Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gal] | ڤڠݢل

Definisi : 1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa penga­jian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama adalah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa; berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, ber­potong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong­-potong (kepalanya); memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll); terpenggal sudah dipenggal, terpancung; penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagi­an (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; pemenggalan perbuatan memenggal; pemenggal 1. orang yg memenggal (kepa­la); 2. alat utk memenggal (kepala). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gal] | ڤڠݢل

Definisi : 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg sudah dipotong atau dikerat; kerat; potong: Saya memberikan dua ~ tebu kpdnya. 2 sebahagian drpd sesuatu buku: Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear telah diterbitkan dlm empat ~. 3 bahagian masa pengajian sekolah dlm satu-satu tahun: Temasya olahraga itu akan diadakan pd penghujung ~ kedua nanti. memenggal 1 memotong atau mengerat; menetak (kepala): Mereka ~ kepala musuh lalu menggantungnya di pintu rumah. 2 membahagikan kpd beberapa bahagian. penggalan bahagian yg dipenggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penggal (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerat: potong, belah, joreng,

2. Bersinonim dengan bahagian: jilid, bab, edisi, keluaran, fasal, perkara, surah, juz, juzuk, perenggan, halaman, muka surat, helaian, seksyen,

3. Bersinonim dengan semester: sesi, tempoh, jangka masa, jangka waktu, tahun,

Kata Terbitan : berpenggal-penggal, memenggal, terpenggal, penggalan, pemenggalan,

Puisi
 

Penggal puan penggal selasih,
     Penggal keduduk kait-kait;
Tinggal tuan tinggallah kasih,
     Tinggal duduk baik-baik.


Lihat selanjutnya...(12)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Penggal kepala tak berlaku lagi dalam masyarakat DayakJeniri AmirBerita Harian28.03.1982
Naciwid penggal kelimaTiadaBerita Harian27.03.1990
Pameran musim cuti sekolah penggal pertama 1983TiadaUtusan Malaysia09.04.1983
Pameran musim cuti sekolah penggal pertama 1983TiadaUtusan Malaysia13.04.1983
Pelaksanaan bahasa baku mulai penggal duaTiadaUtusan Malaysia07.04.1988
Pameran musim cuti sekolah penggal pertama 1983TiadaMingguan Malaysia10.04.1983
Buku: jaminan DBP: diedar sebelum penggal persekolahan 1997 bermulaQuek, LawrenceUtusan Malaysia27.07.1996
Sebutan baku bahasa Melayu: pelaksanaannya penggal keduaRosniza RasulBerita Harian19.02.1987

Kembali ke atas