Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.jual] | ڤنجوال

Definisi : orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg diberi tugas menjual candu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.jual] | ڤنجوال

Definisi : orang yg menjual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjual


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bai‘ ‘inahjual beli asetPerniagaan IslamTiada1. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya pada harga tunai dan disusuli pembelian semula oleh penjual dengan harga tangguh yang lebih tinggi. Contohnya, pelanggan menjual aset kepada bank dengan harga tunai RM5 000 dan kemudian bank menjual semula aset tersebut kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500. 2. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya kepada pembeli pada harga tangguh dan disusuli dengan pembelian semula oleh penjual dengan harga tunai yang lebih rendah. Contohnya, bank menjual asetnya kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500 dan kemudian bank membeli semula aset tersebut daripada pelanggan dengan harga tunai RM5 000. Bentuk jual beli ini diharuskan oleh syarak untuk memenuhi hajat pelanggan mendapatkan wang tunai tetapi bukan aset yang diakadkan. Sinonim ‘inah.
‘aqd ta‘atiakad unjuk terimaPerniagaan IslamTiadaPerbuatan tukar-menukar antara harga dengan produk yang menunjukkan persetujuan antara kedua-dua belah pihak tanpa lafaz ijab dan kabul. Contohnya dalam jual beli, pembeli mengambil produk yang dijual dengan membayar harganya kepada penjual, penjual memberi produk yang dijual kepada pembeli dan pembeli membayar harganya tanpa bercakap apa-apa dan juga tanpa isyarat, dan pembelian minuman dalam mesin dengan memasukkan wang ke dalam mesin. Sinonim ‘aqd mu‘atah.
البيع الوفأjualan bersyaratAgama IslamFiqhJualan yang disyaratkan pembeli boleh mengembalikan sesuatu yang dibeli kepada penjual apabila penjual sanggup mengembalikan semula harga barang.
charter booksellerpenjual buku bertauliahPerpustakaanTiadaPenjual buku runcit kepada orang ramai yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu yang dikenakan oleh Persatuan Penjual Buku.
duopolyduopoliEkonomiTiadaPasaran yang mengandungi dua penjual dan sebarang tindakan oleh satu penjual boleh memberi kesan dan mendapat tindak balas daripada penjual yang satu lagi.
bai‘ wadhi’ahjual beli bawah hargaPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli pada harga yang lebih rendah daripada kos dan penjual bersedia mengalami kerugian. Penjual perlu memberitahu pelanggan apabila menawarkan harga jualan sesuatu barangan itu di bawah kos. Sinonim bai‘ hatitah, bai‘ naqisah.
khiyar kammiyyahpilihan kuantitiPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan penjual dalam akad jual beli barangan secara pukal. Contohnya, penjual berakad menjual barangan secara borong tanpa menyedari kuantiti atau jenis barangan yang dijual. Selepas diketahui keadaan dan jenis sebenar barangan serta dibandingkan harga, penjual mempunyai hak memilih sama ada untuk meneruskan atau menamatkan urus niaga.
bai‘ tauliahjual beli sama hargaPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang ditawarkan oleh penjual kepada pembeli pada harga kos yang sebenar dan penjual tidak mengambil sebarang keuntungan. Dalam bai‘ tauliah, penjual juga perlu menyatakan harga kos barangan. Sinonim tauliah.
khiyar naqdpilihan wangPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan penjual dan pembeli yang membuat persetujuan semasa akad. Sekiranya pembeli tidak membayar wang dalam tempoh tertentu dan/atau penjual mengembalikan wang bayaran, maka jual beli tidak berlaku atau terbatal. Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat, khiyar ini merupakan satu cabang daripada khiyar syarat dan khiyar ini sah dalam tempoh tiga hari. Walau bagaimanapun, mengikut Muhammad bin al-Hassan al-Shaibani, pihak berakad bebas menetapkan tempoh. Khiyar ini akan terbatal disebabkan kematian pembeli, pembeli menguruskan barangan yang dibeli dengan menjualnya atau cara lain dalam tempoh khiyar sebelum harga dibayar, pembeli merosakkan produk yang dibelinya pada masa khiyar, dan pembeli telah menyebabkan kecacatan produk dan tidak boleh mengembalikan semula kepada penjual serta pada waktu itu bayaran belum dijelaskan. Penjual diberi pilihan sama ada mengambil semula produk atau tidak, tetapi berhak meminta bayaran penuh.
ba’i‘penjualPerniagaan IslamTiadaPihak yang memiliki atau mempunyai kuasa menyerahkan stok dalam urusan jual beli. Penjual mestilah sempurna akal, matang, waras, tidak disekat daripada menguruskan muamalat dan tidak dipaksa menjalankan akad.
12345678910...

Kembali ke atas