Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.kat] | ڤڠيکت

Definisi : 1. alat (tali, benda, dll) utk mengikat: sebelum bungkusan itu dibuka, ~nya diuraikan dahulu; 2. orang yg mengikat; 3. sesuatu yg mengikat perhubungan (spt persahabatan, pertunangan, kasih sayang, dsb): cincin itu kuberikan kepadanya sbg tanda ~ kasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.kat] | ڤڠيکت

Definisi : 1 benda (spt tali dll) yg digunakan utk mengikat: Jangan diuraikan ~nya. 2 orang yg mengikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Kuda ini kuda buatan,
     Mari tambat Johor Lama;
Rumah buruk pengikat rotan,
     Kalau baik kutunggu lama.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan cakap ajuk yang menggunakan "...." (noktah sebelum penutup pengikat kata) dan "...," (koma sebelum penutup pengikat kata)?Penggunaan tanda petik dalam cakap ajuk yang betul ialah tanda koma sebelum penutup pengikat kata seperti dalam ayat yang berikut:

"Bila sampai?" tanya Husin.
"Kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.
"Cuci baju kamu," arah ibu kepada Amin.
Tatabahasa14.10.2017
Bagaimana menggunakan pengikat kata yang mempunyai satu koma dan dua koma? Penggunaan pengikat kata dengan dua koma sudah diketahui bagi dialog. Bagaimana dengan perkara lain contohnya dalam ayat:Tertulis si situ perkataan 'keluar' atau "keluar".Terima kasih.

Saudara,

Tanda petik ("   " ) digunakan untuk i. mengapit cakap ajuk ii. mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku iii. mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.

Tanda petik ('   ' ) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik.

Dalam ayat yang diberikan tanda baca yang digunakan ialah tanda petik ("   " ).

Lain-lain12.10.2010
Assalamualaikum WBT saya ingi bertanya, jika kita mengambil terjemahan al-Quran adakah kita perlu menggunakan pengikat kata? Walaupun dalam ayat tersebut sudah mengandungi pengikat kata bagi perbualan dalam ayat itu sendiri?Seperti yang dinyatakan dalam jawapan sebelum ini, penggunaan huruf kecil atau besar dalam dokumen bergantung pada ketetapan pihak penganjur/pemilik. Yang diberi penekanan ialah penggunaan bahasa dan ejaannya, hendaklah dalam bahasa Melayu baku. Penggunaan huruf kecil atau besar boleh digunakan, namun pada kebiasaannya yang banyak ditemukan ialah penulisan seperti dalam ayat, iaitu huruf pertama pada awal ayat dan kata nama khas sahaja ditulis dengan huruf besar.Lain-lain16.03.2021
Adaka peribahasa/slogan/kata-kata hikmat dll perlu ditulis dengan tanda baca pengikat atau petik. Contohnya "seperti aur dengan tebing" atau tidak semestinya begitu? Minta penjelasan. terima kasihContoh yang diberi ialah peribahasa dan tidak memerlukan tanda pengikat kata/petik melainkan jika mahu diserlahkan frasa tersebut. Bagi slogan seperti "Bahasa Jiwa Bangsa" dalam teks tidak perlu diletak tanda petik melainkan pada penutup surat dan setiap awalan hurufnya ditulis dengan huruf besar .Tatabahasa24.04.2012
Apakah tanda baca yang betul untuk judul buku, jenama dan nama lagu?Perlu bubuh pengikat kata'' atau ""? Contohnya 'Sang Kancil', 'Adidas','Negaraku'Tajuk atau judul buku, jenama dan nama lagu tidak perlu ditulis dengan tanda pengikat kata.Tatabahasa17.03.2007
Bilakah kita menggunakan pengikat Kata " " dan ' ' para pelajar masih keliru.Tanda '' '' petik ini digunakan untuk tujuan mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada bahan bertulis. mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Selain itu juga untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Manakala tanda petik tunggal ' ' pula digunakan dalam ungkapan atau ayat yang suadh diapit tanda petik. contoh ayat, "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Husin. Sila rujuk Gaya Dewan muka surat 77 untuk lebih memahami. Terima kasih,Tatabahasa01.08.2007
salam. penggunaan yang man adalah betul? 1. pengikat kata Responden telah mengetahui kewujudan opsyen “Lepas Dengan Amaran” bagi tindakan saringan pengimportan pada tab “Pintu Masuk” dalam sistem. atau 2. italicise Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Atau 3. penggunaan huruf besar sahaja Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Sebagai maklumat tambahan, perkataan “Lepas Dengan Amaran”dan “Pintu Masuk” adalah perkataan yang perlu diklik/dipilih dalam tab di webpage. Terima kasih.Pilihan perkataan yang dinyatakan boleh ditulis dengan:
1. tulisan tebal (bold)
Lepas dengan Amaran, Pintu Masuk

atau

2. menggunakan tanda petik "..."
"Lepas dengan Amaran", "Pintu Masuk"
Tatabahasa27.03.2023
Salam sejahtera.Dalam penulisan karangan, mestikah kita menggunakan pengikat kata bila kita gunakan peribahasa? Sekian.Tanda petik tidak digunakan untuk mengapit peribahasa. Walau bagaimanapun, penggunaan tanda petik untuk mengapit peribahasa dalam karangan perlu dirujuk kepada Kementerian Pelajaran untuk kepastian.Ejaan21.05.2012
1. Bolehkah kita memulakan ayat dengan perkataan "yang" misalnya, - a) Yang harus diberi perhatian ialah..... b) Yang mana betul, ....? 2. Bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat, misalnya - Untuk memastikan agar ibu bapa sedar tentang pentingnya pendidikan agama terhadap anak, satu forum khas dianjurkan oleh ..... 3. Apabila kita menggunakan pengikat kata adakah huruf pertama selepas pengikat kata perlu dalam huruf besar, misalnya - Peribahasa "(s)edikit-sedikit lama-lama menjadi bukit" haru dijadikn pegangan oleh... 4. Yang mana betul "Pada masa kini" atau "Kini"Perkataan yang dan untuk boleh memulakan ayat. Tidak perlu menggunakan huruf besar selepas pengikat kata kecualai yang melibatkan nama khas. Pada masa kini dan kini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan.Tatabahasa04.09.2008
Setelah merujuk arkib soalan DBP saya mengetahui simbol ' disebut sebagai pengikat kata. macam mana pula dengan simbol ini " atau dalam bahasa Inggerisnya 'inverted comma'?Dalam buku Gaya Dewan, m.s. 77, simbol (' ') disebut tanda petik tunggal yg biasa digunakan dlm ungkapan atau ayat yg sudah diapit tanda petik, simbol (" ") disebut tanda tanda petik, fungsinya mengapit cakap ajuk, mengapit judul rencana, karangan, puisi dsb, mengapit istilah ilmiah kata khususLain-lain24.08.2007
1234

Kembali ke atas