Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.ra] | ڤنجارا

Definisi : 1. tempat atau bangunan penjenayah dikurung sbg hukuman, bui, jel, kurungan, te­rongko, tutupan; ~ besi Kl (dlm) jagaan yg kuat, (di bawah) pemerintahan kuku besi; hukuman ~ sepanjang hayat hukuman penjara yg tempoh hukumannya berjalan sehingga pesalah itu mati; hukuman ~ seumur hidup hukuman penjara yg tempoh hukuman maksi­mumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi pengam­punan jika patuh kpd peraturan penjara dan berkelakuan baik); 2. situasi apabila seseorang berasa terperangkap: pengarang itu tidak akan terlepas drpd ~ pengalamannya; memenjarai ki mengongkong, membeleng­gu: suara-suara protes itu bagai mengepung dan ~nya; memenjarakan mengurung penjenayah dll dlm penjara: Pangeran Agung pun dipenjarakan di dlm sebuah kota kecil; terpenjara dikurung (terkurung) dlm penjara atau seolah-olah spt dalam penjara: ramai di kalangan wanita setelah mendirikan rumahtangga merasakan diri mereka ~ biarpun pd mulanya merupakan orang yg paling bahagia; ada segolongan orang yg ~ dlm khurafat; pemenjaraan perihal (perbuatan) memen­jarakan, perihal (keadaan) terpenjara: satu lagi bentuk hukuman ialah ~; kepenjaraan perihal penjara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.ra] | ڤنجارا

Definisi : tempat mengurung orang yg dihukum kerana membuat kesalahan; jel: Perompak itu sekarang ini sedang ditahan di ~. memenjarakan memasukkan seseorang ke dlm penjara kerana berbuat sesuatu kesalahan; mengurung dlm penjara. terpenjara 1 terkurung atau dikurung dlm penjara: Selama lima tahun, dia ~ kerana melakukan kesalahan itu. 2 ki tidak bebas (melakukan sesuatu): Jiwanya ~, walaupun dia tidak dihalang utk ke mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
BastilleBastilleSains PolitikHubungan AntarabangsaBenteng yang dibina oleh Hugh Aubriot, berhampiran gerbang Saint-Antoine pada tahun 1369. Benteng ini dibina sebagai pertahanan kota Paris daripada serangan pihak Inggeris semasa pemerintahan Charles V dan Charles VI. Benteng ini kemudiannya diubah suai dan dijadikan sebagai penjara. Penjara ini terkenal sebagai tempat tahanan musuh politik pemerintahan beraja Perancis. Penjara Bastille menjadi simbol kepada kemutlakan kuasa raja. Pada 14 Julai 1789, benteng tersebut telah diserbu dan dimusnahkan oleh penduduk Paris. Kejatuhan Bastille ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Sehingga kini, tarikh 14 Julai dijadikan Hari Kebangsaan Perancis.
jail feverdemam penjaraBiologiMikrobiologiDemam tifus yang disebabkan oleh riketsia bawaan kutu. Demam ini biasanya berlaku di persekitaran yang kotor dan di kawasan yang terlalu padat, misalnya di dalam penjara dan khemah.
decarcerationpembebasan tahananUndang-undangTiadaProses untuk mengeluarkan dan membebaskan individu yang ditahan di dalam penjara. Proses ini merupakan polisi atau dasar kerajaan untuk mengurangkan bilangan individu yang dikenakan hukuman penjara.
decarcerationpembebasan tahananUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses untuk mengeluarkan dan membebaskan individu yang ditahan di dalam penjara. Proses ini merupakan polisi atau dasar kerajaan untuk mengurangkan bilangan individu yang dikenakan hukuman penjara.
prisonpenjaraKejuruteraanTiadaTiada
prisonpenjaraUndang-undangTiadaTiada
GaolerPegawai PenjaraPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
simple imprisonmentpenjara kerja ringanUndang-undangTiadaTiada
rigorous imprisonmentpenjara kerja beratUndang-undangTiadaTiada
civil prisonpenjara sivilUndang-undangTiadaTiada
1234

Kembali ke atas