Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hor.ma.tan] | ڤڠحرمتن

Definisi : perihal atau perbuatan meng­­hormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhan­nya; ~ terakhir perbuatan memberikan peng­hormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, ber­tafakur dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hor.ma.tan] | ڤڠحرمتن

Definisi : perbuatan (cara, hal) memberi hormat atau menghormati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) adakah "penghuni kampung" diterima? 2) sempena (perayaan) atau bersempena dengan (perayaan) / kedua-dua pun boleh diterima? 3) sistem pengedaran darah / sistem peredaran darah / kedua-dua pun betul? 4) adakah memberi penghormatan & memberikan penghormatan sama maksud? 5) bagaimana untuk membezakan penggunaan terancang & dirancang? 6) Mengikut Kamus tatabahasa, tersangat + kata adjektif kan betul? namun kenapa banyak jawapan bagi soalan buku tatabahasa menunjukkan "tersangat" adalah salah? saya memeriksa portal khidmat nasihat dari 2012 hingga 2015. Ada pegawai petugas yang cakap betul, ada yang berpendapat "tersangat" ini salah. harap mendapat maklum balas.

Cadangan jawapan seperti berikut:

1)    (1) Jawapan yang betul ialah penduduk kampung

2)    (2) Bersempena dengan perayaan

3)    (3) Sistem peredaran darah

4)    (4) Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna:
     i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Pak Ali memberi anak-anaknya wang saku.
     ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.

5)    (5) Perkataan terancang dan dirancang membawa maksud yang sama iaitu sudah dirancang.

6)    (6) Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah 
     penghabisan. Contoh: teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik.

Tatabahasa08.02.2021
Tuan, Penghormatan saya yang adalah pelajar tahun mengambil mata pelajaran utama dalam Psychology di universiti kebangsaan Singapura. Saya adalah masa ini melakukan satu psikolinguistik kertas penyelidikan dan ia adalah pada dasarnya kira-kira mengira phonotactic kemungkinan-kemungkinan segmen-segmen kata Melayu (eg. co kejadian huruf-huruf vokal seberang suku kata, co keberlakuan konsonan-konsonan dengan permulaan atau koda, dan sebagainya.). Dengan eksperimen psikologi tindakan susulan, kebarangkalian-kebarangkalian ini akan cahaya bangsal kepada bagaimana orang belajar dan perkataan-perkataan Melayu proses. Boleh saya bertanya jika ada sebarang pangkalan data dalam talian di mana laluan tambahan saya untuk satu senarai yang lengkap perkataan-perkataan Melayu? Jawapan anda dan membantu akan sangat membantuku dalam penyelidikan saya. Terima kasihBagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan perkara ini, saudara boleh berhubung dengan pegawai dari Bahagian Penyelidikan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka atau saudara boleh e-mel kepada izan@dbp.gov.my .(Encik Sharifullizan Malek)Lain-lain21.08.2007
Memberi kehormatan atau memberi penghormatan? Atau kedua-duanya sama makna?Salam sejahtera,

Tuan,

Kehormatan bermaksud pemberian hormat atau pemberian kerana menghargai jasa seseorang.

Penghormatan pula bermaksud perihal atau perbuatan meng­­hormati.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Istilah28.02.2018
Apakah makna perkataan berikut dalam Inggeris: 1. Ikram 2. Bijaksana Terima Kasih1. Makna, ikram - penghormatan, , honour, reverence.2. bijaksana, wise, intelligent, learned, clever,sagacious.Makna05.03.2007
Contoh: YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan kini mendapat anugerah Datuk Seri Utama. Jadi bagaimana cara memberi penghormatan kepada beliau sekarang? YBhg Tan Sri, atau YABhg Tan Sri, atau YBhg Datuk Seri Utama Tan Sri, dah, tak tau lagi?? Tolong bantu, T.Kasih. Hassan

Lazimnya kita menggunakan gelaran yang tertinggi, dalam hal ini ialah YBhg Tan Sri. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk pejabat Ketua Setiausaha Negara kerana kita perlu mengambil kira kesukaan penerimanya sendiri sama ada hendak menggunakan gelaran YBhg Tan Sri atau gelaran YBhg Tan Sri Utama.

Lain-lain03.02.2011
Apakah terjemahan 'A Tribute To Heritage' di dalam bahasa melayu?Terjemahan yang dicadangkan ialah Penghormatan kepada Warisan atau Penghargaan kepada Warisan.Lain-lain15.05.2012
Soalan di bawah ialah soalan UPSR tahun 2005. 11. Murid-murid berdiri tegak sebagai _________ lagu Negaraku yang dinyanyikan. A. menghormati B. penghormatan C. penghormat D. kehormatan Jawapan manakah sebagai pilihan jawapan? Bolehkah tuan/puan berikan penerangannya? Terima kasih.Murid-murid berdiri tegak sebagai menghormati lagu Negaraku yang dinyanyikan. Menghormati bermaksud memberikan hormat kepada ... dan dalam hal ini memberikan hormat kepada lagu Negaraku.Tatabahasa24.08.2011
MAKSUD SASTERAWAN NEGARA DAN CIRI-CIRI SEORANG SASTERAWAN NEGARASasterawan Negara ialah sasterawan yang telah menerima Anugerah Sastera Negara daripada Kerajaan Malaysia. Anugerah ini merupakan penghormatan tertinggi kerajaan terhadap sasterawan yang telah menberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan. Sehingga kini seramai sembilan orang sasterawan yang telah menerima anugerah tersebut, iaitu Keris Mas, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati, Muhammad Haji Salleh, Noordin Hassan, Abdullah Hussain dan S. Othman Kelantan.Lain-lain26.11.2007
Selamat Sejahtera...Tuan Sulaiman Anekdot Mahasiswa, Aspresiasi Nusa... 1. Saya hendak bertanya bahawa perkataan Aspresiasi di atas wujud dalam Bahasa Melayu atau tidak..? 2. maksud Aspresiasi..?Apresiasi bermaksud penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya seseorang atau sesuatu pihak. Penggunaan perkataan tersebut hendaklah bersesuaian dengan maknanya.Makna11.07.2011
bolehkah saya menamakan majlis penyampaian hadiah dan sijil kpd mm dengan nama Majlis Apresiasi atau malis aspirasi?mana yang lebih sesuaiMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud aspresiasi ialah penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya kepada seseorang atau sesuatu pihak. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud aspirasi ialah keinginan yang kuat (untuk mencapai, meng­adakan, dan lain-lain ). Maka nama bagi majlis penyampaian hadian dan sijil yang lebih sesuai ialah Majlis ApresiasiTatabahasa06.10.2016
12

Kembali ke atas