Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.lang] | ڤڠهالڠ

Definisi : sesuatu (alat atau orang) yg menghalang, penyekat, perintang, dll: anak-nyalah yg menjadi ~; batu ~ sesuatu yg menjadi perintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.lang] | ڤڠهالڠ

Definisi : sesuatu yg menghalang; penyekat; perintang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halang
Kata Terbitan : menghalang, terhalang, halangan, berhalangan, penghalang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Padanan “mould and rope inhibitors” ialah “penghalang kulat” dalam peruntukan di bawah ini. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan padanan ini ditukar kepada “perencat kulapuk dan tetali”. Selain itu, adakah “polymeric food-contact surfaces” boleh dipadankan sebagai permukaan yang bersentuhan dengan makanan” atau terdapat padanan lain yang lebih bersesuaian seperti “permukaan sentuhan makanan berpolimer”. “Antimicrobial Agent 20A. (1) In these Regulations, “antimicrobial agent” means any substance used to preserve food by preventing the growth of microorganisms and subsequent spoilage, including fungistats, mould and rope inhibitors, or to sterilize polymeric food-contact surfaces. Agen antimikrobial 20A. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, “agen antimikrobial” ertinya apa-apa bahan yang digunakan untuk mengawet makanan dengan menghalang pertumbuhan mikroorganisma dan kerosakan seterusnya, termasuk fungistat, penghalang kulat, atau untuk mensterilkan permukaan yang bersentuhan dengan makanan.”.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

mould and rope inhibitors - perencat kulapuk dan tetali

polymeric food-contact surfaces - permukaan sentuh makanan berpolimer

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain28.05.2021
Bahasa tidak patut menjadi tembok penghalang yang membolehkan mereka berkomunikasi dan "berinteraksi". berinteraksi merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap ??Betul, perkataan berinteraksi ialah kata kerja tak transitif.Tatabahasa24.03.2012
Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "pop-up blocker" (yang menghalang tab baru daripada dibuka dalam sesuatu penyemak imbas)?Belum ada lagi istilah untuk "pop-up blocker" dalam bahasa Melayu.  Kami cadangkan dua istilah yang boleh digunakan mengikut konteks:

1. "Penghalang tetingkap timbul" sekiranya ia window
2. "Penghalang kotak timbul" sekiranya ia box 
Makna27.04.2014
Pohon pandangan tuan keatas tajuk kertas kerja seperti yang disenaraikan dibawah serta mohon nasihat tajuk ayat yang betul:- Sikap Masyarakat Malaysia: Penghalang kepada kerajaan untuk membanteras aktiviti cetak rompak.Cadangan kami: "Sikap Masyarakat Malaysia: Halangan Kerajaan dalam Membanteras Aktiviti Cetak Rompak".Tatabahasa20.08.2015
Assalamualaikum, 1) Apakah bahasa dialek perlu dihapuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kolej, ipta dan ipts? 2) Setahu saya,bahasa dialek telahpun digunakan sebelum kemunculan bahasa baku atau bahasa standard jadi adakah ianya menjadi penghalang dalam perkembangan bahasa melayu baku? 3) Apakah bahasa dialek boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelanjaran di sekolah kecuali bahasa melayu yang sewajarnya menggunakan bahasa melayu baku?Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang berlaku dalam keadaan rasmi atau formal. Dalam hal ini bahasa Melayu yang digunakan seharusnyalah bahasa Melayu baku. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa dialek tidak terhalang kerana bahasa dialek digunakan dalam situasi tidak rasmi atau bersantai. Bahasa dialek digunakan di sekolah secara tidak formal.Lain-lain28.03.2008
Salam Saya hendak bertanya, dalam bahasa Melayu adakah perkataan adangan dan teradang? Kata dasar perkataan ini ialah adang? Apakah maksud kata adangan dan teradang? terima kasih

Mengikut Kamus Dewan, perkataan “Adang” itu sendiri mempunyai  beberapa maksud  iaitu adang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Saudara yang budiman,

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkataan andang, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" atau sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat.

Tatabahasa23.10.2018

Kembali ke atas