Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : 1. amat perlu, sangat berharga (ber­guna), mustahak: yg ~ baginya ialah pengakuan itu; perkara yg sangat ~; 2. ark genting (keadaan), berbahaya, tegang: musim yg ~; mementingkan memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup; ~ diri sendiri memi­kirkan hal (keuntungan) diri sendiri; kepentingan 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; berkepentingan mempunyai kepentingan: tidak dibenarkan orang yg tidak ~ masuk ke dlm. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : ; mementingkan memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi “ting”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : ; berpentingan berpelantingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : sangat perlu atau mustahak; amat berharga: Pelajaran memang ~ utk kemajuan kita semua. mementingkan menganggap penting; memandang berat: Orang yg tidak ~ pelajaran nescaya akan menyesal kemudian kelak. kepentingan 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Peribahasa

Berkelahi di ekor alahan.

Bermaksud :

Memperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. alahan = bekas alur sungai, bendungan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ellipstanggalan/elipsKesusasteraanTiadaBahagian yang dihilangkan secara gramatikal dalam sesebuah naskhah mungkin penting, tetapi tidak penting untuk kejelasan erti. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah nama Laksamana Hang Tuah gelarannya hanya dapat diganti dengan perkataan Laksamana sahaja.
inverted pyramidpiramid terbalikKomunikasiTiadaPenulisan yang mendahulukan bahan yang lebih penting manakala bahan yang kurang penting dikemudiankan. Ini kerana, apabila berlaku kekurangan ruang di dalam akhbar, bahan yang kurang penting boleh digugurkan tanpa menjejaskan berita berkenaan.
amsaamsaMuzikTiada

 Dua pic penting yang terdapat dalam sesuatu raga atau mod melodi Hindustani. Vadi merupakan pic paling penting dan samvadi ialah pic kedua penting. Kedua-dua pic ini sering di­gunakan dan jelas kedengaran berbanding dengan pic lain.

calciumkalsiumVeterinarTiadaSimbol: Ca. Unsur logam berwarna kelabu kilat yang penting bagi organisma hidup. Unsur ini diperlukan untuk pertumbuhan yang normal serta penting untuk membantu beberapa aktiviti sistem enzim termasuklah pemindahan impuls saraf. Pada haiwan, unsur ini merupakan komponen penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Unsur ini juga terdapat dalam darah, yang diperlukan untuk pengecutan otot dan proses metabolisme lain. Kekurangan sumber ini boleh menyebabkan penyakit rikets, osteomalasia, hipokalsemia dan demam susu pada lembu tenusu. Sumber utama unsur ini diperoleh daripada batu kapur, cangkerang laut dan dikalsium fosfat.
vital statisticstatistik pentingKejururawatanTiadaData peristiwa penting yang dikumpulkan secara sistematik dalam bentuk jadual berdasarkan pendaftaran peristiwa tersebut. Contohnya, kelahiran, kematian, perkahwinan dan perceraian.
key employee insuranceinsurans pekerja pentingPentadbiran PerniagaanTiada1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan.
copperkuprumVeterinarTiadaSimbol: Cu. Unsur logam berwarna gangsa yang penting sebagai unsur surih bagi organisma hidup. Unsur ini penting dalam beberapa sistem enzim dan terlibat dalam pertumbuhan rambut dan pembentukan pigmen. Kuprum bergabung bersama-sama ferum dan vitamin B12 terlibat dalam pembentukan hemoglobin. Unsur ini banyak berinteraksi dengan unsur lain. Contohnya, dengan kehadiran sulfur, keperluan kuprum meningkat jika molibdenum berlebihan. Kekurangan kuprum boleh merencat kemampuan haiwan untuk menyerap ferum. Pengambilan kuprum yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan kerana ia terkumpul di dalam hepar dan tidak boleh dibebaskan. Biri-biri dan kambing sangat rentan kepada keracunan unsur ini. Tanda-tanda yang dapat dilihat ialah jaundis, kurang selera makan, kencing berdarah dan boleh membawa kematian. Sumber utama unsur ini diperoleh daripada molases, hasil sampingan kelapa sawit dan yis.
Biogenic saltgaram biogenikBiologiEkologiGaram larut yang sangat penting untuk kehidupan. Nitrat dan fosforus merupakan garam biogenik yang paling penting dan merupakan faktor pengehad dalam ekosistem ait tawar. Garam biogenik lain yang tidak kurang pentingnya ialah kalium, kalsium, sulfur, dan magnesium.
ironferumVeterinarTiadaSimbol: Fe. Unsur logam yang penting bagi organisma hidup. Unsur ini merupakan 90% terikat dengan protein dan menjadi komponen penting dalam hemoglobin dan sitokrom. Unsur ini juga terlibat dalam pengoksidaan sel dan menjadi komponen beberapa enzim dalam pemindahan oksigen. Dalam serum, unsur ini berada dalam bentuk transferin yang berfungsi untuk membawa ferum ke seluruh badan. Unsur ini disimpan dalam hepar, ginjal, sumsum tulang dan limpa dalam bentuk feritin. Pada haiwan, kekurangan ferum boleh menyebabkan anemia. Sumber utama ferum diperoleh daripada dedaun hijau, kekacang, mil kacang soya dan mil darah.
nutrient primarynutrien primerPertanianAgroteknologiZat pemakanan yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak seperti nitrogen, fosforus dan kalium. Zat-zat pemakanan sangat penting di dalam tumbesaran serta perkembangan tanaman. Unsur nitrogen penting dalam pembuatan pecahan tak organik seperti NO3-, NH4+ dan N2 kepada protein dan asid nukleik yang mempunyai berat molekul yang lebih berat. Kekurangan zat nitrogen pada bijirin akan mengurangkan bilangan anak benih yang keluar dari perdu, kekurangan bilangan bijirin pada tangkai dan daun kelihat kekuning-kuningan. Unsur fosforus pula penting dan berkait rapat dengan metabolisme fosfat dan adenosina trifosfat (ATP). Kekurangan unsur kalium akan menyebabkan pembentukan sistem pengakaran menjadi lemah dan daun kelihatan hijau tua. Kekurangan unsur-unsur nitrogen, fosforus dan kalium pada tanaman boleh baiki melalui pemberian pembajaan seperti NPK Biru (15:15:15) atau NPK Blue Special (12:12:17:2).
12345678910...

Kembali ke atas