Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gu.na] | ڤڠݢونا

Definisi : orang dll yg menggunakan: tumbuh-tumbuhan ialah penyimpan bahan makanan, haiwan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gu.na] | ڤڠݢونا

Definisi : orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengguna


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HAK PENGGUNA UMUM 
INDEKS HARGA PENGGUNA UMUM 
PENGGUNAKonsep penggunaEKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
KOPERASI PENGGUNA

Koperasi pengguna lihat Koperasi.

UMUM 
GABUNGAN PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau The Federation of Malaysian Consumers Association (FOMCA) ialah organisasi sukarela yang melindungi hak pengguna sebagai pembeli dan pengguna perkhidmatan.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
PERUNCITAN

Peruncitan terdiri daripada semua aktiviti yang

melibatkan penawaran jualan barangan atau

perkhidmatan kepada pengguna untuk kegunaan

sendiri. Peruncitan ialah peringkat terakhir dalam

proses membawa barangan kepada pengguna.

Tidak kesemua peruncit menjual barangan.

UMUM 
DEODORAN

Deodoran ialah barangan pengguna atau

sejenis bahan yang dibuat untuk mengurang,

menghalang atau menutup bau badan yang

kurang menyenangkan. Kebanyakan bau badan

disebabkan oleh tindak balas bakteria dengan

peluh dan rembesan di atas permukaan kulit.

Peluh sebenarnya tidak mempunyai bau. Deodoran

biasanya mempunyai bahan kimia yang boleh

menghentikan tindakan pembiakan bakteria.

UMUM 
ANALISIS RANGKAIAN PAIP SISTEM PENGAGIHANRangkaian paip yang bersepadu dan berfungsi mengagihkan gas dari sumber bekalan kepada pengguna.KEJURUTERAANKonsep
MESIN TAIP

Mesin taip ialah sejenis mesin yang mencetak

huruf dan angka di atas kertas. Pengguna di rumah

serta pejabat di seluruh dunia menggunakan mesin

taip untuk menulis dengan pantas dan kemas.

Mesin taip merupakan mesin niaga yang paling luas

penggunaannya.

UMUM 
PIAWAI EMAS

Piawai emas ialah penggunaan emas sebagai

piawai nilai wang sesebuah negara. Sesebuah

negara menjadi pengguna piawai emas apabila

menerima tukaran wang asing yang ditawarkan

dengan emas dan bersetuju untuk membeli dan

menjual emas pada harga yang tetap. Kelebihan

menggunakan piawai emas ialah mengawal inflasi,

mengawal perbelanjaan kerajaan, dan

menstabilkan kadar tukaran wang asing di

kalangan negara yang menggunakannya.

Kelemahannya pula ialah menghalang

penyelarasan yang perlu ke atas bekalan mata

wang tempatan dan kadar tukaran antarabangsa.

UMUM 
123

Kembali ke atas