Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal (perbuatan, tinda­kan, dsb) menguatkuasakan: bagaimanapun, kita boleh menyekat amalan-amalan negatif ini sama ada melalui ~ undang-undang atau program-program moral yg kini giat diamalkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perihal menguatkuasakan: ~ undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat kuasa
Kata Terbitan : berkuat kuasa, menguatkuasakan, penguatkuasaan, penguat kuasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon pandangan, manakah yang betul, 1) kursus penguatkuasaan kepada pegawai-pegawai masjid negeri kedah darul aman atau; 2) kursus penguatkuasaan kepada pegawai masjid negeri kedah darul aman.. mohon pandangan..terima kasihPenggunaan ayat ini lebih tepat.
Kursus penguatkuasaan kepada pegawai masjid negeri Kedah Darul Aman.
Tatabahasa04.08.2020
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mula ditubuhkan sejak tahun 2005 lagi namun nama Agensi masih asing kepada segelintir rakyat Malaysia manakala nama singkatan Maritim Malaysia pula kurang menggambarkan peranan utama penubuhan Agensi. Adakah wajar sekiranya diwujudkan satu perkataan baru iaitu “Kosgad” (terjemahan terus dari Coast Guard) bagi menggantikan “Penguatkuasa Maritim”Penetapan nama agensi diputuskan oleh agensi berkenaan. Sekiranya perkataan yang digunakan dalam penamaan itu memenuhi maksud bidang kuasa agensi berkenaan dan mematuhi struktur bahasa Melayu, maka tidak perlu digantikan dengan perkataan lain. Apatah lagi menggunakan perkataan yang diterjemah terus daripada bahasa asing.Makna09.05.2019
Bahagian Penguatkuasaan menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen, proses akan bermula jika sebut haraga disetujui... Bagaimana saya boleh dapat tahu sebut harga assignment ini?Lihat LampiranLain-lain15.05.2012
Kenapa penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu masih di takuk lama. Pelbagai kesalahan penggunaan bahasa berlaku di mana-mana. Hal ini bukan melibatkan badan swasta sahaja, malah jabatan kerajaan juga. Sila turun padang dan cuba lihat penggunaan papan-papan tanda oleh JKR misalnya..... Sebenarnya hal ini demikian boleh mengganggu pembelajaran pelajar di sekolah-sekolah.Untuk makluman tuan, DBP meneruskan kerja pemantauan penggunaan bahasa Melayu di tempat awam dan membuat teguran kepada pihak yang jelas mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP sedia bekerjasama dalam hal memperkasakan bahasa Melayu, walaupun tanggungjawab memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam ialah di bawah pihak berkuasa tempatan. DBP juga menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa sebagai saluran untuk pengguna menanyakan hal-hal kebahasaan tetapi mungkin khidmat ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya.Lain-lain06.06.2009
enforcementpenguatkuasaanIstilah19.02.2009
Assalamualaikum & Salam Sihat 1Malaysia, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata "penguatkuasa" atau "penguat kuasa" atau "penguatkuasaan". Sebelum itu saya pegawai farmasi daripada Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan. Terima kasihMenurut data kami, ejaan yang betul ialah penguat kuasa dan penguatkuasaan. Penguat kuasa ialah orang yang menguatkuasakan (undang-undang dan sebagainya) http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguat+kuasa manakala penguatkuasaan ialah perihal menguatkuasakan: ~ undang-undang penguatkuasaan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguatkuasaanEjaan29.12.2015
Dalam penulisan teks, yang mana lebih tepat dan gramatis untuk menulis tajuk atau subtajuk, iaitu: 1. Memantapkan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat; atau 2. Pemantapan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Pemantapan Kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang dengan Masyarakat , lazimnya tajuk/subtajuk ditulis dalam bentuk kata nama. Tatabahasa06.01.2015
Salam 1 Malaysia, Tuan, Saya memohon pencerahan frasa yang betul: Bahagian Undang-Undang dan Penguatkuasaan atau Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan? Sekian, terima kasih.Undang-undang bermaksud peraturan yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dan lain-lain) oleh orang-orang tertentu, manakala perundangan pula bermaksud yang berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang perundangan dan kehakiman.
Maka, frasa yang betul ialah Bahagian Undang-undang dan Penguatkuasaan.
Tatabahasa09.11.2014
Selain itu, pihak kerajaan juga menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Dalam ayat ini, dua penanda wacana wujud sekaligus. Saya ingin bertanya adakah kedua-dua penanda wacana iaitu selain itu dan juga boleh wujud dalam satu ayatAyat yang gramatis, "Pihak kerajaan juga menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkan kes pemerdagangan manusia".Tatabahasa22.07.2016
Mengapa penguatkuasaan dieja rapat sedangkan kuat kuasa dieja secara jarak?Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran, kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan, penguatkuasaan dan pengemaskinian.Tatabahasa19.11.2022
123456789

Kembali ke atas