Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.si.lan] | ڤڠحاصيلن

Definisi : 1. perihal (usaha dsb) meng­hasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.si.lan] | ڤڠحاصيلن

Definisi : perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Dalam berselam,
     dangkal berjingkat.

Bermaksud :

Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
child pornographypornografi kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahBahan lucah kanak-kanak dalam bentuk visual, teks atau audio serta aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan bahan-bahan tersebut. Penghasilan bahan ini adalah satu bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.
plural productionpenghasilan majmukKejuruteraanTiadaPenghasilan zarah apabila neutron cepat berlanggar dari satu nukleon ke satu nukleon dalam nukleus yang sama.
multiple productionpenghasilan bergandaKejuruteraanTiadaPenghasilan dua atau lebih zarah dalam perlanggaran tunggal antara dua nukleon.
peptisationpeptisasiKimiaKimia AnalisisPenghasilan larutan koloid suatu bahan seperti penghasilan larutan sol daripada gel.
scale downpenurunan skalaBioteknologiTiadaPenghasilan sesuatu metabolit dalam skala penghasilan (skala penuh) yang serupa dengan skala di peringkat makmal atau loji. bd. peningkatan skala.
bioluminescencebiopendarBiologiEkologiPenghasilan cahaya oleh organisma hidup sebagai hasil tindak balas kimia, misalnya penghasilan cahaya oleh organisma pendar, seperti kelemayar.
productivity of teksproduktiviti teksKesusasteraanTiadaPenghasilan teks. Contoh dalam masyarakat tradisional kegiatan penghasilan teks terbatas hanya dilakukan oleh pujangga-pujangga istana.
reproductive phasefasa pembiakanVeterinarTiadaTempoh penghasilan telur oleh unggas untuk ditetaskan atau tempoh penghasilan anak bagi ternakan mamalia. Bagi ayam, tempoh pembiakannya ialah pada umur 20-65 minggu, kambing atau biri-biri pada umur 1-8 tahun dan lembu pada umur 1.5-12 tahun.
syndrome of inappropriate antidiuretic hormone secretionsindrom penghasilan hormon antidiuresis tak sepatutnya (SIADH)PerubatanTiadaKumpulan gejala yang disebabkan oleh penghasilan hormon antidiuresis (ADH) yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Keadaan ini merupakan komplikasi penyakit tertentu seperti meningitis, pneumonia dan kecederaan kepala. Ciri-cirinya ialah sembab, tekanan darah yang tinggi, osmolaliti serum rendah, osmolaliti urin yang tinggi serta pengeluaran urin yang sedikit dan pekat. Kaedah rawatannya adalah dengan mengurangkan pemberian cecair kepada pesakit di samping merawat penyakit yang menyebabkannya.
inbreedingpembiakbakaan dalamPerubatanTiadaPenghasilan progeni atau anak dengan mengacukkan individu-individu yang mempunyai hubungan keluarga yang rapat. Misalnya, penghasilan anak daripada perkahwinan antara sepupu.
12345678910...

Kembali ke atas