Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.sa.han] | ڤڠصحن

Definisi : perbuatan atau hal mengesah-kan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.sa.han] | ڤڠصحن

Definisi : perbuatan atau hal mengesahkan; pe­nga­kuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sah (adjektif)
1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui,
Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah,
Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biometrics authenticationpengesahan biometrikTeknologi Maklumate-KesihatanProses pengenalan keselamatan yang bergantung kepada ciri-ciri biologi yang unik bagi seseorang individu seperti cap jari, iris atau retina. Proses ini membandingkan data biometrik yang diperoleh dengan data yang tersimpan dalam pangkalan data untuk tujuan pengesahan. Pengesahan biometrik sering digunakan ketika seseorang individu hendak mencapai sumber digital dan fizikal seperti bangunan, bilik dan peranti yang canggih.
e-authenticatione-pengesahanTeknologi Maklumate-KesihatanProses pengesahan identiti seseorang secara elektronik, seperti tandatangan digital. Proses ini merupakan kaedah yang paling selamat untuk mengesahkan identiti seseorang ketika melakukan transaksi atau urusan dalam talian. Contohnya, pengesahan laporan kesihatan seseorang pesakit oleh seorang doktor secara elektronik sebelum dihantar kepada pakar perubatan yang berikutnya untuk dianalisis.
process validationpengesahan prosesHerbaPeraturan dan PemasaranLangkah yang melibatkan pengumpulan, analisis dan penilaian data bermula dari fasa reka bentuk proses sehingga pengilangan produk. Pengesahan proses bertujuan untuk menghasilkan produk yang berkualiti secara konsisten. Pengesahan perlu dijalankan ke atas beberapa aspek seperti proses pengilangan, tatacara persampelan, peralatan, kemudahan dan kaedah analisis.
authentication toolalat pengesahanTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Mekanisme dalam sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej. Pengesahan biasanya dilakukan berdasarkan suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. 2. Peranti fizikal yang digunakan untuk memastikan identiti individu. Pengesahan biasanya dilakukan dengan menggunakan token keselamatan seperti kad jalur magnet atau ciri fizikal individu yang unik seperti cap jari.
ratificationpengesahanSejarahTiadaPerihal pengesahan atau mengesahkan sesuatu biasanya perjanjian atau persetujuan yang dicadangkan oleh kedua-dua belah pihak.
quantitative verificationpengesahan kuantitatifSejarahTiadaPengesahan tentang sesuatu hal yang dilakukan secara kuantitatif atau menurut urutan bilangan.
secret-key cryptographykriptografi kekunci rahsiaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKriptografi tradisional yang menggunakan kekunci tunggal untuk menyulit dan menyahsulit sesuatu mesej. Kriptografi ini bukan sahaja digunakan dalam penyulitan tetapi juga dalam pengesahan seperti teknik kod pengesahan mesej. Teknik yang biasa digunakan dalam kriptografi kekunci rahsia adalah sifer blok, sifer aliran dan kod pengesahan mesej. Kelebihan kriptografi ini berbanding kriptografi kekunci awam adalah kadar masa yang diperlukan untuk melaksanakannya lebih pantas.
verification notenota pengesahanPentadbiran PerniagaanTiadaDokumen yang memberitahu pengesahan selepas hantaran yang dibuat oleh pejabat pos kepada pentadbiran pos.
KerberosKerberosTeknologi MaklumatTiadaSatu skema pengesahan kekunci simetri yang dibangunkan di MIT(Massachusetts Institute of Technology) untuk mengenali pengguna dan peranti dalam persekitaran rangkaian klien/pelayan. Kerberos disebut sebagai protokol pengesahan pihak ketiga yang boleh dipercayai. Ia dijalankan pada pelayan yang berasingan daripada mana-mana klien atau pelayan lain. Nama Kerberos diperoleh daripada nama anjing pengawal yang mengawal pintu masuk Hades (alam roh mitos Greek). Pelayan Kerberos disebut sebagai pelayan pengesahan (AS). Apabila klien ingin mencapai sesuatu pelayan, klien akan mencapai pelayan Kerberos untuk mendapatkan tiket. Tiket ini membenarkan capaian. Ini mengandaikan bahawa kedua-dua klien dan pelayan mempercayai pelayan pengesahan Kerberos pihak ketiga.
terminal authenticationpengesahan terminalTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenyahihan identiti suatu sistem komputer yang ingin membuat sambungan rangkaian dengan pengesahan alamat komputer berkenaan sebagai syarat awal sebelum membenarkan capaian ke sumber rangkaian yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas