Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hor.ma.tan] | ڤڠحرمتن

Definisi : perihal atau perbuatan meng­­hormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhan­nya; ~ terakhir perbuatan memberikan peng­hormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, ber­tafakur dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hor.ma.tan] | ڤڠحرمتن

Definisi : perbuatan (cara, hal) memberi hormat atau menghormati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
anembiak Ib, MSrgolongan muda (belia).Dan sebagai tetamu kehormat dia telah diberi penghormatan untuk menyembelih binatang bagi upacara kenduri perkahwinan anembiak rumah panjang.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bambaazon Kdsemangat padi.Sebagai tanda kesyukuran dan menghormati Bambaazon, masyarakat Kadazan/Dusun bersumpah dengan Kinoingan bahawa mereka akan sentiasa mengenang pengorbanan Huminodun dengan mengadakan upacara penghormatan semangat padi iaitu Magavau.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
magavau Kdupacara kemuncak dlm semua upacara penamanan padi dgn mempersilakan semangat padi utk naik ke rumah padi sehingga musim hadapan.Sebagai tanda kesyukuran dan menghormati Bambaazon, masyarakat Kadazan/Dusun bersumpah dengan Kinoingan bahawa mereka akan sentiasa mengenang pengorbanan Huminodun dengan mengadakan upacara penghormatan semangat padi iaitu Magavau.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyengai hantu, *nyenggai antu* Ibupacara adat bagi menguruskan jenazah seseorang serta bagi membolehkan sanak saudara dan sahabat handai memberikan pengjormatan yang terakhir sebelum jenazah itu diusung ke tanah perkuburan untuk disemadikan.Malam itu dilangsungkan upacara yang dinamakan nyengai hantu. Upacara ini ialah sebagai penghormatan terakhir kepada si mati. Sebelum dibawa ke pendam (kawasan perkuburan) mayat itu hendaklah diberi makan terlebih dahulu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas