Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.no.la.kan]/[pe.no.la/.kan] | ڤنولقن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meno­lak(kan), penampikan, penangkalan, penangkisan, pencegahan, pengurangan: ~ pemakaian tenaga atom dlm peperangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penolakan @penolakkanEjaan yang betul ialah penolakan.Ejaan15.01.2009
PENOLAKAN TERDAPAT 1 'K' ATAU 2 'K' ?Ejaan Penolakan mempunyai satu k kerana kata dasarnya "tolak" menerima imbuhan pe... dan ...an.Ejaan08.11.2011
Saya ingin bertanyakan istilah untuk kajian saya bagi Mini Tesis yang akan saya jalankan, masalahnya tiada kajian dalam Bahasa Melayu setakat ini. Istilah Bahasa Inggeris yang ingin saya tanyakan terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu ialah Drug Refusal EfficacyKami mencadangkan istilah "Drug Refusal Efficacy" diterjemahkan sebagai "Keberkesanan Penolakan Drug", "Keberkesanan Penolakan Ubat" atau "Keberkesanan Penolakan Dadah". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang, sama ada bidang Perubatan, Farmasi atau Veterinar.Istilah06.05.2021
Salam tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang penterjemahan suatu istilah yang saya lihat seperti disalahterjemah di dalam akhbar. Ini adalah contoh ayat dari sebuah akhbar tempatan: “KPM (Kementerian Pendidikan) akan pastikan hal ini tidak berulang lagi selari dengan pelaksanaan zero reject policy (dasar penolakan sifar) yang diumumkan baru-baru ini.” Apakah istilah Bahasa Melayu bagi "zero reject policy"? Saya lihat akhbar-akhbar tempatan menterjemahnya sebagai dasar penolakan sifar, yang pada pendapat saya agak mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan konteks kerana membawa maksud yang agak berbeza dengan apa yang dimaksudkan dalam situasi ini (situasi berkenaan seorang pelajar yang hampir tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kerana tidak mempunyai kad pengenalan). Tetapi mungkin pihak tuan/puan mempunya pendapat berbeza. Harap boleh bantu. Terima kasih."Zero reject policy" boleh diterjemahkan sebagai dasar penolakan sifar.Istilah21.11.2018
"I'll be there in spirit" apakah terjemahan yang paling tepat bagi ayat ini. Konteksnya adalah menolak jemputan ke suatu majlis.Salam sejahtera,

Secara ringkasnya frasa di atas ialah penolakan untuk memenuhi undangan seseorang.
Cadangan dalam bahasa Melayu yang boleh dicadangkan ialah ' saya berharap majlis tersebut berjalan dengan lancar'.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain12.06.2019
Assalamualaikum. Adakah sesuai jika 'cancel culture' yang menjadi satu kelaziman dalam media sosial kini, diterjemahkan sebagai 'budaya pengenyahan'?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

cancel culture - budaya penolakan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain29.01.2022
Permohonan pengesahan saya dengan tajuk "KEDAI DOBI TOBBY DOBBY" dengan teks dalam iklan "CUCIAN LAYAN DIRI 24 JAM" adalah tidak lulus tanpa memberi sebarang sebab dan cadangan. Bagaimana boleh saya membuat pembetulan sekiranya tiada sebab penolakan dan cadangan untuk pembetulan diberikan oleh pihak kamu?Permohonan tuan telah diluluskan, sila kembali kepada domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa08.10.2015
Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pertanyaan saya adalah sama ada penggunaan perkataan "Pencegahan" atau "Anti" atau " Pembanterasan" yang lebih sesuai digunakan memandangkan ada yang berpandangan perkataan "Pencegahan" tidak menggambarkan elemen penguatkuatkuasaan (kurang keras) berbanding perkataan "Anti" atau "Pembanterasan". Pohon juga pandangan pihak tuan sekiranya terdapat perkataan lain yang lebih bersesuaian. Sekian, terima kasih.Perkataan cegah bermaksud tegah, halang. Pencegahan bermaksud perihal(perbuatan dsb.)mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan(pengawasan). Anti bermaksud tidak suka,, awalan asing yang bermaksud tidak menyetujui, melawan, membantah, menentang. Banteras bermaksud membasmi, menghapuskan, memerangi. Perkataan lain yang membawa maksud yang sama ialah menjauhkan, mengelakkan, menyekat, mengekang. Kami percaya pihak yang memilih perkataan pencegahan untuk menamai Suruhanjaya tersebut telah pun meneliti dan mengkaji semua perkataan yang sedia ada  secara terperinci.       Makna10.06.2008
apa maksud culaanCulaan ialah hasil daripada perbuatan mencula. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna seperti yang berikut:

cula2 چوال 
kata nama 1 hitungan yang dibuat untuk mengetahui banyaknya sokongan terhadap seseorang atau sesuatu pada sesuatu masa: Parti itu biasa membuat cula kawasan sebelum pilihan raya.
kata kerja transitif 2 lihat mencula;

mencula منچوال 
kata kerja tak transitif 1 melakukan cula: Selain mencula, mereka juga menyemak daftar pemilih dalam pilihan raya itu.
kata kerja transitif [pasif: dicula, cula] 2 melakukan cula terhadap (pengundi): Mereka berkempen dari rumah ke rumah meraih dan mencula undi.

penculaan ڤنچوالءن kata nama
perbuatan mencula: Penculaan undi yang diamalkan di Malaysia membolehkan parti-parti politik mengenali sebanyak mana pengundi mereka.

culaan چوالءن kata nama
hasil daripada mencula: Culaan setakat ini menunjukkan penolakan pengundi terhadap GST mencecah 75%.

Semua kata adalah bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya.
Makna27.07.2023

Kembali ke atas