Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.har.ga.an] | ڤڠهرݢاءن

Definisi : perihal atau perbuatan meng­hargai, penghormatan, penyanjungan; ha­diah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.har.ga.an] | ڤڠهرݢاءن

Definisi : perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan perkataan 'sekalung penghargaan'. Atau adakah ejaannya seperti ini: 'Sekalong penghargaan".Ejaan yang betul ialah "sekalung penghargaan".Ejaan15.10.2014
1. Maksud pengiktirafan di tempat kerja dan kaitan dengan penghargaan.sekian, terima kasih.

Penghargaan bermaksud memberi pengiktirafan kepada seseorang berdasarkan sumbangan atau perkhidmatannya. Dalam konteks ini pengiktirafan di tempat kerja adalah penghargaan terhadap sumbangan atau perkhidmatan pekerja.

Lain-lain14.12.2009
minta bantuan contoh ayat yang tepat dalam sijil penghargaan dan sijil penganugerahan

Penggunaan ayat dalam sijil penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis penyampaian peraduan esei, ayat yang boleh digunakan ialah:

Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nor Khalid Musi kerana terpilih sebagai pemenang tempat pertama Peraduan Mengarang Esei 2009.

 

Tatabahasa14.11.2009
Majlis Penghargaan Pengguna Terbaik Bulanan Perpustakaan KBS @ Pengguna Bulanan terbaikPengguna Terbaik BulananTatabahasa14.01.2011
contoh surat penghargaan dan terima kasih di atas pencalonanMaklumat yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan surat-menyurat tertakluk pada peraturan yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing dengan berpandukan  Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43. Untuk melihat penggunaan bahasa dalam surat rasmi, tuan boleh merujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi dan Bahasa dalam Komunikasi yang ditulis oleh Asmah Hj. Omar. Lain-lain19.12.2012
Selamat petang. Saya mahu bertanya, kalau penghargaan macam ini. Apakah tanda baca yang sesuai? Sekalung penghargaan juga ditujukan khusus kepada semua pihak yang berikut atas sumbangan yang telah diberikan sehingga buku ini dapat diterbitkan. - Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pengangkutan Malaysia - Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia - Semua pihak yang terlibat dalam proses penebitan buku ini Jadi, perlu letak apa2 tanda baca tak selepas JKJR, Bahagia BUku teks dan semua pihak yang terlibat itu?Dicadangkan supaya ditulis seperti ini: Sekalung penghargaan juga ditujukan khusus kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia dan semua pihak yang terlibat kerana sumbangan yang telah diberikan sehingga buku ini dapat diterbitkan.Lain-lain02.09.2015
anugerah penghargaan keberanian. Adakah ianya kata nama khas atau umum? terima kasihAnugerah penghargaan keberanian boleh dikategorikan sebagai kata nama khas dan juga kata nama umum.Tatabahasa04.12.2014
mohon dapat ulasan berkaitan ayat berikut untuk di plak penghargaan. DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DALAM MENJAYAKAN TUGAS PENGUATKUASAAN TAHUN 2016Penggunaan ayat tersebut adalah betul dari segi tatabahasa.Tatabahasa24.11.2016
Susun atur kedudukan tandatangan dalam sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri.Untuk maklumat tentang susur atur kekananan bagi tandatangan di sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri puan boleh menghubungi Jabatan Perdana Menteri untuk maklumat yang lebih lanjut.Lain-lain26.09.2016
Assalamualaikum Bole kah saya mendapatkan contoh surat ucapan terima kasih atau contoh surat Penghargaan. sekian terima kasih zaidi jpb kel

Untuk makluman saudara, penggunaan ayat dalam surat ucapan terima kasih atau surat penghargaan  bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis gotong-royong, ayat yang boleh digunakan ialah:

Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Saudara Zaidi Abu Bakar kerana telah menyumbangkan khidmat bakti dalam menjayakan Majlis Gotong-Royong  yang telah diadakan pada 2 Februari 2010.

Lain-lain11.02.2010
123456789

Kembali ke atas