Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.kat] | ڤڠيکت

Definisi : 1. alat (tali, benda, dll) utk mengikat: sebelum bungkusan itu dibuka, ~nya diuraikan dahulu; 2. orang yg mengikat; 3. sesuatu yg mengikat perhubungan (spt persahabatan, pertunangan, kasih sayang, dsb): cincin itu kuberikan kepadanya sbg tanda ~ kasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.kat] | ڤڠيکت

Definisi : 1 benda (spt tali dll) yg digunakan utk mengikat: Jangan diuraikan ~nya. 2 orang yg mengikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Kuda ini kuda buatan,
     Mari tambat Johor Lama;
Rumah buruk pengikat rotan,
     Kalau baik kutunggu lama.


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERMET

Sermet ialah bahan keras yang boleh tahan

terhadap suhu tinggi. Namanya berasal daripada

perkataan seramik dan logam. Bahan seramik adalah

keras dan rapuh. Sermet terdiri daripada seramik

refraktori dan pengikat logam. Lihat juga Refraktori.

UMUM 
ASMA' BINT ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Asma' bint Abu Bakar al-Siddiq (27 S.H.–73

H./595–692 M.) ialah sahabat Nabi Muhammad

s.a.w. Baginda menggelarkannya Zat al-Nitaqayn

yang bermaksud “yang mempunyai dua tali

pengikat”, kerana dia menyediakan makanan

untuk ayahnya, Abu Bakar r.a. dan Rasulullah s.a.w.

ketika mereka berhijrah ke Madinah. Oleh sebab

tidak terdapat sebarang tali untuk mengikat bekas

minuman, Asma’ terpaksa membelah tali

pinggangnya kepada dua bahagian dan mengikat

bekas minuman tersebut.

UMUM 
SOSEJ

Sosej ialah makanan yang dibuat daripada daging

cincang dan dibubuh perasa. Daging yang

digunakan untuk membuat sosej termasuk daging

lembu, haiwan buruan, babi, ayam itik, anak lembu,

dan di sesetengah negara – ikan. Sosej dibubuh

perasa herba dan rempah-ratus, di samping garam,

lada, lada hitam, sage, bawang, gula, dan halia.

Kebanyakan sosej mengandungi sesetengah jenis

bijirin, yang berfungsi sebagai pengikat, dan

sedikit pengawet yang dinamakan nitrit. Nitrit

memberi warna kepada sosej dan membantu

mencegah pertumbuhan bakteria yang

menyebabkan sejenis keracunan makanan yang

dinamakan botulism. Orang Eropah kadangkala

menambah gin atau wain merah kepada sosej

untuk memberikannya rasa yang istimewa.

UMUM 
PINGGUL

Pinggul ialah bahagian badan di antara badan

dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang

pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang

bercantum iaitu ilium, iskium dan pubis ) dan

pangkal femur (tulang paha). Pangkal femur

dipadankan dengan asetabulum, iaitu rongga pada

tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi

bebola dan rongga yang memberikan kekuatan

dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam

semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi

sendi ini, termasuk gluteus maksimus yang besar,

bulat di belakang; gluteus medius di sisi; dan

rektus femoris yang panjang bak pengikat di

depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya

seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan

kaki untuk berjalan dan berlari.

UMUM 

Kembali ke atas