Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.lang] | ڤڠهالڠ

Definisi : sesuatu (alat atau orang) yg menghalang, penyekat, perintang, dll: anak-nyalah yg menjadi ~; batu ~ sesuatu yg menjadi perintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.lang] | ڤڠهالڠ

Definisi : sesuatu yg menghalang; penyekat; perintang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halang
Kata Terbitan : menghalang, terhalang, halangan, berhalangan, penghalang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blocking reagentbahan uji penghalang; reagen penghalangKimiaTiadaTiada
anticholinergic drugdrug antikolinergikFarmasiFarmakologiSekumpulan agen yang menghalang atau merencat kesan fisiologi asetilkolina, sama ada pada tapak reseptor muskarinik ataunikotinik. Penghalang atau perencat reseptor muskarinik juga dikenali sebagai antagonis muskarinik. Penghalang reseptor nikotinik pula dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu penghalang ganglion dan penghalang neurootot
barrier zonemintakat penghalangLandskapTiadaLihat zon penghalang.
antihypertensive agentagen antihipertensiFarmasiFarmakologiAgen yang digunakan untuk menurunk:an tekanan darah tinggi atau hipertensi.Agen inidikelaskan kepada penghalang terusan kalsium seperti nifedipina, vasodilator periferi seperti minoxidil, peoghalang beta adrenergik seperti propranolol, perencat enzim pengubah angiotensin II seperti losartan dan diuretik seperti tiazida. Lihat juga penghalang terusan kalsium, vasodilator, penghalang beta, perencat enzim pengubah angiotensin.
barrier zonezon penghalangLandskapTiadaKawasan yang ditanam dengan pokok tinggi untuk menghalang tiupan angin kencang di kawasan terbuka. Sinonim mintakat penghalang.
nucleoside analogue reverse transcriptase inhibitor (NRTI)penghalang transkriptase berbalik analog nukleosidaAIDSTiadaKelas antiretrovirus yang menyerupai nukleosida tertentu dan bertindak sebagai penghalang enzim transkriptase berbalik semasa replikasi HIV. Contoh, AZT , ddl, ddc, d4T dan 3TC.
vegetative barrierpenghalang vegetatifPertanianAgroteknologiKawasan yang ditanam dengan pokok-pokok termasuk pokok renek atau rumput-rumput tinggi, bertujuan untuk mengurangkan tempiasan daripada semburan racun kimia ke kawasan tanaman. Kawasan ini akan menapis semburan racun yang melalui pokok-pokok atau rumput tersebut. Walau bagaimanapun, kawasan penghalang vegetatif ini tidak boleh dijadikan sebagai pengganti amalan pertanian baik (GAP). Hal ini bermakna, sekiranya cuaca terlalu berangin misalnya, maka semburan racun tidak digalakkan walaupun ada penghalang vegetatif.
Coulomb blockade nanotubenanotiub penghalang CoulombFizikNanoteknologiNanotiub yang meningkatkan rintangan pada voltan pincang kecil dalam alat elektronik yang mengandungi sekurang-kurangnya satu simpang terowong kapasitans rendah. Proses ini berlaku berasaskan kesan penghalang Coulomb yang hanya terdapat pada bahan berstruktur nano seperti nanotiub dan bintik kuantum.
ganglion blocking agentagen penghalang ganglionFarmasiFarmakologiAgen yang menghalang transmisi postganglion dengan bertindak sebagai antagonis nikotinik. Agen ini bertindak menghalang sistem saraf parasimpatetik dan sistem saraf simpatetik. Contoh agen ini ialah heksametonium, mekamilamina dan pempidina. Agen penghalang ganglion jarang digunakan pada masa kini berbanding dahulu disebabkan oleh kehad.iran agen-agen yang lebih selektif. Walau bagaimanapun, agen ini masih lagi digunakan dalam sesetengah situasi kecemasan, contohnya semasa diseksi aorta. Agen ini juga dikenali sebagai ganglioplegik. Lihat juga postganglion.
grillejerejakKesenianHiasan DalamanBahan penghalang daripada kayu atau besi yang digunakan untuk menghalang atau melindungi sebarang bukaan, seperti tingkap atau pintu. Jerejak sering dibentuk, dihias dengan dekorasi corak yang menarik. Bahan penghalang ini dikenali juga sebagai jeriji.
12345678910...

Kembali ke atas