Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngiÖ.la.nan]/[pe.ngik.la.nan] | ڤڠيعلانن

Definisi : perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~ keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngiÖ.la.nan]/[pe.ngik.la.nan] | ڤڠيعلانن

Definisi : hal yg berkaitan dgn usaha atau cara mengiklankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iklan (kata nama)
Bersinonim dengan pengumuman, pelekat, risalah, poster, promosi, papan tanda;,
Kata Terbitan : mengiklankan, pengiklanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
outdoor advertisingpengiklanan luaranKomunikasiKorporatPengiklanan mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan yang diperagakan di kawasan terbuka. Jenis pengiklanan ini dianggap sebagai pengiklanan tertua dalam sejarah. Pengiklanan ini biasanya terdapat di tempat strategik seperti di persimpangan jalan, kawasan lalu lintas yang sibuk, taman rekreasi, kawasan lapang yang menjadi tumpuan umum, dan lokasi sesuatu acara yang melibatkan kehadiran khalayak ramai. Peragaan maklumat iklan boleh dilakukan dengan menggunakan papan iklan, pemidang, sepanduk, pepanji, poster, paparan elektronik dan sebagainya. Tempoh peragaan sesuatu iklan adalah pelbagai mengikut kontrak yang dipersetujui antara pihak pengiklan dengan agen pengiklanan.
advertising allowanceelaun pengiklananKomunikasiKorporatPeruntukan sejumlah belanjawan untuk kos pengiklanan daripada pengilang kepada peruncit bagi tujuan promosi dan pengiklanan dikawasan sesuatu barangan diedarkan. Tujuannya adalah untuk menyesuaikan aktiviti pengiklanan dengan keperluan budaya tempatan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan. Agensi pengiklanan dan promosi di peringkat tempatan kerap digunakan dan dirujuk sebagai perunding untuk melaksanakan aktiviti pengiklanan dan publisiti tersebut secara lebih berkesan. Pelbagai pendekatan digunakan untuk melaksanakan pembayaran elaun pengiklanan berdasarkan polisi syarikat dan persetujuan antara pengilang dengan peruncit. Pembayaran tidak dilakukan secara tunai, sebaliknya pengedar dan peruncit memperoleh elaun melalui pengurangan bayaran untuk barangan yang didapati daripada pengilang. Elaun pengiklanan dikenali juga sebagai elaun promosi.
primary advertisingpengiklanan asasKomunikasiKorporatPengiklanan yang digunakan oleh sesuatu kumpulan pengeluar atau pihak yang berkepentingan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan yang sama untuk mempromosikan jenis barangan atau perkhidmatan tersebut tanpa mengambil kira jenama. Pengiklanan ini biasanya dilakukan apabila berlaku kontroversi, penurunan permintaan yang ketara, atau rasa curiga terhadap mutu dan jaminan keselamatan barangan atau perkhidmatan berkenaan. Keadaan ini dilihat oleh pengeluar boleh mengancam pasaran kelompok barangan atau perkhidmatan tersebut dalam jangka masa panjang. Pendekatan pengiklanan boleh bersifat pengiklanan khidmat awam atau pengiklanan komersial. Saluran pengiklanan yang digunakan adalah pelbagai. Pelaksanaan pengiklanan biasanya dilakukan oleh pihak bertanggungjawab, seperti persatu pengeluar barangan atau perkhidmatan yang berkaitan, pihak berkuasa (kementerian, jabatan, unit penguatkuasaan) dan persatu pengguna. Contohnya, apabila pihak berkuasa kacang soya di sebuah negara Barat mendakwa minyak masak kelapa sawit Malaysia mengandungi bahan yang mengancam kesihatan dan mengadakan kempen memburukkan barangan yang menggunakan minyak sawit sebagai bahan asas seperti minyak masak dan marjerin. Oleh itu, pihak pengeluar minyak masak dan pihak pengusaha kelapa sawit Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai kaedah pengiklanan bagi mempromosikan barangan berasaskan minyak sawit tanpa mengira jenama. Matlamatnya adalah untuk memastikan semua barangan berkenaan mendapat keyakinan pelanggan dan seterusnya memulihkan pasaran.
