Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.li.ha.tan] | ڤڠليهتن

Definisi : kuasa (panca­indera) utk melihat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.li.ha.tan] | ڤڠليهتن

Definisi : 1. kuasa (panca­indera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.li.ha.tan] | ڤڠليهتن

Definisi : 1 kebolehan utk melihat: ~ yg tajam. 2 pancaindera utk melihat: ~nya sudah rosak. 3 apa-apa yg dilihat atau dipandang; pandangan: Pd ~ Abdullah, di situ ada orang menjual nasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penglihatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Perkataan yang manakah paling tepat digunakan dalam ayat berikut: 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan / penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan / penglihatan matanya. Terima kasih.

1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan/penglihatan saya kurang jelas.

2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan/penglihatan matanya.

Pelihatan dan penglihatan, kedu-dua perkataan itu betul dan sama maknanya iaitu kebolehan melihat. Oleh itu kedua-dua kata tersebut boleh digunakan.

Tatabahasa23.06.2008
Penglihatan and pelihatan, mana satu lebih tepat digunakan?Pelihatan dan penglihatan sama maknanya, iaitu kebolehan melihat. Oleh itu kedua-dua kata tersebut boleh digunakan.Ejaan16.07.2018
Penglihatan atau pelihatan, mana satu lebih tepat digunakan dlm penyediaan sari kata?Pelihatan dan penglihatan sama maknanya, iaitu kebolehan melihat. Oleh itu, kedua-dua kata tersebut boleh digunakan.Ejaan16.07.2018
adakah salah eja atau salah bahasa penglihatan atau pelihatan ?ejaan penglihatan atau pelihatan adalah betul dan membawa maksud yang sama.Tatabahasa07.01.2008
Salam satu Malaysia, Adakah "visually impaired users" sesuai diterjemahkan sebagai "pengguna cacat penglihatan"? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "visually impaired users" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "impaired vision" yang padanan bahasa Melayunya ialah penglihatan cacat. Oleh itu, "visually impaired users" boleh diterjemahkan kepada pengguna cacat penglihatan.Istilah03.04.2014
Apa terminologi sesuai untuk "Deafblindness"? 1. Buta tuli 2. Kebutatulian 3. Buta pekak 4. Kebutapekakan https://en.wikipedia.org/wiki/DeafblindnessKami mencadangkan "deafblindness" diterjemahkan sebagai "cacat pendengaran dan penglihatan" atau "masalah pendengaran dan penglihatan". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah08.09.2021
Tuan, Baru-baru ini, pihak sekolah telah menerima surat pekeliling kononnya perkataan 'penglibatan' 'penglihatan' yang selama ini kita gunakan sudah tidak wujud sebaliknya perkataan yang tepat ialah 'pelihatan' dan 'pelibatan' kerana kedua-dua perkataan tersebut berasal daripada perkataan melihat atau melibatkan diri. Akan tetapi, apabila saya menyemak Kamus Dewan memang ada perkataan penglihatan dan penglibatan. Bolehkah tuan tolong berikan sedikit tunjuk ajar? Sekian, terima kasih.

Encik Chan,

Setakat yang kami tahu tidak ada pekeliling seperti yang dinyatakan. Harap berikan penjelasan dari mana tuan mendapat pekeling tersebut.

Ejaan09.06.2010
VISUALLY IMPAIREDGANGGUAN PENGLIHATANIstilah04.11.2010
manakah yang betul? (a)penglihatan (b)pelihatan terima kasih..

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain17.04.2010
yang mana satu betul? pelihatan atau penglihatan?Kedua-duanya betul dan sama maknanya.Ejaan10.10.2008
123

Kembali ke atas