Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.Öu.mu.man]/[peng.u.mu.man] | ڤڠعمومن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.Öu.mu.man]/[peng.u.mu.man] | ڤڠعمومن

Definisi : 1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak. 2 sesuatu yg diumumkan; pernyataan utk mengumumkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
audio tape deckpara pita audioKomunikasiTiadaTempat untuk memainkan semula pita katrij yang bertingkat yang terdapat di dalam studio radio. Para pita audio kerap digunakan untuk menyiarkan iklan atau pengumuman-pengumuman yang telah dirakamkan terlebih dahulu.
public service announcementpengumuman khidmat awamKomunikasiKorporatMesej ringkas yang dihasilkan dalam bentuk filem, video atau audio untuk siaran radio, televisyen dan filem. Mesej pengumuman khidmat awam mengandungi maklumat yang bertujuan untuk memberikan perkhidmatan maklumat, nasihat, penjelasan, dan peringatan mengenai sesuatu yang memberikan kepentingan kepada khalayak. Sumber maklumat ini biasanya disediakan oleh pihak bertanggungjawab yang mempunyai urusan dengan aktiviti masyarakat, seperti agensi kesihatan, pendidikan, keselamatan, dan penyelia kemudahan awam. Mesej biasanya ringkas dan bersifat langsung supaya mudah difahami. Sumber mesej juga dicatatkan supaya maklumat lebih berwibawa. Mesej dibentuk dan disediakan secara kreatif dalam bentuk audiovisual untuk televisyen, dan audio untuk siaran radio. Adakalanya persembahan mesej disokong dalam bentuk dramatik, penyataan langsung, atau dendang. Pengumuman khidmat awam di televisyen boleh juga disiarkan secara gerak lintang, sama ada di bahagian bawah atau di atas skrin, atau di sudut tertentu di skrin berkenaan bagi mengiringi rancangan yang sedang disiarkan. Pada kebiasaannya, kos penerbitan adalah rendah dan tidak dikenakan kos siaran seperti dalam pengiklanan. Keadaan tersebut berlaku kerana siaran ini tidak menjana keuntungan kewangan kepada pihak yang terlibat. Kekerapan penyiaran maklumat dalam sesuatu tempoh kempen dirancang oleh pihak perhubungan awam agensi yang menyediakan pengumuman khidmat awam dengan nasihat dan kebenaran stesen penyiaran yang terlibat. Sinonim hebahan khidmat awam.
press announcementpengumuman akhbarKomunikasiTiadaPemakluman mengenai sesuatu perkara yang dibuat melalui akhbar atau media massa. Biasanya, pengumuman akan dilakukan dalam sesuatu keadaan yang mendesak.
kikenkikenSukanTiadaPengumuman pengadil dengan menunjuk jari telunjuk ke garis tapak dan diikuti dengan pengumuman kemenangan oleh peserta lawannya.
announcementpengumumanKomunikasiTiadaTiada
announcementpengumumanPendidikanTiadaTiada
announcementpengumumanPentadbiranTiadaTiada
announcementpengumumanKomunikasiTiadaTiada
announcementpengumumanPerpustakaanTiadaPerihal menyampaikan sesuatu berita atau siaran.
announcementpengumumanPerpustakaanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas