Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngok.si.da.an] | ڤڠوکسيداءن

Definisi : perbuatan mengoksidakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengoksidaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGOKSIDAAN UMUM 
ANTIOKSIDANBahan yang menghalang proses pengoksidaan molekul oksigenPERUBATANProses/Tindak Balas
MERAH SENDUDUK

Merah senduduk ialah warna ungu pucat atau

pewarna ungu yang lembut warnanya. Pada tahun

1856, W.H. Perkin, ahli kimia Inggeris menemui

bahawa pengoksidaan anilina dan kalium dikromat

menghasilkan pewarna merah senduduk (lihat

Pengoksidaan). Warna merah senduduk ialah

campuran bahan yang diterbitkan daripada

fenazina. Ini merupakan warna sintetik yang

pertama yang diperoleh daripada tar batu arang.

UMUM 
BAHAN ANTIOKSIDAAN POLIMERBahan tambah yang dicampur ke dalam bahan lain seperti polimer untuk mengelakkan tindak balas pengoksidaan antara oksigen atmosfera dengan rantai polimer yang boleh menyebabkan berlakunya penurunan bahan polimer.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
OKSIDA

Oksida ialah sebatian kimia yang terdiri daripada

oksigen dengan beberapa unsur lain. Oksida

biasanya terbentuk apabila unsur teroksida.

Contohnya, pembakaran karbon yang ada dalam

batu arang atau kayu mengeluarkan karbon

dioksida (CO 2 ) dan karbon monoksida (CO).

Pembakaran adalah pengoksidaan cepat. Karbon

dioksida juga terbentuk melalui proses

pengoksidaan perlahan dalam sel haiwan, dan

dihembus keluar daripada paru-paru. Pengaratan

besi ialah pengoksidaan perlahan. Karat

mengandungi ferik oksida (Fe 2 O 3 ).

UMUM 
OSTWALD, WILHELM

Ostwald, Wilhelm (1853–1932), ahli kimia, penulis,

dan guru Jerman, yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1909 bagi bidang kimia. Dia menerima

anugerah ini terutamanya kerana kajiannya tentang

fenomena permukaan dan kelajuan tindak balas

kimia. Ostwald menulis sebuah daripada buku awal

tentang elektrokimia. Penyelidikannya tentang

pengoksidaan ammonia membantu Jerman membuat

bahan letupan semasa Perang Dunia I (1914–1915).

Ostwald lahir di Riga, Latvia.

UMUM 

Kembali ke atas