corporat advertisingpengiklanan korporatKomunikasiKorporatPengiklanan yang memberikan kesan sosial dan promosi citra organisasi. Ciri utama pengiklanan ini adalah mempromosikan maklumat yang memberikan kepentingan awam (khalayak, organisasi, dan pemerintah) dan maklumat yang memberikan kepentingan kepada organisasi penaja. Contoh maklumat yang memberikan kepentingan kepada awam ialah mesej tentang perpaduan, kerjasama, sopan santun, dan pemanduan berhemah. Sementara pengiklanan yang membawa mesej yang memberikan kepentingan kepada organisasi biasanya memberikan fokus kepada penonjolan citra organisasi. Pendekatan yang selalu digunakan adalah dengan memaparkan identiti syarikat, seperti nama, logo, dan slogan. Maklumat ini ditonjolkan atau disebut di sebarang bahagian iklan berkenaan, sama ada dalam media cetak atau media elektronik. Sesebuah syarikat atau organisasi biasanya akan memilih, menyokong, atau menaja jenis aktiviti, kempen, atau projek yang sesuai dan sehaluan dengan dasar atau falsafah penubuhan syarikat penaja. Aktiviti mengeluarkan kos pengiklanan ini dikenali juga sebagai penajaan atau sumbangan awam. Bagi pihak pengiklan, faedah yang diperoleh ialah selain boleh meningkatkan jenama syarikat, pengiklanan korporat juga dapat meningkatkan citra korporat sekali gus dapat meningkatkan kewibawaan dan kepercayaan khalayak terhadap syarikat. Bagi pihak khalayak seperti organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, pendekatan ini boleh mengurangkan kos aktiviti kempen yang dijalankan kerana sebahagian besar atau semua pembiayaan ditanggung oleh pihak penaja atau pengiklan. Pengiklanan jenis ini dikenali juga sebagai pengiklanan citra atau pengiklanan perhubungan awam. Sinonim pengiklanan institusi, pengiklanan organisasi.
advertising appropriationperuntukan pengiklanan; pengasingan pengiklananPentadbiranTiadaTiada
advertising researchpenyelidikan pengiklananKomunikasiKorporatuntuk menjamin keberkesanan sesuatu mesej pengiklanan dan membantu pihak perancang strategi pengiklanan menyediakan pendekatan mesej yang digunakan. Ruang lingkup penyelidikan ini meliputi aspek yang berkaitan dengan bidang pengiklanan, seperti sistem, proses dan kempen pengiklanan, serta keberkesanan publisiti atau promosi barangan dan perkhidmatan. Penyelidikan pengiklanan boleh bersifat makro atau mikro. Penyelidikan bersifat makro meliputi aktiviti mengesan kesesuaian dan penerimaan sesuatu iklan dalam konteks sistem dan masyarakat keseluruhannya. Penyelidikan bersifat mikro pula mengesan kesesuaian dan penerimaan sesuatu iklan dalam konteks kandungannya, seperti warna, bentuk dan unsur audiovisual yang lain. Antara kaedah yang biasa digunakan termasuklah kajian lapangan, temu bual, kumpulan fokus, analisis kandungan, dan pemerhatian.
transit advertisingpengiklanan singgahanKomunikasiKorporatKaedah pengiklanan barangan dan perkhidmatan yang menggunakan sistem pengangkutan sebagai alat atau ruang peragaan. Pengiklanan barangan dan perkhidmatan tersebut boleh diletakkan pada kenderaan seperti lori, bas, dan teksi. Selain kenderaan, iklan boleh juga diletakkan di stesen atau perhentian kenderaan berkenaan. Pengiklanan tersebut juga boleh dipamerkan pada alat seperti troli, poskad, atau sampul surat. Kaedah pengiklanan singgahan sering dipilih oleh syarikat pengiklanan kerana tumpuan khalayak yang lebih luas, kos pengurusan yang rendah, dan proses pengurusan peragaan yang lebih mudah. Walaupun ruang liputannya kecil, jenis iklan ini lebih banyak terdedah kepada khalayak yang sama dengan kekerapan yang tinggi menyebabkan pengiklanan ini dianggap sebagai kaedah peragaan yang paling berkesan berbanding saluran media massa yang lain.
