Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gal] | ڤڠݢل

Definisi : 1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa penga­jian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama adalah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa; berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, ber­potong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong­-potong (kepalanya); memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll); terpenggal sudah dipenggal, terpancung; penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagi­an (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; pemenggalan perbuatan memenggal; pemenggal 1. orang yg memenggal (kepa­la); 2. alat utk memenggal (kepala). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gal] | ڤڠݢل

Definisi : 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg sudah dipotong atau dikerat; kerat; potong: Saya memberikan dua ~ tebu kpdnya. 2 sebahagian drpd sesuatu buku: Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear telah diterbitkan dlm empat ~. 3 bahagian masa pengajian sekolah dlm satu-satu tahun: Temasya olahraga itu akan diadakan pd penghujung ~ kedua nanti. memenggal 1 memotong atau mengerat; menetak (kepala): Mereka ~ kepala musuh lalu menggantungnya di pintu rumah. 2 membahagikan kpd beberapa bahagian. penggalan bahagian yg dipenggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penggal (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerat: potong, belah, joreng,

2. Bersinonim dengan bahagian: jilid, bab, edisi, keluaran, fasal, perkara, surah, juz, juzuk, perenggan, halaman, muka surat, helaian, seksyen,

3. Bersinonim dengan semester: sesi, tempoh, jangka masa, jangka waktu, tahun,

Kata Terbitan : berpenggal-penggal, memenggal, terpenggal, penggalan, pemenggalan,

Puisi
 

Penggal puan penggal selasih,
     Penggal keduduk kait-kait;
Tinggal tuan tinggallah kasih,
     Tinggal duduk baik-baik.


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ke kawasan pengumpulan balak untuk pengangkutan yang seterusnya. (HUT) y-axis (paksi-y) Paksi yang serenjang dengan paksi-x dalam sistem koordinat Cartesan dua matra. (MAT) y-cut crystal (hablur penggal-y) Hablur kuartza yang dipenggal sedemikian rupa supaya paksi-y serenjang de- ngan permukaan papak yang terhasil daripada pemenggalan tersebut. (FIZ) yellow cell (sel kuning) 1. Lapisan sel pada gastrousus granules granul zimogen zymogen granule granuloma ameba amebic granuloma graviti sifar zero gravity gulung-gulung kekuda trussed purlin H hablur cecair termotropi thermotropic liquid crystal hablur ekapaksi uniaxial crystal hablur penggal-y y-cut crystal hablur tetrahedron tetrahedral crystal HACCP HACCP had membunuh killing point halaju angin wind velocity halaju berkesan effective velocity halaju isi padu volume velocity halaju medan field

Kembali ke atas