Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg berjaja: seorang ~ telah di­kenakan denda sebanyak RM100. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg berjaja atau yg menjajakan sesuatu: Saya pernah menjadi ~ kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaja
Kata Terbitan : berjaja, menjaja, menjajakan, penjaja,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
A. Seorang penjaja sedang menarik teh tarik? B. Seorang penjaja sedang membancuh teh tarik? Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang perbuatan menarik teh tarik, mana ayat yang sesuai?Ayat yang betul ialah "Seorang pekerja sedang membancuh teh tarik".Tatabahasa07.10.2013
apa kesalahan dalam ayat di bawah: 1. Tandas itu mereka rosakkan kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu.Ayat yang betul ialah : Tandas itu dirosakkan oleh mereka kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu. Ayat ini merupakan bentuk ayat pasif diri ketiga.Tatabahasa11.04.2008
Ahmad Aiman Nordin Jul 7th, 9:53am Penjaja minuman dikehendaki _______________________ daripada menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan. A. memberhentikan B. memberhenti C. berhentikan D. berhenti Apakah jawapan yang tepat? Mohon jasa baik pihak DBP menerangkan waktu bila digunakan memberhentikan , memberhenti, berhentikan dan berhenti. Terima kasih.Penjaja minuman dikehendaki berhenti daripada menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan. Berhenti bermaksud tidak meneruskan lagi. Memberhentikan bermaksud menjadikan (menyebabkan) berhenti, seperti Ali memberhentikan basikalnya. Tidak ada perkataan memberhenti.Tatabahasa07.07.2015
1. Bapa sedang menunggu kopi yang dibancuh oleh ibu. 2. Penjaja itu tawar-menawar dengan wanita itu. Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Betul.Tatabahasa08.04.2010
Adakah penggunaan kata yang BERHURUF BESAR betul dalam konteks ayat ini? 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. (barisan bermaksud "jamak"?) 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan KURANG dalam pasaran. (sepatutnya kekurangan?)1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. Barisan bermaksud deretan dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 

2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan kekurangan bekalan dalam pasaran.
Tatabahasa02.08.2013
Salam, saya nak buat pendaftaran utk dptkan kelulusan utk menggunakan papan tanda untuk gerai makanan kami di Pusat Penjaja Mekar Sari....mcmana caranya?? Boleh saya dptkan pencerahan?Sila layarai laman dbpsahbahasa.my untuk memohon pengesahan bahasa papan iklan.  Tuan boleh mengikut panduan yang diberikan.  Terima kasih.Lain-lain02.12.2020
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. Terima kasih.1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. (Betul)
 
2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. (Betul)

3. Bola lisut tidak popular di negara kita.
Permainan bola lisut kurang popular di negara kita.


4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. (Betul)
Tatabahasa17.01.2013
Adakah ayat-ayat berikut betul penggunaan kata bilangan? 1. Ibu membeli satu kilogram setengah buah langsat. 2. Kakak menggunakan satu meter setengah kain untuk membuat blaus. 3. Ali membayar dua ringgit setengah kepada penjaja itu. 4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga jam setengah untuk sampai ke destinasi.

Jawapan yang betul ialah:

1. Ibu membeli satu setengah kilogram buah langsat.

2. Kakak menggunakan satu setengah meter kain untuk membuat blaus.

3. Ali membayar dua ringgit lima puluh sen kepada penjaja itu.

4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga setengah jam untuk sampai ke destinasi.

Lain-lain11.01.2024
Definisi perkataan "street food" dalam Bahasa Kebangsaan. Perkataan ini ditafsirkan secara berasingan dalam Kamus Dewan Bahasa dan secara literal boleh didefinisikan sebagai "makanan jalanan". Niat Pihak Berkuasa Negeri untuk memasukkan makanan-makan yang dijual oleh penjaja kecil termasuk di "food court". Pohon bantuan definisi yang tepat yang boleh digunakanUntuk makluman, belum ada definisi yang khusus untuk "street food" dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan puan menghubungi  Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan definisi yang sesuai. Nombor telefon bahagian tersebut ialah 03-21479166/21479159/21479158.Istilah22.07.2014
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamakan kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka kepada / terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih daripada / dengan buah catur hitam. Terima kasih.Berikut merupakan ayat yang betul setelah pindaan dibuat.

1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap.
2. Jurulatih melatih kami dengan tegas.
3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api.
4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang.
5. Dia menamai kucingnya Si Comel.
6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar.
7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka terhadap majikannya.
8. Mereka mengasingkan buah catur putih dengan buah catur hitam.
Tatabahasa04.03.2013

Kembali ke atas