Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.tad.bi.ran] | ڤنتدبيرن

Definisi : perbuatan mentadbirkan, pe­­­ngelo­laan, pengurusan, pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dgn tidak putus-putus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.tad.bi.ran] | ڤنتدبيرن

Definisi : per­buatan, hal dll mentadbir atau men­­tadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tadbir
Kata Terbitan : mentadbir, pentadbiran, pentadbir,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pentadbiran Majlis Daerah Mersing sedang dalam proses menaiktaraf papan nama jalan. Adakah wajar kami menggunakan singkatan ejaan "Jalan" kepada "Jln" sahaja. Seperkara lagi ialah wajarkah kami meletakkan perkataan "Rd" (Road) di hujung perkataan kerana, Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan yang dikunjungi ramai pelancong asing. Contoh papan nama jalan yang dimaksudkan seperti berikut: Tulisan Jawi (Dieja secara penuh) JLN. TALAPIA RD Kerjasama bakal diberikan amat dihargai dan didahului ucapan jutaan terima kasih.Kami cadangkan ejaan "Jalan" dieja penuh kerana kalau diringkaskan menjadi "Jln.", hanya berbeza dua huruf sahaja. Walaupun Mersing sebuah bandar yang dikunjungi ramai pelancong asing, tetapi masih tertakluk pada undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu dan berbangga menggunakan bahasa Melayu. Secara tidak langsung Mersing boleh menjadi "duta" memperkenalkan bahasa Melayu kepada pelancong asing. Semoga kita menjadi seperti bangsa besar lain di dunia seperti Jepun, China dan Perancis yang berbanggsa dengan bahasa ibunda atau bahasa rasmi negara mereka.Lain-lain19.07.2012
master of business administration bachelor ofsarjana pentadbiran perniagaan sarjana muda pentadbiran perniagaanLain-lain10.02.2009
SAYA NAK TAHU TENTANG FORMAT TERKINI SURAT RASMI BAGI KEGUNAAN PENTADBIRAN SEKTOR SWASTA KEPADA PENTADBIRAN SEKTOR KERAJAANFormat surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.  Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. Apa yang penting surat-menyurat dengan jabatan kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul.Lain-lain04.11.2012
Pentadbiran jika merujuk kepada jabatan ..adakah huruf besar atau huruf kecil contoh: .... perkara tersebut dalam tindakan Pentadbiran ini atau ...perkara tersebut dalam tindakan pentadbiran ini

Penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan  konteks penggunaan dalam sesuatu wacana.

Dalam hal penggunaan perkataan Jabatan, boleh dikatakan nama khas sekiranya rangkai kata ini dilihat sebagai sesuatu nama khas yang telah dinyatakan dalam wacana sebelumnya atau yang biasanya terdapat dalam laras undang-undang yang memberikan maksud penggunaan dalam wacana seterusnya.

Perkataan jabatan ini boleh menjadi nama am seperti dalam ayat : Semua jabatan hendaklah menyerahkan laporan kepuasan pelanggan selewat-lewatnya 28 Februari 2015.

Tatabahasa14.02.2019
Contoh 1 Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. (u.p: Encik Noor Azman Bin Abdul Rahman) Tuan, Contoh 2 Yang Berbahagia Datuk Seri Zainol Bin Othman Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. Y.Bhg. Datuk Seri, Contoh 3 Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tingkat 4-8, No.88, Menara PERMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200 KUALA TERENGGANU. Gelaran sapaan..? Datuk Bandar @ Tuan,

Untuk contoh 1, sapaan yang digunakan jika merujuk kepada Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, ialah Tuan.
Untuk contoh 2, sapaan yang digunakan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, ejaan perlu dibetulan iaitu, YBhg. Datuk Seri. Manakala untuk contoh 3, pada kebiasaannya, pihak DBP akan menyertakan nama Datuk Bandar tersebut dalam penulisan surat rasmi. Kemudian daripada nama tersebut barulah sapaan dapat ditentukan. Jika Datuk, akan digunakan YBhg di permulaan nama, jika sebalik sapaan yang digunakan ialah Tuan. 

Lain-lain27.10.2016
1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting

1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya.

2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting.

Tatabahasa07.07.2011
Tuan, Pentadbiran SUK Terengganu bercadang untuk mencetak kad jemputan bagi jemputan acara, majlis rasmi kerajaan negeri. Mohon pandangan yang manakah lebih tepat, sesuai, betul/ Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan ATAU Yang Behormat Setiausaha Kerajaan Terengganu mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan PERBEZAANNYA IALAH yg pertama Kerajaan menjemput dan kedua individu iaitu YB SUK yg jemput. TK

Jika majlis yang diadakan ialah anjuran kerajaan negeri Terengganu maka ayat pertama yang wajar digunakan, jika YB Setiausaha Kerajaan Negeri menganjurkan majlisnya sendiri, maka ayat kedua wajar digunakan.

Tatabahasa06.12.2011
Istilah dalam pentadbiran pengurusan organisasi/jabatan - perkataan "Credibility". Mohon beri panduan/jawapan.Padanan istilah "credibility" dalam bahasa Melayu ialah kebolehpercayaan.Istilah19.11.2009
Walaupun isu rasuah di dalam institusi pentadbiran agama Islam seperti jabatan atau majlis agama Islam, mahkamah syariah, dan institusi masjid tidak begitu ketara, namun tidak dinafikan bahawa institusi-institusi ini juga terdedah kepada pelakuan rasuah terutama jika dilihat dari aspek salah laku pentadbiran. !. adakah ayat ini tepat? 2. ..di dalam institusi atau dalam institusi?Walaupun isu rasuah dalam institusi pentadbiran agama Islam seperti jabatan atau majlis agama Islam, mahkamah syariah dan institusi masjid tidak begitu ketara namun tidak dinafikan bahawa institusi tersebut juga terdedah kepada pelakuan rasuah, terutamanya dari aspek salah laku pentadbiran.Tatabahasa22.11.2021
Apakah maksud pentadbiran? saya memerlukan riwayat hidup sultan kedah... sultan abdul halim, sultan badlishah dan sultan abdul hamid...

Sdr.

Pentadbiran mengikut definisi Kamus Dewan adalah ...' perbuatan mentadbir, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan". Sultan Abdul Hamid Halim Syah adalah Sultan Kedah ke 25 (1882-1943), Sultan Badlishah adalah Sultan Kedah ke 27 (1943-1958) dan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Syah adalah Sultan Kedah ke 28 (1958-). Biodata duli tuanku boleh dirujuk dalam Ensiklopedia Sejarah, Kebudayaan Melayu terbitan DBP.

 

Lain-lain22.08.2008
12345678910...

Kembali ke atas