Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hor.ma.tan] | ڤڠحرمتن

Definisi : perihal atau perbuatan meng­­hormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhan­nya; ~ terakhir perbuatan memberikan peng­hormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, ber­tafakur dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hor.ma.tan] | ڤڠحرمتن

Definisi : perbuatan (cara, hal) memberi hormat atau menghormati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
salutation (speech)kata penghormatan (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian pendahuluan yang merupakan bahagian kedua dalam sesuatu struktur rasmi. Bahagian ini terletak di antara bahagian kata sapaan (ucapan salam atau selamat sejahtera) dengan bahagian pengenalan. Di bahagian ini, diberikan penghormatan kepada individu yang hadir dalam sesuatu acara. Penyusunan dan pemilihan kata penghormatan banyak bergantung pada sistem protokol dan hierarki. Sistem ini boleh berasaskan status sosial, taraf jawatan, atau keturunan yang diiktiraf oleh acara dan masyarakat. Dalam budaya masyarakat Malaysia, penyusunan kata penghormatan sangat diberikan perhatian. Bagi memastikan ketepatan susunan kata penghormatan, seseorang boleh mendapatkan nasihat daripada bahagian protokol Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Contohnya, sekiranya dalam majlis tersebut dihadiri seorang menteri, nama beliau perlu disusun paling atas dan gelaran yang diberikan ialah Yang Berhormat, manakala gelaran tuan puan pula diberikan kepada individu biasa dan individu awam yang disusun paling bawah. Bahagian perhubungan awam dalam sesebuah organisasi bertanggungjawab untuk memberikan perhatian dalam aspek ini.
act of homagepenghormatanSejarahTiadaPemberian wang atau harta yang dibuat sebagai satu penghargaan atau penghormatan dari vasal kepada lord dalam sistem feudal.
dedicationpenghormatanPerpustakaanTiadaTiada
venerationpenghormatanGerontologiTiadaPerihal sanjungan dan hormat terhadap golongan tua dan sentiasa menempatkan mereka pada kedudukan paling utama.
idiosyncracy creditpenghormatan idiosinkrasiEkonomiTiadaTiada
dedication copynaskhah penghormatanPerpustakaanTiadaTiada
dedication datetarikh penghormatanPerpustakaanTiadaTiada
prestigeprestijSejarahTiadaPenghormatan yang diberikan kerana nama yang baik.
dignitykebesaranUndang-undangTiadaPenghormatan yang diberikan tanpa imbuhan dan tidak membawa gelaran.
zarenihormat duduk (Judo)SukanTiadaPenghormatan yang dilakukan oleh penjudo-penjudo iaitu pada posisi duduk sebelum atau selepas pertandingan pada sukan judo.
12345

Kembali ke atas