account directorpengarah pelangganKomunikasiKorporatJawatan dalam syarikat pengiklanan dan syarikat perhubungan awam. Fungsi jawatan ini adalah untuk menguruskan semua perkhidmatan yang diberikan oleh agensi pengiklanan atau syarikat perhubungan awam yang berkaitan dengan pelanggan. Dalam syarikat pengiklanan, seseorang pengarah pelanggan dipertanggungjawabkan kepada beberapa klien dan beliau perlu memastikan semua aktiviti pengiklanan dipantau dari peringkat awal pengurusan sesuatu iklan hingga ke peringkat akhir pengiklanan, khususnya hal ehwal kewangan, mutu pengiklanan, dan keberkesanan sesuatu iklan. Dalam perhubungan awam, pengarah pelanggan bertanggungjawab memantau segala projek perundingan perhubungan awam yang diberikan kepada klien dari peringkat awal hingga akhir. Bagi sebuah syarikat pengiklanan atau perhubungan awam yang diberikan kepada klien dari peringkat awal hingga akhir. Bagi sebuah syarikat pengiklanan atau perhubungan awam yang besar, terdapat lebih daripada satu jawatan pengarah pelanggan. Setiap penyandang jawatan mempunyai kepakaran dalam pemasaran sesuatu kumpulan barangan seperti barangan berasaskan industri atau barangan berasaskan perkhidmatan, projek yang berkaitan dengan pengurusan krisis, serta projek lain yang berkaitan dengan aspek promosi, peragaan, dan publisiti. Seseorang pengarah pelanggan yang baik, bukan sahaja dapat mengekalkan klein yang ada malah dapat menambah jumlah klien baru. Jawatan ini sangat penting dalam organisasi pengiklanan dan perhubungan awam kerana dianggap sebagai tunjang menentukan kekuatan syarikat dalam industri komunikasi korporat.
traceable expendituresperbelanjaan surihanKomunikasiKorporatPeruntukan perbelanjaan pengiklanan yang dikenal pasti berasaskan ketetapan yang dibuat oleh pihak bertanggungjawab yang diperakui oleh agensi pengiklanan. Pihak yang bertanggungjawab ini termasuk kerajaan, persatuan pengiklanan yang diiktiraf, stesen penyiaran, syarikat akhbar, atau syarikat penerbitan yang lain. Ketetapan kos ini bergantung pada pasaran, iaitu jumlah permintaan atau edaran, mutu dan peringkat kemasyhuran sesebuah stesen penyiaran, atau syarikat akhbar dan majalah pada sesuatu masa tertentu. Ketetapan kos ini kerap dirujuk dan digunakan sewaktu penyediaan belanjawan sesuatu aktiviti pengiklanan sesebuah syarikat pengeluar atau akaun agensi pengiklanan. Ketetapan kos pengiklanan yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab tersebut menjadi rujukan utama kepada syarikat media, syarikat pengeluar, atau pihak kerajaan untuk memantau dan mengesahkan sesuatu belanjawan pengiklanan yang telah dan akan dilaksanakan.
Cosmetic Advertising CodeKod Pengiklanan KosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranPanduan kepada pihak industri kosmetik dalam membangunkan mesej pengiklanan dengan cara beretika. Kod pengiklanan kosmetik bertujuan untuk memastikan pemasaran dan pengiklanan kosmetik berasaskan herba adalah dengan cara yang menggalakkan penggunaan kosmetik yang berkualiti, bertanggungjawab secara sosial dan tidak mengelirukan atau menipu pengguna. Menurut kod tersebut, iklan mestilah mengandungi maklumat yang boleh dipercayai, tepat, jujur, informatif, seimbang dan terkini. Iklan tersebut mestilah berupaya untuk memberi pengesahan terhadap tuntutannya dan beradab. Iklan tidak boleh mengandungi kenyataan yang mengelirukan atau tidak dapat disahkan tuntutannya atau maklumat yang disembunyikan bagi mendorong penggunaan tidak munasabah atau menimbulkan risiko yang tidak wajar. Pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap iklan yang diterbitkan.
12345678910...

Kembali ke atas