Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.ran] | ڤڠيرن

Definisi : Br 1. gelaran utk keturunan tertentu dlm susur galur masyarakat Melayu; 2. pang­gilan bagi awangku atau dayangku yg sudah berkahwin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengiran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AWANGKU MERALI PENGIRAN MOHAMED

AWANGKU MERALI PENGIRAN MOHAMED  (1954 -    ), penulis. Dia lahir pada 18 Ogos 1954 di Lawas,  Bahagian Limbang, Sarawak. Awangku Merali mula bersekolah di Sekolah Rendah Kerajaan Dato’ Muhammad, Trusan, Limbang, dan lulus Darjah Enam pada tahun 1967. Dari tahun 1968 hingga tahun 1970, dia belajar di Sekolah Menengah Lawas,  kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Limbang, hingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1972. Setelah itu dia meneruskan persekolahannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak (1973 – 1974).

SASTERAKonsep
A.S. ISMA

A.S. ISMA (1941-   ), penyair Negara Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 8 Disember 1941 di Kampung Pekan Lama, Brunei Darussalam.  Nama sebenarnya ialah Pengiran Haji Sabtu bin Pengiran Haji Mohd. Salleh. 

SASTERAKonsep
YURA HALIM

YURA HALIM (1923-    ), penulis Negara Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 2 Mei 1923 di Kampung Kandang, Tutong, Brunei Darussalam.  Nama sebenarnya ialah Pengiran Setia Negara  Pengiran Haji Mohd. Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim. Dia juga pernah menggunakan nama samaran Tunas Negara.

SASTERATokoh

Kembali ke atas