Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.Öu.mu.man]/[peng.u.mu.man] | ڤڠعمومن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.Öu.mu.man]/[peng.u.mu.man] | ڤڠعمومن

Definisi : 1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak. 2 sesuatu yg diumumkan; pernyataan utk mengumumkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH MAKSUD PENGUMUMAN DAN JENIS-JENIS PENGUMUMAN SERTA CARA PENGUMUMAN DIBUAT DAN YANG BERKAITAN DENGANNYAPemakluman ialah perihal mengumumkan, pemberitahuan kepada orang ramai, pemakluman. Pemakluman dibuat sama ada secara lisan atau tulisan yakni melalui elektronik atau media cetak. Jenis pengumuman ialah pemberitahuan/hebahan, promosi, peringatan, kempen, dan sebagainya. Sila rujuk buku bidang komunikasi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.Makna25.02.2008
Rifqi Zafran DEC 4TH, 11:59PM Bilakah pengumuman keputusan pengumuman Pertandingan Ulasan Buku Antara IPTS?Sila hubungi urus setia pertandingan atau Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-21479000/9001/9002.Lain-lain14.12.2015
Apakah format membuat pengumuman? Bagaimanakah cara untuk menghasilkan pengumuman yang menarik?

Encik Muhammad terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Apakah jenis dan bentuk pengumuman yang hendaka disampaikan? kerana jenis dan bentuk pengumuman banyak memberikan cara dan laras bahasa yang hendak digunakan.Terima kasih. 

Lain-lain26.06.2009
APAKAH FORMAT PENGUMUMAN YANG BAIK? APAKAH CIRI-CIRI PENGUMUMAN YANG BAIK?

Puan Siti,

Sila nyatakan apakah bentuk pengumuman yang hendak dibuat.

Lain-lain06.07.2010
1.Rani menulis pengumuman lalu menampalkannya pada sehelai kertas di papan kenyataan. Atau Rani menulis pengumuman pada sehelai kertas lalu menampalkannya di papan kenyataan. 2. Penunggang -penunggang basikal harus menggunakan laluan yang disediakan. Atau Penunggang -penunggang harus menggunakan laluan basikal yang disediakan.1. Rani menulis pengumuman pada sehelai kertas lalu menampalkannya pada papan kenyataan.
2. Penunggang-penunggang basikal harus menggunakan laluan yang disediakan. 
Tatabahasa07.05.2014
Beberapa hari selepas pengumuman yang telah dibuat oleh beberapa syarikat gergasi telekomuniasi di Malaysia untuk menaikkan kadar cukai sebanyak 6 peratus kepada pengguna pra bayar akhirnya mereka akur.Beberapa hari selepas pengumuman yang dibuat oleh beberapa syarikat gergasi telekomuniasi di Malaysia untuk menaikkan kadar cukai sebanyak 6 peratus kepada pengguna prabayar, akhirnya mereka akur. - ayat ini tidak lengkap dan tidak dapat difahami, contohnya frasa "akhirnya mereka akur" akur dengan apa?Tatabahasa15.09.2011
APAKAH PENGERTIAN PAPAN TANDA,PAPAN KENYATAAN DAN PENGUMUMAN

Papan tanda ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan). Papan kenyataan ialah papan yang memaparkan sesuatu kenyataan atau notis/makluman. Papan pengumuman sama maksudnya dengan papan kenyataan.

Makna29.04.2009
perisytiharan harta atau pengisytiharan hartaMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari ~ kemerdekaan; manakala pengistiharan pula ialah perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman;Lain-lain29.09.2010
Ismail Narasantikun Aug 2nd, 11:13pm Salam hormat dari saya dua kata ini adakah betul kedua-kedua pengisytiharan perisytiharanSalam hormat, 1. Pengisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran. 2. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran. Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua kata itu betul dan boleh digunakan.Lain-lain02.08.2015
Bilakah tarikh rasmi pengumuman keputusan PMR 2012?Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan tarikh yang tersebut.Lain-lain29.10.2012
1234567

Kembali ke atas