Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Peribahasa

Moncong penuh oleh air,
     perut berisi batu.

Bermaksud :

Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELAGA ARTOIS

Telaga artois ialah telaga yang menyadap air

dalam tanah yang berada di bawah tekanan. Air ini

naik ke permukaan tanpa bantuan pam jika tekanan

yang cukup wujud. Istilah telaga artois juga merujuk

kepada sebarang air telaga yang sangat dalam.

Kebanyakan telaga artois menyadap selapisan

bahan poros yang penuh dengan air bawah tanah.

Lapisan ini, dikenali sebagai akuifer , mungkin

terletak di antara dua lapisan tanah liat atau bahan-bahan

lain yang tidak menyimpan air. Akuifer itu

mungkin senget, dan oleh itu, ia menyerap air pada

sebelah hujungnya yang di atas. Air ini menyerap

turun ke dalam akuifer dan membekalkan air bawah

tanah. Telaga artois mengalir secara semula jadi

disebabkan oleh tekanan yang dikenakan pada air di

dalam akuifer oleh air yang masih berada di hujung

atas akuifer.

UMUM 
AKUIFER

Akuifer, lapisan batuan yang penuh tepu dengan air dan mempunyai darjah keliangan dan keterlapan yang mencukupi untuk membekalkan air kepada manusia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
GELANGSAR

Gelangsar ialah proses pergerakan jisim yang penuh tepu dengan air melalui cerun.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
PATRIOTISME

Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang

setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa

kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa

kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa

bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada

kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan

perasaan bersatu dengan negara.

UMUM 
SHOVELER

Shoveler yang juga dikenali sebagai spoonbill,

ialah itik kecil Hemisfera Utara yang mempunyai

paruh panjang berbentuk sudu. Ia hidup di Eropah,

Asia, dan Amerika Utara pada musim panas, dan

berhijrah ke selatan pada musim sejuk, ke Afrika

Utara, selatan Asia, dan Amerika Selatan. Bahagian

atas paruh menutup bahagian bawah. Burung

jantan berkepala hijau, berdada putih, dan berbadan

biru dan perang. Shoveler memakan moluska,

serangga, dan akar di air cetek. Ia mengambil

semulut penuh lumpur dan air menapisnya melalui

“palung” sisi paruhnya, meninggalkan makanan di

dalamnya. Ia membuat sarang di atas tanah,

kadangkala agak jauh dari air. Burung betina

bertelur dari 6 hingga 14 biji telur berwarna

kehijauan pucat hingga kebiruan.

Pengelasan saintifik. Shoveler tergolong dalam famili

Anatidae. Ia adalah Anas clypeata.

UMUM 
TELUK CHESAPEAKE

Teluk Chesapeake ialah cabang yang panjang

sempit daripada Lautan Atlantik di Amerika

Syarikat. Ia menganjur ke utara dari pantai Virginia

dan membahagikan Maryland menjadi dua

bahagian. Panjangnya ialah 320 kilometer dan

lebarnya dari 6 kilometer hingga 64 kilometer.

Orang Asli yang tinggal di kawasan ini menamakan

teluk ini Great Salt Water (Air Masin Besar ).

Selat di tempat masuk ke Teluk Chesapeake

lebarnya 19 kilometer. Kapal boleh belayar hampir

di sepanjang teluk ini. Pantainya penuh dengan

teluk kecil dan kuala yang lebar. Sungai yang

mengalir ke dalam teluk ini termasuk Sungai

James, Sungai York, Sungai Rappahannock, Sungai

Potomac, dan Sungai Susquehanna. Pelabuhan

penting di teluk ini termasuk Baltimore, Maryland,

dan Norfolk serta Portsmouth, Virginia. Akademi

Tentera Laut Amerika Syarikat berada di Annapolis

di pantai barat.

UMUM 

Kembali ke atas