Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.li.ha.tan] | ڤڠليهتن

Definisi : kuasa (panca­indera) utk melihat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.li.ha.tan] | ڤڠليهتن

Definisi : 1. kuasa (panca­indera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.li.ha.tan] | ڤڠليهتن

Definisi : 1 kebolehan utk melihat: ~ yg tajam. 2 pancaindera utk melihat: ~nya sudah rosak. 3 apa-apa yg dilihat atau dipandang; pandangan: Pd ~ Abdullah, di situ ada orang menjual nasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penglihatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OPTOMETRI

Optometri ialah profesion yang berkaitan

dengan penjagaan penglihatan. Ahli optometri

memeriksa kesihatan mata dan penglihatan.

Mereka mendiagnosis masalah penglihatan yang

menjejaskan keupayaan seseorang untuk melihat

objek yang dekat dan jauh dengan jelas dan untuk

mengagak jarak. Mereka juga menguji keupayaan

mata untuk bekerja bersama dan untuk mengubah

fokus dengan mudah. Ahli optometri

mempreskripsikan kaca mata dan kanta sentuh

untuk membetulkan penglihatan yang rosak.

Mereka juga boleh mengesyorkan program terapi

penglihatan untuk membantu seseorang

mengatasi masalah penglihatan tertentu. Jika ahli

optometri mendiagnosis gejala yang

menunjukkan penyakit pada mata atau mana-mana

bahagian badan yang lain, orang berkenaan

dirujuk kepada doktor.

UMUM 
MIOPIA

Miopia juga dikenali sebagai rabun jauh ialah

kecacatan penglihatan yang menyebabkan

penglihatan objek jauh yang kabur. Biasanya

penglihatan objek dekat masih jelas, kecuali untuk

kes-kes miopia yang keterlaluan. Bagi pembentukan

imej, sinaran cahaya yang dipantulkan atau

dipancarkan oleh sesuatu objek mesti bertemu di

retina. Retina ialah tisu peka cahaya yang terdapat di

belakang dan di sisi biji mata. Bagi kebanyakan

orang yang miopia, biji mata lebih panjang daripada

normal dari hadapan ke belakang. Akibatnya,

sinaran cahaya dari objek yang jauh bertemu di

depan retina. Apabila sinaran mengenai retina, imej

yang terbentuk adalah kabur.

UMUM 
TITIK BUTA

Titik buta ialah suatu kawasan kecil kebutaan

yang wujud di medan penglihatan mata yang

normal. Medan penglihatan merujuk kepada segala

yang dilihat oleh seseorang di hadapan dan di tepi

sambil melihat secara tetap kepada apa-apa objek.

UMUM 
KATARAK

Katarak ialah kekabutan yang berlaku pada lensa

mata. Kesannya kepada penglihatan tertakluk

kepada takat kekabutan tersebut. Bintik-bintik kecil

dalam lensa mata mungkin tidak akan

menyebabkan kehilangan penglihatan.

UMUM 
SILAU SALJI

Silau salji ialah kekurangan tahap penglihatan

sementara akibat cahaya matahari yang terang yang

terpantul dari salji. Penyembuhan dalam tempoh 24

jam adalah biasa. Kadangkala seseorang itu

menghadapi masalah membezakan warna selepas

silau salji, dan melihat semua benda berwarna merah

bagi tempoh yang lama. Dalam kebanyakan kes, silau

salji akan hilang apabila seseorang itu merehatkan

mata dan tidak keluar rumah. Walau bagaimanapun,

dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku,

pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya

terpantul boleh mengakibatkan retinopati suria iaitu

gangguan yang mungkin boleh menyebabkan

sesetengah hilang penglihatan yang kekal. Memakai

cermin mata hitam atau gogal gelap dapat

menghalang silau salji.

UMUM 
RABUN DEKAT

Rabun dekat ialah kecacatan pada penglihatan

yang menyebabkan seseorang dapat melihat

objek yang jauh dengan jelas, tetapi tidak dapat

melihat objek yang dekat dengan jelas. Para

doktor memanggil keadaan ini sebagai hiperopia .

Dalam kebanyakan kes rabun dekat, mata

seseorang itu terlampau pendek dari depan ke

belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari suatu

objek sampai ke retina terlebih dahulu sebelum

sampai ke fokus.

UMUM 
MATA

Mata ialah organ penglihatan. Mata merupakan organ

yang paling penting untuk mengenal dunia di

sekeliling kita.

UMUM 
BUTA WARNA

Buta warna yang kadangkala dikenali

dengan istilah daltonisme  ialah ketakbolehan

membezakan kesemua warna. Kebolehan untuk

melihat warna berpunca daripada sel penglihatan

khusus, yang dinamakan kon, yang terdapat pada

retina mata. Seseorang yang normal penglihatan

warnanya mempunyai tiga jenis kon, dan setiap

jenis kon itu peka terhadap warna yang berbeza.

Orang yang buta warna tidak mempunyai satu, atau

dua, atau kesemua jenis kon ini.

UMUM 
TELEPATI

Telepati ialah komunikasi fikiran, perasaan, atau

pengetahuan daripada seseorang kepada seseorang

yang lain tanpa menggunakan sebarang deria biasa

seperti pendengaran, penglihatan, bau, rasa, atau

sentuhan. Kadangkala telepati dikenali sebagai

pembacaan fikiran atau penghantaran fikiran. Telepati

boleh berlaku misalnya jika seseorang memikirkan

sesuatu yang khusus dan orang lain dapat

menyatakan atau menulisnya dengan tepat.

Bagaimanapun, untuk menunjukkan adanya telepati,

perlakuan tadi hendaklah diulang dan tidak boleh

diterangkan dengan cara yang lain.

UMUM 
KLAIRVOYANS

Klairvoyans ialah kesedaran terhadap kejadian,

objek, atau manusia tanpa menggunakan deria

pendengaran, penglihatan, bau, rasa atau sentuhan.

UMUM 
123

Kembali ke atas