Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gal] | ڤڠݢل

Definisi : 1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa penga­jian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama adalah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa; berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, ber­potong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong­-potong (kepalanya); memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll); terpenggal sudah dipenggal, terpancung; penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagi­an (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; pemenggalan perbuatan memenggal; pemenggal 1. orang yg memenggal (kepa­la); 2. alat utk memenggal (kepala). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gal] | ڤڠݢل

Definisi : 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg sudah dipotong atau dikerat; kerat; potong: Saya memberikan dua ~ tebu kpdnya. 2 sebahagian drpd sesuatu buku: Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear telah diterbitkan dlm empat ~. 3 bahagian masa pengajian sekolah dlm satu-satu tahun: Temasya olahraga itu akan diadakan pd penghujung ~ kedua nanti. memenggal 1 memotong atau mengerat; menetak (kepala): Mereka ~ kepala musuh lalu menggantungnya di pintu rumah. 2 membahagikan kpd beberapa bahagian. penggalan bahagian yg dipenggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penggal (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerat: potong, belah, joreng,

2. Bersinonim dengan bahagian: jilid, bab, edisi, keluaran, fasal, perkara, surah, juz, juzuk, perenggan, halaman, muka surat, helaian, seksyen,

3. Bersinonim dengan semester: sesi, tempoh, jangka masa, jangka waktu, tahun,

Kata Terbitan : berpenggal-penggal, memenggal, terpenggal, penggalan, pemenggalan,

Puisi
 

Penggal puan penggal selasih,
     Penggal keduduk kait-kait;
Tinggal tuan tinggallah kasih,
     Tinggal duduk baik-baik.


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penggal1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg sudah dipotong atau dikerat; kerat; potong: Saya memberikan dua ~ tebu kpdnya. 2 sebahagian drpd sesuatu buku: Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear telah diterbitkan dlm empat ~. 3 bahagian masa pengajian sekolah dlm satu-satu tahun: Temasya olahraga itu akan diadakan pd penghujung ~ kedua nanti. memenggal 1 memotong atau mengerat; menetak (kepala): Mereka ~ kepala musuh lalu menggantungnya di pintu rumah. 2 membahagikan kpd beberapa bahagian. penggalan bahagian yg dipenggal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penggal(chop)Tindakan membuang data yang tidak diperlukan daripada data yang berguna.Kamus Komputer
penggal1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg sudah dipotong atau dikerat; kerat; potong: Saya memberikan dua ~ tebu kpdnya. 2 sebahagian drpd sesuatu buku: Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear telah diterbitkan dlm empat ~. 3 bahagian masa pengajian sekolah dlm satu-satu tahun: Temasya olahraga itu akan diadakan pd penghujung ~ kedua nanti. memenggal 1 memotong atau mengerat; menetak (kepala): Mereka ~ kepala musuh lalu menggantungkannya di pintu rumah. 2 membahagikan kpd beberapa bahagian. penggalan bahagian yg dipenggal.Kamus Pelajar
penggal1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa penga­jian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama adalah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa; berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, ber­potong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong­-potong (kepalanya); memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll); terpenggal sudah dipenggal, terpancung; penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagi­an (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; pemenggalan perbuatan memenggal; pemenggal 1. orang yg memenggal (kepa­la); 2. alat utk memenggal (kepala).Kamus Dewan Edisi Keempat
potong1. kerat, penggal, hiris: beberapa ~ roti; 2. bp penjodoh bilangan utk baju (kain, seluar, bungkusan barang, dll): biasanya aku mendapat se~ baju drpd ibuku; 3. = memotong memenggal, mengerat; rumah ~ rumah (tempat) menyembelih lembu dll; tukang ~ a) orang yg memotong (menyembelih); b) tukang gunting rambut; c) tukang sunat, mudin; ~ ayam a) memotong (menyembelih) ayam; b) sj sumpah pd orang Cina; ~ leher a) memenggal leher; b) bp meletakkan harga yg terlalu tinggi (memeras); c) ki dgn sengaja mencari kesusahan (menghilangkan mata pencarian sendiri); ~ rambut menggunting rambut; ~ ramus sj guntingan rambut (laki­laki); ~ trip bp memotong giliran (peluang) orang; ~ wajik bentuk wajik yg dipotong menyerong; ~ hidung rosak muka prb membuat sesuatu yg tidak baik kpd keluarga sendiri akhirnya dia juga yg mendapat malu (kesusahan); berpotong dipotong: kain yg di dlm kotak itu masih belum ~; berpotong-potong berkerat-kerat, berpeng­gal-penggal; memotong 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); potong-memotong 1. saling memotong (me­lintasi); 2. pekerjaan menggunting (pakaian); memotongkan 1. memotong utk orang, menyuruh memotong; 2. menggunakan pisau dll utk memotong, memotong dgn; 3. = memperpotongkan mengira-ngira dgn cara memotong gaji (pendapatan dll) yg akan diperoleh; memperpotongkan hutang piutang mengurangkan hutang piutang; terpotong dapat dipotong: sebatang kayu pun tidak ~ pd petang itu kerana mereka terlupa membawa gergaji; potongan 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); pemotongan 1. perbuatan memotong (me­ngerat, menggunting, memenggal dsb), penge­ratan, pemenggalan: jenayah curi yg membawa kpd hukuman ~ tangan; 2. penyembelihan; 3. pemintasan (jalan dll); 4. pengurangan (gaji, harga, dsb); pemotong 1. orang yg memotong; 2. alat utk memotong.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpenggal-penggal1. berkerat-kerat, ber­potong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian;Kamus Dewan Edisi Keempat
bahagipenggal atau belahan drpd sesuatu benda;Kamus Dewan Edisi Keempat
campung Ipenggal (hujung sesuatu), kudung; mencampung memenggal atau memancung hujung sesuatu, mengudungkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
panggal Ipotong, penggal; panggalan Mn galah (utk mengait buah­buahan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
bahagibelahan drpd sesuatu: penggal: Kayu yg panjang itu dikerat menjadi empat ~. kira-kira ~ hitungan memecahkan sesuatu (nombor dsb) kpd beberapa kumpulan tertentu (spt 10÷2 atau atau 2 10 = 5). membahagi 1 memecah kpd beberapa belahan. 2 membuat kira-kira bahagi. membahagikan 1 membelah sesuatu menjadi beberapa kumpulan: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ Semenanjung Tanah Melayu kpd dua kawasan. 2 memberikan sesuatu kpd beberapa orang atau berapa kumpulan: Saya telah ~ wang itu kpd adik-adik saya. 3 menjadikan sesuatu angka lebih kecil drpd yg mula-mula; mengecilkan sesuatu angka dgn sesuatu angka yg lain: Guru menyuruh saya ~ 6981 dgn 3. bahagian 1 hasil drpd membahagi; pecahan drpd sesuatu yg dibahagikan: Pedagang-pedagang itu telah membahagikan hasil jualan mereka kpd tiga ~. 2 hak milik atau sesautu yg dibahagikan: Yg ini ~ awak, sementara yg itu, ~ saya. 3 cabang atau cawangan drpd sesuatu yg lebih besar: Ayah saya bekerja di ~ Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. terbahagi sudah dibahagikan. pembahagian 1 hal (cara, perbuatan dsb) membahagi atau membahagikan: Dasar Ekonomi Baru mementingkan ~ pendapatan dan peluang yg sama antara kaum. 2 hitungan membahagi. pembahagi angka yg digunakan utk membahagikan sesuatu angka yg lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas