Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.si.ji.lan] | ڤنسيجيلن

Definisi : pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkan: ~ itu melam­bangkan kualiti kereta Proton sekali gus me­ningkatkan keyakinan pengguna antara­bangsa; sistem ~ terbuka Sijil Pelajaran Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.si.ji.lan] | ڤنسيجيلن

Definisi : pemberian sijil kpd seseorang atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yg ditetapkan: ~ itu membuktikan bahawa barangan yg dikeluarkan ber­kualiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pensijilan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Persijilan @ PensijilanPensijilanLain-lain06.03.2007
Salam, saya ingin mendapatkan definasi perkataan PENSIJILAN. Terima kasih.Pensijilan bermaksud pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dan sebagainya yang dikehendaki atau ditetapkan.Ejaan27.09.2012
Manakah yang betul: Seksyen Audit Dan PENsijilan atau Seksyen Audit Dan PERsijilan? Seksyen ini menjalankan kerja-kerja audit, meluluskan dan mengeluarkan sijil-sijil Skim Pensijilan Jabatan.

Salam sejatera,

Seksyen Audit dan Pensijilan.

Ejaan07.12.2012
Pensijilan atau Persijilan? Cuba masuk carian kata, ada error. Terimakasih.Ejaan yang betul ialah pensijilan.Ejaan23.12.2008
Terjemahan untuk "certification", "pensijilan" atau "persijilan"?Padanan bahasa Melayu bagi certification ialah pensijilan.Ejaan25.10.2013
Apakah beza pensijilan dan persijilan?Persijilan hal atau urusan berkaitan sijil: bahagian persijilan, Manakala pensijilan pemberian sijil kpd seseorang atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yg ditetapkan.Makna16.09.2019
Terdapat percanggah pendapat antara pengguna bahasa dari segi maksud PENSIJILAN dan PERSIJILAN terutama dalam konteks penggunaan. Bolehkah pihak tuan berikan sedikit penjelasan dan memberi contoh perbezaan terutamanya dari segi penggunaannya. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, yang ada ialah pensijilan bukan persijilan. Imbuhan "peR---an" menjadi Persijilan tidak boleh merujuk perihal sijil, oleh itu imbuhan "peN----an" yang betul menjadi  pensijilan, iaitu  pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dan sebagainya yang dikehendaki atau ditetapkan, contoh sistem pensijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia.Tatabahasa20.11.2009
Apakah perbezaan perkataan PERsijilan dan PENsijilan dan contoh penggunaannya dalam ayat? Daripada bacaan saya dalam meni carian kata, kedua-duanya seperti sama sahaja. Mohon penjelasan.Perkataan yang betul ialah pensijilan, iaitu pemberian atau penganugerahan sijil.Tatabahasa10.04.2012
Mohon pencerahan tuan/puan berkaitan pengunaan perkataan yang betul dalam dokumen yang dilampirkan, sama ada pensijilan atau persijilan yang betul?Jawapan yang betul ialah pensijilan.Lain-lain24.02.2021
Tuan, Saya Mohammad Haikal Bin Omar dari Bank Simpanan Nasional memerlukan bantuan pihak DBKL untuk membuat "tagline" bagi Jabatan saya. Untuk makluman kami baru memperolehi Pensijilan ISO 9001:2008. Bantuan dari pihak tuan diperlukan untuk memberi "tagline" bersesuaian dengan pensijilan ini. Cadangan sedia ada dari saya adalah :- a. Kami Adalah Organisasi ISO 9001:2008 b. Kami Komited Dengan Pensijilan ISO 9001:2008 Jasa baik tuan untuk perkara ini amat saya hargai. Sekian Terima Kasih

Slogan organisasi saudara bergantung pada konsep dan gagasan, misi atau visi organisasi saudara sendiri. Pihak kami cuma membetulkan dari aspek tatabahasa sahaja.

Lain-lain04.11.2011
12

Kembali ke atas