan ejaan nama restoranSila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain25.10.2017
Pengesahan tulisan jawi bagi: MENARA TH KOTA BHARUTiada lampiran dokumen untuk disemak dan disahkan. Walau bagaimanapun, pihak tuan/puan boleh rujuk lampiran kami untuk ejaan jawi yang betul bagi MENARA TH KOTA BHARU.Ejaan27.09.2017
Pengesahan Penggunaaan Perkataan Bahasa Melayu Dalam Banner ini sebelum diteruskan untuk printing banner promosi1. Sila hantar permohonan penegesahan iklan melalui laman web yy

2. Betulkan kepada RESTORAN DAN PENJUAL BUNGA / Dimiliki oleh: xxxx (rapatkan titik bertindih dengan perkataan oleh) dan FROM tukar kepada DARI.
 
Lain-lain14.09.2017
saya harap untuk pengesahan iklanUntuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. 

Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. 

Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. 

Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan
Terima kasih.


Lain-lain05.08.2021
pengesahan bahasauntuk pengesahan bahasa iklan, sila buat permohonan melalui https://dbpsahbahasa.my/Lain-lain10.07.2019
12345678910...

Kembali ke atas