Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gal] | ڤڠݢل

Definisi : 1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa penga­jian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama adalah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa; berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, ber­potong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong­-potong (kepalanya); memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll); terpenggal sudah dipenggal, terpancung; penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagi­an (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; pemenggalan perbuatan memenggal; pemenggal 1. orang yg memenggal (kepa­la); 2. alat utk memenggal (kepala). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gal] | ڤڠݢل

Definisi : 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg sudah dipotong atau dikerat; kerat; potong: Saya memberikan dua ~ tebu kpdnya. 2 sebahagian drpd sesuatu buku: Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear telah diterbitkan dlm empat ~. 3 bahagian masa pengajian sekolah dlm satu-satu tahun: Temasya olahraga itu akan diadakan pd penghujung ~ kedua nanti. memenggal 1 memotong atau mengerat; menetak (kepala): Mereka ~ kepala musuh lalu menggantungnya di pintu rumah. 2 membahagikan kpd beberapa bahagian. penggalan bahagian yg dipenggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penggal (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerat: potong, belah, joreng,

2. Bersinonim dengan bahagian: jilid, bab, edisi, keluaran, fasal, perkara, surah, juz, juzuk, perenggan, halaman, muka surat, helaian, seksyen,

3. Bersinonim dengan semester: sesi, tempoh, jangka masa, jangka waktu, tahun,

Kata Terbitan : berpenggal-penggal, memenggal, terpenggal, penggalan, pemenggalan,

Puisi
 

Penggal puan penggal selasih,
     Penggal keduduk kait-kait;
Tinggal tuan tinggallah kasih,
     Tinggal duduk baik-baik.


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
POROGUEMEMPROROG - PERBUATAN MENGHENTIKAN SESUATU PENGGAL PARLIMEN BAGI MEMINDAHKAN PENGGAL TERSEBUT DENGAN PENGGAL YANG BERIKUTNYA.Istilah27.01.2011
"Selamat Hari Raya! Saya ingin bertanya : 1. cuti semester atau Cuti Semester? 2. cuti pertengahan penggal atau Cuti Pertengahan Penggal?"1. cuti semester 2. cuti pertengahan penggalEjaan19.08.2013
1)Mereka memberitahu kami bahawa peraturan itu telah dikuatkuasakan mulai penggal pertama persekolahan. 2)Rajesh membuat laporan tentang kejadian itu kepada pihak pengawal. 3)Usah melonggarkan hubungan persahabatan kita yang telah lama terjalin. Tolong betulkan.Terima kasih.1. Mereka memberitahu kami bahawa peraturan itu berkuat kuasa mulai penggal pertama persekolahan.
2. Rajesh membuat laporan tentang kejadian itu kepada pihak pengawal.
3. Usah longgarkan hubungan persahabatan kita yang telah lama terjalin.
Tatabahasa16.07.2012
“Seronoknya kerana dapat bercuti ke Pulau Langkawi pada cuti penggal persekolahan nanti,”kata Sheng Kee kepada Vinoth. Saya nak tanya macam mana tukarkan ayat ini dalamayat cakap pindah kepada cakap ajuk ayat ?Mohon Tuan boleh memberi penjelasan .Terima kasih
Cakap pindah ialah cakap yang sudah diubah bentuknya menjadi laporan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut.

Sheng Kee menceritakan keseronokannya apabila dapat bercuti di Pulau Langkawi pada cuti penggal persekolahan nanti kepada Vinoth.  
 
Tatabahasa22.01.2021
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah betul penggunaan "antara lain,"? Contoh : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, antara lain, memberi penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuhkan kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus. Terima kasih.
Penggunaan yang betul dari segi tatabahasa ialah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, antara lain termasuklah memberikan penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuh kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus.
Tatabahasa27.03.2020
tolong terangkan tentang vokal berganding. Adakah halia,biola,buaya dipenggal ha-li-a,bi-o-la,bu-a-ya(mengikut suku kata) atau ha-lia,bio-la,bua-ya(mengikut suku kata yang ada vokal berganding sama seperti penggal ikut sebutan walaupun mahu penggal ikut suku kata)? yang manakah betul dan diguna pakai dalam pemenggalan suku kata?Sebutan bagi kata dasar berpedomankan kaedah pemenggalan suku kata ejaan (kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang tidak sama, iaitu pola V-V yang menerbitkan V-VK,KV-V dan KV-VK). Oleh itu, sebutan yang mengikut pemenggalan yang betul ialah ha-lia, bio-la dan bua-ya.Tatabahasa15.08.2007
Salam... Ayat berikut dikatakan ada kesalahan. Boleh pihak tuan nyatakan kesalahan tersebut. 1. Kaunselor mengingatkan semua murid agar mereka memanfaatkan masa cuti pertengahan penggal persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru. 2. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama.. 1. Kaunselor mengingatkan semua murid agar mereka memanfaatkan masa cuti pertengahan penggal persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru. 


dibekalkan- perkataan ini tidak wujud dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan yang sesuai ialah ' diberikan'.

2. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama.

'masih' kurang sesuai. Perkataan yang lebih sesuai ialah 'tetap'.
Tatabahasa18.09.2012
bagaimanakah mengeja perkataan 'buah'. adakah perkataan itu dieja sebagai 'buah' atau 'bu + ah'.Penggal kata/suku kata bagi buah ialah 'buah'. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), halaman 340.Lain-lain14.10.2010
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Boleh saya tahu siapakah pembaca sasaran secara terperinci bagi buku: a) Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III oleh Zainal Abidin Ahmad penerbitan tahun 2000 dan b) Practical Malay Grammar oleh Shellabear tahun 1904. Hal ini dalam membantu penulisan sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia Harap pihak tuan/puan dapat membantu saya, sekian terima kasih
Salam tuan,

Sasaran pembaca

Golongan sasar pembaca bagi kedua-dua buku tersebut ialah golongan pencinta bahasa. Namun begitu, sesiapa yang berminat untuk mendalami aspek bahasa dan linguistik boleh membacanya untuk menambahkan ilmu. 

Sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan kajian tersebut, bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), melalui sistem Katalog awam dalam talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/


Pegawai Pustakawan yang boleh dirujuk:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.



Lain-lain03.01.2022
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai pemotongan suku kata. Contoh "pemindahan", pemotongan suku kata : pemindah-an atau peminda-han? Apakah syarat-syarat pemotongan suku kata.Penggal suku kata bagi perkataan pemindahan ialah pe.min.dah.an, iaitu kv.kvk.kvk.vk. Untuk maklumat terperinci tentang penggalan suku kata, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Tatabahasa28.03.2012
123

Kembali ke atas