Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.ga] | ڤنجاݢا

Definisi : 1. orang yg mengawas (mengawal, memberi perlindungan, dll): sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; 2. penunggu, hantu (atau makhluk halus) yg menunggu sesuatu tempat (spt pohon, batu, sungai, dll): orang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu ada ~nya; 3. orang yg sangat cermat (berhati-hati); 4. ark wang jaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.ga] | ڤنجاݢا

Definisi : 1 orang yg menjaga (memberi perlindungan, memelihara dll): ~ kedai itu orang India. 2 hantu atau orang halus yg dipercayai menunggu sesuatu tempat (pohon, busut dll); penunggu: Orang-orang di situ percaya bahawa busut itu ada ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wadi’ah yad damanahsimpanan amanah dengan jaminanPerniagaan IslamTiadaHarta yang dititipkan melalui akad wadiah dan harta tersebut telah dimanfaatkan oleh penjaga. Penjaga perlu memberi jaminan atas harta itu sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan. Contohnya, wang deposit akaun simpanan di perbankan Islam adalah berdasarkan akad simpanan dengan jaminan kerana pihak bank memanfaatkan wang tersebut untuk menjana hasil.
mutawalla ‘alayhpengurusPerniagaan IslamTiadaPihak yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengurus dan mentadbir sesuatu perkara atau urusan. Contohnya, wasi, penjaga anak yatim, penjaga kanak-kanak dan penjaga orang cacat.
penjaga garispenjaga garis (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
bangku penjaga garisbangku penjaga garis (Sepak Takraw)PendidikanTiadaTiada
bangku penjaga garisbangku penjaga garis (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
wicket keeperpenjaga wiketSukanTiadaPenjaga yang berada di belakang kayu pancang.
capable guardianpenjaga berupayaKriminologiKeadilan JenayahSalah satu elemen dalam Teori Aktiviti Rutin yang menyatakan bahawa individu atau sistem boleh atau berpotensi melindungi barangan bernilai atau keselamatan diri untuk tujuan pencegahan jenayah. Contohnya, ibu bapa ialah penjaga berupaya bagi kanak-kanak, manakala sistem keselamatan ialah penjaga berupaya bagi barangan bernilai.
chief timekeeperketua penjaga masaSukanTiadaPegawai yang bertanggungjawab menetapkan posisi setiap penjaga masa bagi setiap lorong, dan juga mengumpulkan keputusan masa bagi setiap peserta dalam sesuatu acara.
chief timekeeper formborang ketua penjaga masaSukanTiadaBorang yang digunakan oleh ketua penjaga masa untuk melaporkan catatan masa mutakhir para peserta dalam sesuatu acara.
wicket keeper's glovesarung tangan penjaga wiketSukanTiadaAlat yang digunakan oleh penjaga wiket untuk menangkap bola.
12345678910...

Kembali ke atas