Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngok.si.da.an] | ڤڠوکسيداءن

Definisi : perbuatan mengoksidakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengoksidaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
redoxredoksKimiaTiadaSingkatan bagi reduction-oxidation, iaitu gabungan proses penurunan dan pengoksidaan. Proses penurunan dan pengoksidaan berkait rapat kerana semasa proses pengoksidaan berlaku, agen pengoksidaannya mengalami proses penurunan dan sebaliknya. Dalam proses elektrokimia, keadaan yang sama juga berlaku, iaitu pengoksidaan berlaku di anod dan penurunan berlaku di katod. Lihat juga tindak balas redoks.
dark respirationrespirasi gelapBotaniTiadaLaluan pelbagai pengoksidaan substrat seperti glikolisis, pengoksidaan pentosa fosfat dan edaran asid trikaboksilik (Edaran Krebs) yang menyimpan tenaga bebas dalam karbohidrat kepada ikatan ATP dan menurunkan nukleotidan piridina (NADH). Laluan ini juga melibatkan pengoksidaan seterusnya melalui pemindahan elektron bersama-sama pengoksidaan laluan fosforilasi yang berlaku dalam membran mitokondria kepada oksigen sebagai penerima elektron yang terakhir bersama-sama pembentukan tiga ATP bagi setiap NADH yang dioksidakan.
oxidation numbernombor pengoksidaanKimiaKimia AnalisisBilangan elektron yang perlu ditambah kepada kation atau disingkirkan daripada anion untuk mendapatkan atom neutral. Misalnya, dalam natrium klorida, nombor pengoksidaan bagi natrium ialah + 1 dan bagi klorin, nombor pengoksidaannya ialah – 1. Nombor pengoksidaan juga disebut keadaan pengoksidaan.
oxidation numbernombor pengoksidaanFarmasiTiadaNombor yang menerangkan tahap pengoksidaan. Contohnya, besi mungkin mempunyai nombor pengoksidaan 0,2 dan 3 seperti Fe0, Fe++ dan Fe++ +.
oxidation statekeadaan pengoksidaanFarmasiTiadaAras positif atau negatif sesuatu unsur yang dikira dengan menjumlahkan atom positif dan atom negatif dalam satu molekul, dan perbezaan antara kedua-dua jumlah ini adalah merupakan keadaan pengoksidaan molekul tersebut. Contohnya, keadaan pengoksidaan Mn dalam KMnO4, ialah +7.
beta oxidationpengoksidaan betaKimiaTiadaPengoksidaan yang berlaku dalam proses metabolisme dengan menggunakan asid lemak melalui beberapa kitar tindak balas.
radiolytic oxidationpengoksidaan radiolisisKejuruteraanTiadaPengoksidaan disebabkan oleh penguraian akibat sinaran.
b-oxidationb-pengoksidaanKimiaBiokimiaPengoksidaan yang berlaku dalam proses metabolisme dengan menggunakan asid lemak melalui beberapa kitar tindak balas. Setiap kitar tindak balas akan memendekkan rantai asid lemak sebanyak dua atom karbon yang dipusatkan dalam bentuk asetil Koenzim A.
abiotic oxidationpengoksidaan abiotikKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses pengoksidaan bahan disebabkan oleh keaktifan mikroorganisma.
zimpro processpengoksidaan udara basahKejuruteraanTiadadengan memasukkan oksigen atmosfera bagi menghasilkan tekanan pengoksidaan fasa cecair.
12345678910...

Kembali ke atas