Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pagar desaorang yg membantu penjaga keamanan desa di Jawa Barat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pair I1. peronda atau penjaga keamanan di laut: dialah yg menjadi suluh dan ~; 2. = perahu ~ perahu yg meronda di laut (utk menjaga keamanan; berpair-pair belayar pulang balik (utk men­jaga keamanan di laut); memair meronda dgn perahu (di laut): maka titah Raja, “Kapitanlah kita suruh pair di laut”; memairi merondai atau mengawali (laut) dgn perahu (kapal); pemair 1. perahu (kapal) pair, kapal peron­da; 2. kapal penjajah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pagar I1. sesuatu yg dibuat utk membatasi (menyekat, mendinding) kawasan rumah (ke­bun dll): ~ besi; ~ buluh; ~ dawai (kawat); turus ~ tiang pagar; 2. sesuatu yg serupa pagar; ~ bulan lingkungan di sekeliling bulan, kandang bulan; ~ desa orang yg membantu penjaga keamanan desa di Jawa Barat; ~ duri pagar drpd dawai ber­duri; ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil; ~ musang (sasak, tenggalung) pagar pd bu­ritan perahu; ~ sua pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu; ~ makan padi (tanaman) prb orang yg di­percayai utk menjaga sesuatu, dia pula yg mengkhianati kita; bagai melompati ~ tiga hasta, akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi prb keadaan atau pertolongan yg tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi (serba tanggung); berpagar mempunyai sesuatu sbg pagar: kebun yg tidak ~; berpagarkan mempunyai sesuatu sbg pagar: jalan itu ~ pohon ru; memagar 1. membuat pagar, memasang pagar: pohon-pohon mempelam dlm kebun itu dipagar berkeliling dgn besi; 2. menye­rupai pagar; ~ diri menjaga diri; ~ diri bagai aur prb Mn menjaga dan memikirkan dirinya anak-ber­anak sahaja (tidak mempedulikan orang lain); memagari 1. membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling): kebun itu dipagari dgn kawat berduri; 2. berada (terletak, ber­diri, dsb) di sekeliling atau melingkari sesuatu, mengelilingi, melingkungi: tasik-tasiknya dipagari oleh pohon-pohon rendang serta rumpun-rumpun bunga yg berwarna-warni; penonton yg sedang ~ medan permainan itu; 3. ki menghalangi (drpd kejahatan, bahaya, dll), melindungi, mendindingi; memagarkan 1. menggunakan sesuatu sbg pagar; 2. membuatkan pagar (pd), mendirikan (memasangkan) pagar pd; pemagaran proses (perbuatan, tindakan dsb) mendirikan (membuat atau memasang) pagar pd atau di sesuatu tempat (sempadan, kawasan dsb): kerja ~ dusun buah-buahannya itu baru sahaja selesai; pagaran pagar.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelihara; memelihara 1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. terpelihara 1 dipelihara atau dibela; terjaga: Taman-tamannya tidak ~. 2 terlepas atau terlindung drpd bahaya dll. peliharaan sesuatu yg dipelihara; belaan: Kerbau ~nya gemuk-gemuk belaka. pemeliharaan perbuatan atau hal memelihara; penjagaan; pembelaan: Dia bercadang hendak menyerahkan Leman dlm ~ Cik Mat. pemelihara orang yg memelihara; penjaga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelihara; memelihara1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; ~ orang sakit. 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternakkan (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. terpelihara 1 dipelihara atau dibela; terjaga: Taman-tamannya tidak ~. 2 terlepas atau terlindung drpd bahaya dll. peliharaan sesuatu yg dipelihara; belaan: Kerbau ~nya gemuk-gemuk belaka. pemeliharaan perbuatan atau hal memelihara; penjagaan; pembelaan: Dia bercadang hendak menyerahkan Leman dlm ~ Cik Mat. pemelihara orang yg memelihara; penjaga.Kamus Pelajar
jaga(dlm keadaan) tidak tidur; bangun (drpd tidur): Anak itu sudah ~ drpd tidurnya. berjaga 1 tidak tidur kerana sesuatu hal: Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2 berkawal utk menjaga keselamatan. berjaga-jaga 1 berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2 tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. menjaga 1 mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2 memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3 memberi perhatian yg sungguh-sung-guh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? menjagakan membangunkan drpd tidur; menggerakkan; mengejutkan: Ia ~ suaminya apabila terdengar olehnya bunyi orang mengetuk pintu. terjaga 1 terbangun (drpd tidur); terkejut: Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2 terpelihara; terlindung: Keselamatan mereka sentiasa ~. jagaan kawalan: Orang salah itu di bawah ~ polis. penjagaan perbuatan menjaga (mengawasi, memelihara dll); pengawalan. penjaga 1 orang yg menjaga (memberi perlindungan, memelihara dll): ~ kedai itu orang India. 2 hantu atau orang halus yg dipercayai menunggu sesuatu tempat (pohon, busut dll); penunggu: Orang-orang di situ percaya bahawa busut itu ada ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jaga(dlm keadaan) tidak tidur; bangun (drpd tidur):Anak itu sudah ~ drpd tidurnya. berjaga 1. tidak tidur kerana sesuatu hal:Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2. berkawal utk menjaga keselamatan. berjaga-jaga 1. berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2. tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. menjaga 1. mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2. memelihara; mengasuh:Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3. memberi perhatian yg sungguh-sungguh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? menjagakan membangunkan drpd tidur; menggerakkan; mengejutkan:Ia ~ suaminya apabila terdengar olehnya bunyi orang mengetuk pintu. terjaga 1. terbangun (drpd tidur); terkejut: Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2. terpelihara; terlindung:Keselamatan mereka sentiasa ~. jagaan kawalan: Orang salah itu di bawah ~ polis. penjagaan perbuatan menjaga (mengawasi, memelihara dll); pengawalan. penjaga 1. orang yg menjaga (memberi perlindungan, memelihara dll): ~ kedai itu orang India. 2. hantu atau orang halus yg dipercayai menunggu sesuatu tempat (pohon, busut dll); penunggu: Orang-orang di situ percaya bahawa busut itu ada ~nya.Kamus Pelajar

Kembali ke atas