Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngiÖ.la.nan]/[pe.ngik.la.nan] | ڤڠيعلانن

Definisi : perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~ keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngiÖ.la.nan]/[pe.ngik.la.nan] | ڤڠيعلانن

Definisi : hal yg berkaitan dgn usaha atau cara mengiklankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iklan (kata nama)
Bersinonim dengan pengumuman, pelekat, risalah, poster, promosi, papan tanda;,
Kata Terbitan : mengiklankan, pengiklanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pertanyaan nama betul untuk PERSATUAN PERIKATAN PENGIKLANAN BERSEPADU NEGERI PAHANG

Berdasarkan carian kami melalui Internet, terdapat nama Persatuan Pengiklanan Negeri Pahang yang berstatus aktif, namun tidak menemukan nama Persatuan Perikatan Pengiklanan Bersepadu Negeri Pahang. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak yang berkaitan atau buat carian melalui laman sesawang yang mempunyai pangkalan data mengenai senarai nama persatuan yang berdaftar.

Lain-lain26.05.2022
Permohonan pengiklanan iaitu Nasi Ayam & Nasi Daging Salai Masak LemakAdakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.Lain-lain24.02.2019
Untuk skrip pengiklanan televisyen. Perkataan Cotton dan Jacquard. Perlu di Melayukan atau tidak? Dalam dunia fabrik, perkataan yang biase disebut Swiis Cotton, Japanese Cotton.Perkataan Cotton dan Jacquard perlu diterjemah dalam bahasa Melayu untuk paparan awam. Dalam bahasa Melayu, Cotton bermaksud kain kapas dan Jacquard dikekalkan perkataan yang sama. Contoh: Kain Kapas Swiss, Kain Kapas JepunIstilah17.02.2022
Permohonan kelulusan pengiklanan dari pihak DBPAdakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda.Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.Lain-lain24.02.2019
Dari segi pengiklanan dalam bentuk lisan seperti iklan TV atau Radio. Bolehkah saya menggunakan bunyi "mmmmmmmm" dan "mooooooo"? Kedua-dua perkataan ini akan disebut secara panjang. Sila beri penjelasan, terima kasih.Dalam iklan bentuk audio, dibenarkan menyebut dengan panjang seperti "emmmmmm", namun ejaannya perlu betul "em".Lain-lain18.11.2015
Dari segi pengiklanan dalam medium bertulis seperti surat khabar atau papan iklan, bolehkah saya menggunakan - Mmmmmmmm Segarnya! - sebagai slogan iklan bertulis? Perkataan Mmmmmmmm di sini merujuk pada keenakan menikmati(makan) sesuatu yang menyegarkan. Bagaimana pula jika saya menggunakan - Moooooooo Segarnya! - sebagai slogan iklan bertulis? Perkataan Moooooooo di sini merujuk kepada lembu yang akan dipaparkan bersama slogan kata ini. Tujuan dua perkataan tersebut dipanjangkan adalah untuk meniru bunyi sepertimana yang disebut secara vokal. Sila beri penjelasan, terima kasih.Untuk makluman penggunaan "Mmmmm" dan "Moooooo" tidak dibenarkan dalam iklan bertulis. Penggunaan bahasa percakapan dalam konteks rasmi (termasuk iklan) tidak dibenarkan. Iklan untuk paparan awam mesti menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul serta menggambarkan citra Malaysia.Lain-lain17.11.2015
Dalam media pengiklanan, kebiasaanya pengusaha - pengusaha memandang enteng akan kepentingan Bahasa Melayu dalam iklan komersial mereka. Mereka lebih mengutamakan nilai komersial dan keuntungan daripada menitikberatkan soal Bahasa Melayu itu sendiri. Saya telah ditugaskan untuk membentangkan tajuk ini pada hari khamis ini. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk membantu saya. Antara soalan yang ingin tuan kupaskan; 1) Tahap pencemaran Bahasa Melayu dalam iklan, sama ada dalam media elektronik mahupun media cetak. 2) Bahasa rojak dalam iklan. Adakah dibenarkan? 3) Pendapat pihak tuan sendiri mengenai isu ini. Kerjasama tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Untuk menjawab pertanyaan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan rujukan yang pelbagai. Kami cadangkan saudara rujuk Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan perpustakaan lain di IPTA dan dapatkan kertas kerja seminar yang berkaitan. Untuk makluman, DBP pernah menganjurkan Seminar Bahasa Rojak, Seminar Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam, Seminar Antarabangsa Linguistik dan pelbagai seminar lagi yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik.

Lain-lain10.10.2010
salam. apakah beza bagi perkataan "pengiklanan" dan "periklanan"? bolehkah berikan contoh penggunaannya? terima kasih

Salam saudari Khairunnisa,

Periklanan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud hal yang berkaitan dengan iklan manakala pengiklanan beerti, perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan.

Perbezaan perkataan pengiklanan dan periklanan dilihat dari aspek kemasukan apitan kata nama peN-...-an dan peR-...-an.

Lazimnya apitan peN-...-an bergabung dengan kata dasar iaitu (iklan) daripada golongan kata nama bertujuan menandakan makna proses mengerjakan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Manakala apitan peR-...-an membentuk kata nama yang membawa makna abstrak. Perkataan yang menerima apitan peR-...-an menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya.

untuk maksud yang mudah, pengiklanan lebih kepada proses mengerjakan iklan manakala periklanan hasil melakukan proses 'iklan.'

Contoh penggunaan dua perkataan tersebut dalam ayat;

1. Pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia periklanan Malaysia.

2. Pengiklanan produk baru syarikat itu dibuat melalui media massa.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa12.09.2012
Saya diberitahu bahawa,sebelum buat pengiklanan Dan sebelum mendapat kelulusan Majlis Perbandaran untuk pengiklanan papan Di sekitar bandar, saya harus mendapat kelulusan Dari DewanBahasa?? Jadi kena hantar sample iklan/perkataan yang akan digunakan??ingin penjelasan dan arahan bagi langkah seterusnya. Iklan dalam Bahasa inggeris perlukan kelulusan dari DBP?Sekiranya iklan yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris, sila buat dalam bahasa Melayu atau dwibahasa. Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)Lain-lain05.09.2017
Salam sejahtera , Saya ingin dapatkan ejaan jawi untuk PEMBEKAL BARANG PENGIKLANANEjaan Jawi bagi perkataan PEMBEKAL BARANG PENGIKLANAN ialah ڤمبکل بارڠ ڤڠيعلانن

Ejaan18.08.2021
12345678910

Kembali ke atas