Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.sa.han] | ڤڠصحن

Definisi : perbuatan atau hal mengesah-kan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.sa.han] | ڤڠصحن

Definisi : perbuatan atau hal mengesahkan; pe­nga­kuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sah (adjektif)
1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui,
Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah,
Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGESAHAN UMUM 
MOHOR BESAR

Mohor Besar, di United Kingdom, digunakan

untuk menandakan pengesahan raja terhadap

kebanyakan dokumen negara. Setiap raja memiliki

Mohor Besar khas, sebagai tambahan kepada

mohor privi dan meterai. Mohor diraja yang

pertama ialah Mohor Edward the Confessor. Mohor

William Si Penakluk menggambarkan raja

menunggang kuda dan bersenjata. Selepas

penaklukan England, dia menambah sebuah ‘mohor

balas’ dengan gambar penabalannya. Kemudian,

gambar raja ditabal menjadi bahagian depan mohor

dan raja di atas kuda di bahagian belakang. Lord

chancellor ialah penyimpan Mohor Besar. Apabila

seseorang raja meninggal dunia, mohor itu

dipecahkan, dan dibuat yang baru.

UMUM 
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SEMBILAN

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SEMBILAN, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kekuasaan serta pengesahan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

BUDAYAKonsep
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI TERENGGANU

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI TERENGGANU, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kekuasaan serta pengesahan Sultan Terengganu.

BUDAYAKonsep
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SELANGOR

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SELANGOR, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kebesaran serta pengesahan Sultan Kedah.

BUDAYAKonsep
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PERAK

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PERAK, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kebesaran serta pengesahan Sultan Perak.

BUDAYAKonsep
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PAHANG

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PAHANG, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kebesaran serta pengesahan Sultan Pahang.

BUDAYAKonsep
NOTARI AWAM

Notari awam ialah pegawai yang diberi kuasa

oleh undang-undang untuk mengesahkan dokumen

tertentu, dan untuk mengangkat sumpah. Banyak

dokumen, seperti surat ikatan, mesti disahkan oleh

notari sebelum ia boleh dikuatkuasakan secara sah

dari segi undang-undang. Tujuan pengesahan

sesuatu dokumen oleh notari adalah untuk

melindungi mereka yang menggunakannya

daripada pemalsuan.

UMUM 
KUASA VETO

Kuasa veto, kewibawaan politik yang dipunyai oleh sesuatu institusi seperti badan perundangan atau eksekutif, yang digunakan untuk menghalang sesuatu keputusan atau tindakan supaya tidak mendapat pengesahan undang-undang yang diperlukan.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANKonsep
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PERLIS

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PERLIS, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kebesaran serta pengesahan Raja Perlis.

BUDAYAKonsep
12

Kembali ke atas