production manager | pengurus pengeluaran; pengurus penerbitan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
production manager | pengurus pengeluaran; pengurus penerbitan | Komunikasi | Tiada | Tiada |
production manager | pengurus pengeluaran; pengurus penerbitan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
brand manager | pengurus jenama | Komunikasi | Korporat | Individu yang bertanggungjawab mengurus segala aspek perancangan pemasaran bagi sesuatu jenama. Adakalanya individu ini dikenali juga sebagai pengurus barangan. Peranan pengurus jenama adalah menyediakan strategi pemasaran sesuatu jenama yang dipertanggungjawabkan. Tujuannya adalah untuk mengekalkan jenama melalui pengurusan penjenamaan dan pemasaran secara aktif. Proses ini bermula dari peringkat perancangan sehingga pe -ringkat pelaksanaan, sama ada bersifat konseptual atau fizikal. Proses ini dilakukan dengan pendekatan komunikasi pemasaran bersepadu yang menggabungkan peranan hubungan media, perhubungan awam, pemasaran, dan jualan. Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan kejayaan sesuatu jenama agar selari dengan kejayaan jenama lain yang telah dihasilkan oleh syarikat. |
software project manager | pengurus projek perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Pengurus projek pembangunan perisian yang bertanggungjawab terhadap kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang pembangunan perisian seperti spesifikasi, reka bentuk, pelaksanaan dan dokumentasi. Di samping itu, pengurus projek perisian perlu mengawasi perjalanan proses pembangunan perisian dari segi tenaga sumber dan tempoh masa yang ditetapkan. |
mailing list manager | pengurus senarai mel | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian yang menyenggara senarai mel dalam Internet atau intranet. Pengurus senarai mel menerima mesej yang dikirim oleh pengguna dan menghantar salinan mesej kepada semua pelanggan. Mesej ini mungkin disunting oleh moderator sebelum dihantar. Pengurus senarai mel juga menerima dan memproses permintaan pengguna seperti memulakan langganan ke senarai mel. Pengurus senarai mel yang biasa digunakan ialah LISTSERV dan Majordomo. Lihat juga senarai mel |
staff | staf | Pentadbiran | Tiada | Pakar ataupun profesional dalam sesuatu bidang dalam sesebuah organisasi yang memberi nasihat atau perkhidmatan kepada pengurus bahagian dan pengurus atasan. |
accountable public manager | pengurus awam bertanggungjawab | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penjawat kerajaan yang mempunyai kuasa dalam sesebuah organisasi bagi menguruskan sesuatu hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan umum. Pengurus awam bertanggungjawab memegang autoriti tertentu dalam membuat keputusan dan mengendalikan bidang kuasa berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan sistem pengurusan organisasi. Untuk menjadi seorang pengurus awam yang bertanggungjawab, seseorang individu itu perlu dedikasi, kreatif, telus dan mempunyai etika kerja yang cemerlang. Contohnya, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan pengurus awam yang bertanggungjawab dalam menentukan bentuk bantuan atau sumbangan yang boleh disalurkan kepada orang ramai. |
functional manager | pengurus fungsi | Pentadbiran | Tiada | Pengurus yang bertanggungjawab terhadap kegiatan salah satu fungsi utama atau perkhidmatan seperti pengeluaran, pemasaran, kewangan, perjawatan atau perakaunan. |
brand maneger | pengurus jenama | Pentadbiran | Tiada | Pengurus yang bertanggungjawab menguruskan jemana keluaran tertentu. |