rod pengukur | rod pengukur | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Alat dalam karburetor yang berbentuk jarum atau rod berlangkah kecil yang digunakan untuk membuka dan menutup lubang jet rod pengukur dan seterusnya mengawal aliran bahan api. Tindakan buka-tutup ini dipengaruhi oleh bukaan injap pendikit, beban enjin atau gabungan kedua-duanya. |
hook rule | pengukur cangkuk | Kesenian | Tiada | Pengukur yang mempunyai cangkuk di hujungnya untuk mengukur sesuatu benda. |
prism indicator | pengukur prisma | Sukan | Tiada | Pengukur penentu jarak yang digunakan bagi mengukur jarak lontaran atau balingan peserta. |
folding rule | pengukur lipat | Kesenian | Tiada | Kayu pengukur yang boleh dilipat apabila tidak digunakan. |
pull-push rule | pengukur swagulung | Kesenian | Tiada | Alat pengukur yang boleh menggulung dengan sendiri apabila tidak digunakan. |
two fold rule | pengukur dua lipat | Kesenian | Tiada | Pengukur yang mempunyai dua bahagian yang boleh dilipat untuk mengecilkan ukurannya. |
position measuring assembly | himpunan pengukur kedudukan | Kejuruteraan | Tiada | Himpunan pengukur yang menunjukkan kedudukan seketika unsur kawalan dalam reaktor. |
light meter | jangka cahaya | Komunikasi | Tiada | Alat untuk mengukur darjah kekuatan cahaya yang diperlukan semasa penggambaran sesuatu adegan filem. Dua jenis alat pengukuran cahaya yang selalu digunakan ialah jangka pengukur terus dan jangka pengukur balikan. |
metering-rod jet | jet rod pengukur | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lubang dalam mangkuk apung karburetor yang berfungsi mengalirkan bahan api ke bahagian venturi untuk dicampurkan dengan udara pengambilan. Aliran bahan api ini dikawal oleh rod pengukur. |
distance measuring equipment (DME) | kelengkapan ukur jarak | Aeroangkasa | Tiada | Satu sistem pengukur yang menggunakan gelombang radio dari pesawat udara ke penyambut bumi untuk menentukan jarak pesawat udara dari penyambut bumi berkenaan.,Satu sistem pengukur yang menggunakan gelombang radio dari pesawat udara ke penyambut bumi untuk menentukan jarak pesawat udara dari penyambut bumi berkenaan. |